BAB 7

Romance Completed 12847

Keesokkan paginya,Adam segera keluar dari guest house apabila terlihat kelibat Zara yang melintasi guest house tersebut.

“Zara..”panggil Adam namun tidak diendah oleh Zara.Sekali lagi Adam mencuba nasib tetapi respon yang sama diterimanya.Zara tidak memandangnya walau sedikit pun.Kali ni Adam nekad.Lengan Zara ditariknya.

“hisy..awak nak apa?!…”soal Zara dingin.Adam tersenyum melihat gadis yang cantik dihadapannya itu.
“boleh saya tumpang awak?..”soal Adam dengan senyuman manis yang masih menghiasi wajahnya.

“awak ni dah kenapa?..abang Farid kan ada..pergilah tumpang dia..”jawab Zara acuh tak acuh.

“Zara..awak mesti lupa kan?..hari ni Farid tak masuk pejabat..takkan la saya nak mintak tolong Pak Bakar kot..dia kan cuti hari ni..”ujar Adam dengan wajah sayu yang dibuat-buat.Selepas beberapa saat baru Zara menjawab dengan nada dingin.

“dalam masa lima saat kalau awak tak masuk kereta..saya tinggalkan awak..”ujar Zara lalu masuk ke dalam garaj untuk mengambil kereta Audi A8 putih miliknya.Adam pantas mengambil briefcase miliknya lalu masuk ke dalam perut kereta sejurus Zara memberhentikan keretanya dihadapan Adam.

“awak memang minat kereta eh?..dulu sebelum saya pindah Carlifornia..awak masa tu baru beli kereta Mini Cooper kan?..sejak bila awak minat kereta sport ni?..”soal Adam cuba untuk mendekati Zara.
“sejak saya belajar di England..”jawab Zara dingin.

“ohh..habis tu mana Mini Cooper awak yang lama tu?..”soal Adam lagi.
“jual..”jawab Zara sepatah.

“Zara..”panggil Adam lembut dengan harapan Zara akan berlembut dengannya.
“about last night..I’m really sorry..saya tak tahu pasal kereta tu…”belum sempat Adam meneruskan ayatnya Zara sudah memotong.

“it’s okay..sorry juga sebab tampar awak..”ujar Zara perlahan namun masih ada ketegasan disitu.
“err..boleh tak saya nak minta sesuatu dari awak?..”

“apa dia?..”soal Zara.Adam tersenyum mendengar respon Zara yang sudah tidak setegas tadi.
“boleh kita berkawan?..”Zara menjeling Adam sekilas.

“Merepek aje la awak ni..awak dah duduk rumah saya..saya dah kenal awak dari kecil..bukan ke itu maksudnya dah kawan?..daddy dah dianggap awak macam ahli keluarga lagi..”Adam hanya tersengih.Suka pula dia melihat senyuman yang terukir diwajah gadis jelita itu.

“kan comel kalau senyum macam tu..”entah kenapa ayat itu terluncur dari mulut Adam membuatkan Zara kembali serius.Adam mengutuk dirinya.Dia rasa seperti ingin menghantuk sahaja kepalanya ke dashboard dihadapannya itu. ‘Adam..Adam..yang kau pergi tegur pasal senyuman dia tu kenapa?..aduii..tak ke nanti kau kempunan nak tengok senyuman dia yang manis tu lagi..’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience