Bab 16: Kesamaran

Mystery & Detective Series 3417

Inspektor Hanafi memberhentikan keretanya di kawasan lapangan pelabuhan. Di hadapan mereka kontena bernombor D24101.

Hafiz membuka fail semalam. Tiada sebarang maklumat mengenai kontena itu. Inspektor Hanafi telah mengesahkan daripada pegawai bertugas, memang kontena itu milik Megah Tech Sdn Bhd.

Hafiz dan Inspektor Hanafi mendekati kontena tersebut. Pintunya berkunci rapi dengan kunci mangga yang tebal.

"Betul ke syarikat aku punya ni?",soal Hafiz.

"Awak owner syarikat. Takkan tak tahu",ujar Inspektor Hanafi. Hafiz menembak pandangan Inspektor Hanafi dengan pandangan yang serius. Dia mengetap bibirnya

"Jangan nak ber'awak' sangatah! I'm not Syakira",ujar Hafiz meluat.

"Hahaha!!!",geli hati Inpektor Hanafi mendengarnya.

'Ok. kau kena siasat kenapa kontena ni ada di sini",

"Tak ada satu pun maklumat mengenai kontena ni dalam fail ni",ujar Hafiz lagi.

"Cuba check semula dengan office. Kalau tak ada...",Inspektor Hanafi memandang Hafiz. Hafiz mengangguk, mengerti.

"Tak sangka kau nak ikut aku ke sini hari ni. Bukan ke kau tak percaya pada Sya",

"Lain macam pulak bunyi nya kau cakap macam tu. I trust her. Bukan bermaksud aku kena percaya semuanya kan?",ujar Hafiz menangkis.

Inspektor Hanafi menyisir rambutnya ke belakang. Hafiz rasa tergugat pula melihat karisma dari lelaki itu. Jika dibandingkan dengan dirinya, dia tidak kurang juga kacak Tapi...Inspektor Hanafi kelihatan agak macho dan gagah. Mana mungkin kalau Syakira tak tertawan.

"But now...you believe her",kata-kata Inspektor Hanafi seperti menampar ke telinganya.

* * * * * *

Baharudin dan Dato Murad berjumpa di tasik yang sama. Kali ini perjumpaan mereka lebih awal dari yang sebelumnya. Jam belum lagi menunjukkan pukul 7 pagi.

"Murad! Tergamak kau buat macam tu dengan Hafiz!",Baharudin mencengkam kolar kemeja Dato Murad. Dia menghantar tubuh Dato Murad ke pokok dan menekan lengannya kuat di dada Dato Murad. Lelaki tua itu kesesakan nafas.

"Apa maksud kau",ujarnya dengan muka memerah tidak dapat bernafas.

"Hal ini tak ada kaitan dengan Hafiz. Kenapa hantar orang bunuh dia???!!!",jerkahnya dengan hati panas membara-bara.

"Bbuu..kan. Bu..kan...akk..akku...",ujarnya tersekat-sekat. Dia cuba melepaskan diri, namun tak berdaya.

Baharudin tidak percaya. Dia menghentam perut lelaki buncit itu dengan buku limanya yang padu. Dato Murad longlai dan melutut ke tanah.

"Ss..ssum..sumpah! bbu..bu..kan aku!",ujarnya merayu.

"Kalau bukan kau, siapa?",

"Genji...orang-orang Genji",ujarnya cuba menarik nafas panjang.

"Sekarang, Hafiz dan syak sesuatu. Barang tu dah ada kat pelabuhan. Macam mana nak hantar barang tu esok?",soal Baharudin gerutu dengan situasi itu.
* * * * *

Sakura Satohsyi telah menerima Friend Request di Fac Syakira. Profil utama Sakura bersama dengan ayahnya, kelihatan begiti mesra.

Namun, perhatian Syakira lebih tertumpu kepada satu gambar yang lain. Di lehernya sbentuk loket dan rantai yang sama di dalan lukisan komik Sakura. Syakira melihat kepada rantai tangannya. Rantai dan loket yang sama.

Sekiranya ini adalah loket yang dibuat hampir 30 tahun lepas, apakah mungkin rekaan sebegini terdapat pada orang lain? Apakah rekaannya menjadi kegemaran seluruh dunia pada ketika itu?

Syakira meninggalkan Personal Message.

"Cantik rantai yang awak pakai"

"Sya?",
Syakira menoleh. Najwa menegurnya dari belakang.

"Dah pukul 5.45 ni. Kejap lagi ofis nak tutup",ujarnya. Cepat-cepat Syakira menyimpan telefon bimbitnya dan turun ke bawah.

Dia menuju ke ruang pakir namun kedengaran hon yang kuat dari arah belakangnya. Syakira menoleh.

"What?",ujar Syakira dengan reaksi yang agak keterlaluan. Hafiz turun dari keretanya dan menghampiri Syakira dengan senyumannya yang lebar.

"Kenapa kau dekat sini?",

"Jom makan dengan aku",ajak Hafiz. Dia menunjukkan ke arah keretanya. Meminta Syakira menaiki kereta itu.

"Aku naik kereta aku aja lah",ujarnya lagi menolak.

"Tak apa...kejap lagi aku hantar kau ke sini semula,ambil kereta kau",

"Hmm...ok",Syakira tersenyun dan mengambil tempat di sebelah pemandu.

"Kau nak bawa aku ke mana ni?",

"Nak bawa ke tok kadi",Hafi tersengih macam kerang busuk.

"Eeiii...kenapa teruk sangat pickup line tu?", keruh wajah Hafiz ditembak begitu.

"Kita solat asar dulu boleh tak? Dah nak pukul 6 ni",cemas sahaja bunyinya.

Saranan Syakira dirasakan seperti kayu dipukul ke belakang kepala Hafiz. Sudah lama dia tidak mengerjakan 'perkara' yang dipanggil solat itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience