Bab 5: Siapa Dia?

Mystery & Detective Series 3417

Serta merta selera makannya terhenti. Keramahan Syakira terhadap lelaki iras Hafiz Rosdi itu menganggu emosinya saat ini.

"Hafiz...perkenalkan Inspektor Hanafi"
Hafiz tersenyum sekadarnya. Lelaki itu menghulurkan tangannya sambil menjeling ke arah Syakira.

"Saya Hafiz" tangan mereka berjabat.

"Maafkan saya sebab dah ganggu waktu lunch you all"Inspektor Hanafi serba-salah kerana tidak mengetahui Syakira makan berteman tengahari ini.

"It's okay...kawan saya ni tak kisah"
Hafiz menelan liurnya sendiri. Syakira memberi isyarat matanya agar Hafiz bersetuju dengan kata-katanya.

"Hahaha...ya. never mind. I okay aja"ujar Hafiz dalam tawa yang tidak ikhlas.

"By the way Sya, saya ingat nak minta bantuan awak untuk kes yang baru"Inspektor Hanafi menyampaikan maksud sebenar pertemuan mereka.

Hafiz memanggung dagunya, mendengar perbualan itu. Dia cuba memproses maksud perbualan tersebut. Dia tidak memahami, mengapa Syakira terlibat dengan kes polis.

Syakira memandang ke arah Hafiz sekilas. Dia tahu Hafiz tidak mengerti apa yang berlaku. Lebih-lebih lagi, lelaki itu tidak pernah tahu akan kelebihan dirinya.

"Erm...begini aja. Apa kata kita ke balai. Mudah untuk kita berbincang lebih lanjut"Syakira mengesyorkan.

Inspektor Hanafi memandang ke ara h Hafiz ya.ng sibuk menghabiskan baki nasi ayamnya. Tahulah dia bahawa sahabat Syakira itu tidak tahu apa-apa mengenai kelebihan wanita itu.

"Awak nak ikut saya sekarang ke?"soalnya. Hafiz memandang kedua-duanya. Terasa seperti orang ketiga pula berada di situ.

"Lepas habis kerja saya ke sana"ujar Syakira lagi.

"Okay, jumpa petang nanti ya!"Inspektor Hanafi mengenakan cermin mata hitamnya dan berlalu pergi.

"La...tak makan tengahari dulu ke?" rungut Syakira sendiri apabila melihat Inspektor Hanafi berlalu pergi.

"Itu ke tunang kau?"
"Hahahaha!"
Soalan Hafiz mengundang lucu. Hampir-hampir dia tersedak sewaktu menelan suapan nasi ayamnya.

"Hei...aku tanya betul-betul ni" .
Persoalan Hafiz tidak berjawab apabila panggilan Baharudin menjengah di skrin telefon bimbitnya.

"Ya, uncle..."
Wajah Hafiz nampak serius. Dia memandang ke arah Syakira. Mengeluh sambil mematikan talian di telefon bimbitnya.

"Kau dah nak balik ke?"
Hafiz mengangguk. Keruh sahaja riak wajahnya. Dia melihat ke jam tangan. Masih ada 20 minit sebelum pukul 2 petang. Terasa masa begitu pendek dihabiskan berasama dengan Syakira.

"Tak apa. Next time kita jumpa lagi"
"Okay. Nanti aku call kau ya"

* * * * * *

"Hafiz....i found a new lead!"
Baharudin kelihatan begitu teruja saat Hafiz masuk ke dalam kamar pejabat.

"Ya...itu sebab Hafiz balik cepat ni!"

"Apa kata polis?"
"Diorang ada track record untuk semua call log Dato Kama" Baharudin menerangkan.

"Kata ....handphone daddy dah tak dapat diselamatkan lagi"

"Mereka dapatkan list tu daripada syarikat komunikasi"Baharudin menjelaskan.

"So...apa kata diorang?"

"Uncle nak ke balai kejap lagi untuk tahu lebih lanjut"

"Kalau macam tu, apa kata uncle tolong cover Hafiz di office"

"Hafiz nak ke balai?" soal Baharudin. Hafiz mengiyakan.

"Okay..."

* * * * * * *

Diari Dato' Kamarudin

Sehelai keratan akhbar lama dilekatkan di dalam diari Dato' Kamarudin. Sebaris tulisan panjang , tulisan Dato Kamarudin yang artistik itu dibaca.

Sekalipun segunung emas diberi, manusia tidak akan puas memenuhkan tabung ketamakan yang bersemadi dalam diri.

Aku mendoakan agar kau bersemadi dalam kehormatan sebagai seorang insan. Semoga kebaikan kau yang lampau akan kembali menghukum diri kau yang sekarang.

Berkerut dahinya membaca tulisan itu. Sebuah foto kecil terpampang pada keratan akhbar, dengan tajuk besarnya USAHAWAN TERKEMUKA MAHU CABAR BIDANG BARU.

Siapa dia?

* * * * * * *

"Ini adalah senarai nombor telefon yang kami terima" pegawai polis memberikan Hafiz helaian panggilan masuk dan keluar itu.

Beberapa nombor telefon diwarnakan menggunakan highlighter berwarna kuning dan merah.

"Ini nombor yang sama bukan?"
"Ya. Selain dari nombor pejabat dan nombor pembantunya, dua nombor ini muncul dalam senarai rekod bagi panggilan sebulan sebelum kemalangan terjadi"

"....dan nombor yang sama muncul 20 minit sebelum kejadian berlaku"

Panjang lebar pegawai polis itu menerangkan.

"Encik tahu...nombor siapa?"
"Dato Murad..."jawabnya.

Hafiz berkerut tidak mengenali.

"Maaf....saya tak berapa tahu mengenai kenalan ayah saya"

"Dia pemilik syarikat Empayar Emas Sdn Bhd. Tentu encik Hafi pernah dengar"

Hafiz menggaru-garu kepalanya yang tak gatal. Nama itu biasa didengarnya. Sekilas memorinya terimbau kepada berita pengubahan wang haram yang dibacanya kelmarin.

"Dia usahawan terkemuka yang baru sahaja ditangkap kan?" pegawai itu mengangguk.

Seketika itu dia melihat kelibat Syakira dan Inspektor Hanafi keluar dari sebuah bilik pejabat di situ.

"Erm....itu bilik Inspektor Hanafi ke?"tidak pasti dengan apa yang dilihatnya.

"Ya"jawabnya.

Segera Hafiz meluru keluar dan menjejaki kedua-duanya. Sempat dia berlari dan mendekat kepada keduanya dari belakang. Hafiz cuba mencuri dengar.

"Master mind untuk kes ni masih tidak diketahui"

"....sekarang kita hanya siasat orang yang terlibat secara terus dengan mangsa"

"Macam mana pula dengan Dato Murad?" soal Syakira kepada Inspektor Hanafi.

"Saya tak pasti dia adalah mangsa atau sebaliknya"

"Seriously, this is my first time meeting Dato Murad"ujar Syakira kepada Inspektor Hanafi.

"Hopefully, kalau awak dapat buat solat hajat ke.."
"Insya Allah....saya akan cuba yang terbaik"

Hafiz tidak jadi mendekati Syakira dan Inspektor Hanafi. Sebaliknya, dia cuba untuk bersembunyi dari dilihat oleh kedua-duanya dan beredar dari situ.

* * * * *

Megah Tech Sdn Bhd

Lama Hafiz bermenung. Siapakah lelaki bernama Murad itu? Mengapa cerita mengenainya berada di mana-mana? Hafiz memegang kejap diari Dato Kamarudin lalu menyelak kembali keratan yang bertulis itu.

Perhatiannya lebih kepada catatan sebelumnya. Catatan kemarahan yang dapat dirasakan Hafiz sewaktu membacanya. Seperti di dalam catatan, Murad adalah seorang sahabat yang pernah membelot Dato Kama suatu ketika dulu.

Mungkinkah lelaki ini juga yang menyebabkan kematian ayahnya?

Pintu diketuk. Baharudin menjegulkan mukanya di situ apabila tiada respon daripada Hafiz. Pemuda itu bermenung sendiri.

"Haiii...anak teruna mana yang duk bermenung ni?" Hafiz tersentak dengan kehadiran Baharudin.

"So...how? Ada apa-apa yang menarik nak kongsi dengan uncle?" Baharudin tahu Hafiz baru balik dari balai polis.

"Uncle kenal Dato Murad?". Nama itu mengundang rasa tidak enak Baharudin. Dia membetulkan tali leher lalu mengalihlan tangannya masuk ke saku seluarnya.

"Dia owner syarikat Empayar Emas"

"Dia ada share dalam syarikat kita ke?"

"No. Dia adalah pesaing terbesar kita"

"That's why daddy bencikan dia"sengaja Hafiz menembak kesimpulan. Hafiz lalu menunjukkan keratan akhbar dari diari lama Dato Kamarudin. Baharudin menelitinya.

"Memang Dato benci dia dan Empayar Emas is our big rival. Itu adalah hakikat"Baharudin menarik nafas dalam. Dia faham bagaimana perbualan itu akan dihalakan.

"Jadi dia ada sebab yang besar untuk bunuh daddy. As an old enemy, as his big rival"

Baharudin cuba berkata sesuatu, tetapi....

"Right uncle?"Hafiz cuba meraih kata setuju Baharudin. Lelaki iu menggeleng, menidakkan.

"Kenapa nak tuduh tanpa alasan kukuh?"

"Daddy last call was with Dato Murad". Baharudin termenung seketika tidak berkata-kata. Semua itu adalah tidak mungkin.

"That is impossible"ujar Baharudin tidak percaya.

24

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience