Bab 15: Siapa Baharudin?

Mystery & Detective Series 3417

"Uncle...please tell me the truth", Hafiz memanggil Baharudin ke pejabatnya pagi itu.

"Kebenaran apa yang Hafiz nak tahu?", soal Baharudin masih berselindung.

"Semalam...Hafiz hampir kena bunuh!",wajahnya merah, menyinga memandang Baharudin. Dia pasti lelaki tua itu tahu sesuatu.

"What? Siapa pulak yang nak bunuh Hafiz?",

"Yes! That's why I call you here. Siapa mereka tu?",Hafjz menekan suaranya dalam. Mahu sahaja dia menghambur amarahnya. Tapi dia masih menghormati Baharudin seperti bapanya sendiri.

"Atau...uncle yang ada masalah dengan saya?"

"Apa Hafiz cakap ni?",serius wajah Baharudin.

"Hafiz tak tahu nak percaya dengan siapa lepas tengok fail ni",Hafiz menghempaskan fail itu di atas meja. Hentakan itu dapat didengari staf lain yang berada di luar pejabatnya.

Baharudin menjengah. Dia tahu, fail itu memang bermasalah.

"So...Hafiz nak tuduh uncle apa? Pengkhianat? Musuh dalam selimut?",

Hafiz memandang Baharudin. Terkejut dengan pengakuan samar-samar Baharudin.

"Kalau uncle nak buat dah lama uncle buat. Waktu ayah Hafiz pergi Jepun dulu, banyak aja peluang kalau nak belot Dato Kama",

"What do you expect me to say?",ujar Hafiz tidak segan lagi.

"Let me explain...ini semua projek Dato Kama. Uncle pernah nasihatkan dia jangan terlibat dengan mereka!",

"Mereka? Siapa? Dato' Murad?",

Baharudin menelan liurnya. Dia sudah terlepas cakap.

* * * * *

Syakira terus pulang ke Kuala Pilah, selepas sahaja dia mendarat kembali ke tanah air. Suasana agak berbeza antara Jepun dan Malaysia. Namun, dia tidak mengalami sebarang komplikasi Jet Leg.

Usai solat Isyak Syakira menyelak album lama. Dia menemukan gambarnya sewaktu masih kecil.

"Sya tak pernah tengok gambar ayah mak",

Mak Mah membisu seketika. Tangannya sibuk melipat kain yang baru diangkat dari jemuran petang tadi.

"Masa tu...kami susah. Tak ada kesempatan dan wang nak ambil gambar",ujar Mak Mah lembut.

"Tapi....kemana ayah pergi mak? Mak tak pernah pun sebut yang ayah meninggal dunia",soalan Syakira pada malam itu agak berat buat Mak Mah.

Mak Mah bingkas sambil mengangkat lipatan kainnya.

"Sya...tolong sapu sikit dapur tu ya!", seketika langkah Mak Mah terhenti apabila melihat gelang yang dipakai Syakira.

"Gelang tu jaga baik-baik. Jangan sampai hilang Itu hadiah ayah buat Sya",,ujar Mak Mah sambil berlalu. Meninggalkan Syakira dengan persoalan tanpa jawapan.

* * * * *

Petang itu Inspektor Hanafi menelefon ke pejabat Hafiz. Dia mahu berjumpa di cafe bawah pejabatnya.

Bersegera Hafiz meninggalkan pejabat. Dia berlari menuju ke cafe. Dari jauh kelihatan lambaian dua pasang tangan. Tentunya sepasang lagi kepunyaan Syakira.

"Kau buat apa dekat sini?"

"Dating dengan inspektor kacak",ujar Syakira tersenyum lebar. Gerutu hati Hafiz mendengar pujian Syakira buat Inspektor Hanafi.

"Well...kau betul-betul ok ke?",soalan Syakira mengejutkan Hafiz. Dia memandang Inspektor Hanafi, memberikan isyarat :Adakah Syakira sudah tahu cerita sebenar?

Inspektor Hanafi menggelengkan kepalanya. Aksi luar biasa kedua-dua lelaki itu begitu mencurigakan.

"Sya dapat lead baru",

Hafiz dan Inspektor Hanafi memberikan perhatian.

"Pelabuhan dan nombor kargo D24101",

"Apa tu?",soal Hafiz tidak mengerti.

"Sya pun tak faham. Tapi mereka kata barang akan masuk 3 hari lagi",

Hafiz bersandar di kerusi. Syakira tak ubah seperti penilik nasib. Walaupun dia telah mengalami sendiri kejadian yang telah dijangkakan Syakira melalui mimpinya.

"Saya akan cuba cari",ujar Inspektor Hanafi.

"So...macam mana belakang kau? Sakit tak?",soal Syakira kepada Hafiz.

Hafiz menjegilkan matanya ke arah Inspektor Hanafi.

"Sorry...kalau saya tak beritahu dia pun, dia memang akan tahu",ujar Inspketor Hanafi menidakkan tuduhan Hafiz.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience