Bab 10: Bumi Edo

Mystery & Detective Series 3417

"Assalamualikum"
Hafiz mengalihkan pandangannya. Syakira di hadapannya dengan sebaris senyuman manis. Paginya yang suram seperti disirami cahaya pagi yang indah.

"Waalaikum salam",jawabnya perlahan. Hafiz memandang Syakira dalam diam. Meskipun gadis itu telah lama dikenalinya, masih banyak perkara yang dia tidak tahu mengenai Syakira. Ya, mungkin kerana mereka bukanlah sahabat baik tetapi hanya kawan sama kursus pengajian.

"Kenapa tenung aku macam tu?",Syakira tidak selesa. Perlahan-lahan dia duduk berhadapan dengan Hafiz.

"Kau yang ajak aku keluar, kau pulak yang datang lambat!", berkerut keningnya menunjukkan protes.

"Aku ada masalah sikit..."

"Alasan..."
Syakira hanya tersenyum, lalu beredar ke kaunter untuk memesan menunya. Dia kembali semula dengan air teh chrysanthemum.

"Ada apa-apa kau nak bagi tahu aku?"

"Hmmm....",Syakira menghirup airnya perlahan sambil menjeling kepada Hafiz. Tiba-tiba jadi malu-malu kucing pula.

"Kau dah kenapa?"

"Hehehe",Syakira tersenyum penuh makna.

"Aku...nak pinjam kereta kau",ujarnya senyum kambing.

"Ha?",Hafiz tak percaya.

"Kereta kau mana? Kau datang sini macam mana?",Hafiz meninjau ke arah luar restoran. Mencari kereta Syakira.

"Kan aku dah cakap tadi, aku lambat sebab ada masalah sikit...",riak wajah buat-buat sedih. Hafiz tersenyum, menahan tawa.

"Kereta aku hantar workshop",rungut Syakira macam anak kecil.

"Kau ada hati nak pinjam kereta BMW aku...",mencerlang matanya.

"Bagi lah aku can sekejap. Nak merasa naik BMW sebelum aku pergi jauh..."

Alasan Syakira macam tak masuk akal. Benarkah permintaan di luar jangka Syakira ini?

"Kau nak pergi mana?"

"Jepun...ada kerja sikit",

Hafiz tersenyum. Tak sangka dia dapat melihat sisi lain Syakira hari ini. Sisi Syakira yang comel.

* * * * * *
Shinjuku

Genji masuk ke kamar yang luas dan mewah itu. Letaknya di tingkat 50, tingkat paling tinggi menara ini. Setelah dipelawa masuk oleh pembantu peribadi, Genji dengan penuh hormat mengunjungi ketua yang begitu dihormatinya itu.

"Sensei...",sapanya.

Lelaki lewat 50-an itu berkalih pandang kepadanya. Tersenyum sambil duduk menghadap ke arah cermin pandang tembus yang berlatar belakangkan bandar Shinjuku yang sibuk dan disinari lampu-lampu neon pada waktu malam.

"Saya nak laporkan, barang akan tiba di pelabuhan dalam sembilan hari lagi"

"Owh, barang jadi sampai pada kita...Bagus!", lelaki yang dipanggil sensei itu tidak meragui kehebatan lelaki itu bekerja. 20 tahun lelaki itu berkhidmat dengannya.

"Bagaimana dengan Kama-san?"

"Semua bukti telah kami hapuskan. Cuma...", Genji keberatan. Sensei tidak sukakan alasan. Sensei mengalihkan pandangannya.

"Murad-san minta kita hentikan projek gaharu?"

Sensei mengerutkan dahi. Tidak suka dengan berita itu. Dia mencapai bekas kaca tempat habuk rokok dan dibaling ke arah Genji. Hampir mengenai kepalanya, bekas kaca itu menghentam pintu.

"Megah Tech kini dibawah pengurusan anak Kama-san",ujarnya ketakutan.

"Aku tak mahu alasan. Kau faham?",tengkingan Sensei memenuhi segenap ruang kamar itu. Genji sedikit berundur ke belakang. Dia menunduk 90 darjah, memohon maaf.

* * * * * *

"Aku ingat kau nak bawa balik kereta ni". Hafiz memegang perutnya, ketawa terbahak-bahak.

"Takutlah tu, kalau aku bawa balik",

"Kau pandai bawa kereta tak ni?",ujar Hafiz risau saat Syakira mula membelok perlahan di persimpangan.

"Tak adalah mahir macam kau..",ujarnya bercanda. Hafiz ragu-ragu dengan kenyataan Syakira. Mana tahu kalau-kalau BMW kesayangannya dibawa dengan tidak cermat.

"Hafiz...waktu aku tak ada nanti, kau jaga diri baik-baik okay", Hafiz memandang ke arah Syakira. Gadis itu tidak membalas pandangan kepadanya.

"Eh, Sya...bagi signal!", hampir sahaja kereta di sebelah kanan jalan menghentam sisi keretanya saat Syakira menukar laluan ke laluan sebelah kanan.

"Hahahah!",Syakira ketawa. Cuba menutup rasa malu dan rasa bersalahnya kerana membawa dengan cuai.

"Sya! Hati-hati sikit. Tengok blind spot baik-baik",Hafiz menasihati sambil mengurut dadanya kerana terkejut.

"Jangan jadi macam aku yang cuai ni"

"....sentiasa check keadaan kereta kau sebelum bawa",Syakira memandang ke arah Hafiz yang duduk di sebelah tempat pemandu.

Seketika Hafiz kelu. Apakah nasihat yang barusan diucapkan Syakira. Mengapa dia berkata begitu?

"Janji dengan aku, kau kena selalu berhati-hati tak kira di mana kau berada",ujar Syakira serius.

"Kau ni...kenapa?"

Syakira tersenyum. Dan...

"Sya!",jerit Hafiz sekuat hati sambil memegang panel pemegang tangan dengan erat.

Sisi kereta BMW Hafiz menghentam tiang lampu di hadapan rumah Syakira. Hafiz menggigit bibirnya sambil memandang Syakira dengan perasaan yang geram.

* * * * * *

Tokyo

Ya. Kini Syakira tiba di Tokyo. Setelah mendapat jawapan balas daripada Syarikat Hogo yang menerbitkan Komik Miraie, Syakira terus mengambil cuti dan menempah tiketnya ke sini.

Di setiap ceruk, signboard dan kedai kelihatan ceria dengan sambutan musim bunga sakura dan sambutan hari tabata yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Syakira melalui laluan pejalan kaki yang sibuk dengan manusia yang lalu-lalang setiap masa. Seketika perhatiannya terhenti pada sebuah kedai buku.

Naluri seorang penulis, memang tidak lari daripada buku dan alat tulis. Deretan komik Miraie dan beberapa komik lain keluaran Syarikat Hogo letaknya di bahagian Best Seller.

Siri terbaru komik Miraie diambil. Beberapa helaian dibuka. Seketika dia berhenti pada muka surat tengah komik. Lukisan penuh berwarna menjadi perhatiannya.

"Kenapa jadi macam ni?",turun naik nafasnya melihat lukisan itu. Dia tidak percaya. Segera dia mendapatkan telefon bimbit.

"Encik Hanafi...,"cemas sahaja suaranya.

"Sya? Bukan awak dekat Jepun ke sekarang?",soalnya kehairanan.

"Macam mana dengan Hafiz?",terus sahaja memotong percakapan Inspektor Hanafi.

"Erm...dia okay. Saya baru nampak dia tadi dekat dengan restoran yang kita selalu pergi",ujarnya tenang. Kedengaran nafasnya kasar di hujung talian.

"Are you okay?",Inspektor Hanafi tahu ada sesuatu yang tidak kena.

"Saya ingat bila kereta tu rosak, semuanya akan okay...",hati Syakira tidak tenteram. Dia tiada di saat Hafiz memerlukannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience