Bab 4: Diari

Mystery & Detective Series 3417

Akhirnya rak buku itu dapat juga dibuka. Lebih daripada 50 buah buku diari yang disusun di situ. Hafiz mencapai buku diari yang letaknya paling akhir di hujung.

Diari dibuka. Tahun 2017. Mungkin diari-diari ini disusun mengikut tahun. Sekeping gambar lama terselit di celah buku.

Sekeping gambar perkahwinan tahun 80 an. Hafiz membelek gambar itu di belakang. Tertulis...

Perkahwinan Sulaiman dan Siti Fatimah (1985)

Diari itu disimpan semula. Hafiz mencapai diari yang pertama di barisan rak itu. Diari Tahun 1983.

Beberapa helaian diari diselak. Hafiz sempat membaca beberapa buah sajak yang ditukis Dato Kamarudin sendiri. Hafiz tersenyum. Tak menyangka ayahnya begitu puitis.

Hafiz berhenti pada muka surat yang bertulisan dengan pen berwarna merah. Tulisannya juga seperti cakar ayam. Sepertinya tulisan itu mengandungi emosi marah yang membuak-buak.

Hafiz membaca kandungan diari tersebut.

Setelah seminggu aku menunggu, aku tidak dapat menolak kata-kata Baharudin. Memang benar. Segala bukti jelas menunjukkan dia adalah Bersalahhh!!! Benar kata orang, sahabat yang baik pun boleh tikam kita dari belakang.....

* * * * * * * * *

"Sya..."
Syakira menoleh tanpa sengaja. Menyesal memandang ke arah Salleh.

"Ada orang nak jumpa kau kat luar"

"Siapa?"
"Lelaki. Aku tak pernah nampak sebelum ni". Syakira berasa hairan. Cepat-cepat dia ke luar pejabat.

"Siapa?"
Lelaki itu berpaling ke arahnya.
"Lah...kau"
"Boleh keluar tak?"
"Hmm...dah tengahari. Ada 10 minit lagi nak lunch"

"Kalau macam tu aku tunggu dekat bawah" ujar Hafiz tersenyum.

"Dalam 10 minit lagi aku turun, ok?"

* * * * * * * * * *

Hari ini beberapa suspek pengubahan wang haram ditangkap untuk disoal siasat. Salah seorang tokoh terkemuka Dato Murad dikatakan menjadi suspek utama kes itu.

Hafiz membaca petikan artikel dari akhbar online melalui aplikasi dari telefon bimbitnya.

Syakira menghampiri ke meja makan mereka. Dua pinggan nasi ayam menjadi pilihan mereka tengahari itu.

"Aku ingat siapa lah yang datang jumpa aku. Tak sangka engkau rupanya"

"Iyalah...rindu sangat dengan kau.

"Manis betul mulut kau kan"
"Tapi tak semanis orang yang ada di depan aku ni"

"Ceh..."Syakira mencemek lalu menghirup sup nasi ayamnya selamba. Sup itu memang membuka seleranya untuk makan.

"Macam mana kerja dengan ayah kau?"
Hafiz tersentak dengan pertanyaan itu.

"Mesti berbezakan?"
Hafiz tersenyum hambar dan mengiyakan.

"Kenapa? Teruk sangat ke?"

"Tak adalah. Cuma terkilan sebab tak dapat nak beri yang terbaik waktu dia masih hidup"

Syakira berhenti mengunyah ayam gorengnya.

"Maksud kau..."
"Ya. Ayah aku dah tak ada lagi"

Seketika membisu.

"Kau tahu kan pasal kemalangan dekat terowong bulan lepas"

"I'm sorry to hear this Hafiz..."
"Aku..."
Seketika kata-kata Hafiz terhenti. Syakira sibuk mencari-cari telefon bimbitnya di dalm tas tangan.

"Hello..."ujar Syakira sambil matanya meliar melihat sekitar cafe.

"Kau cari siapa?" Hafiz kehairanan.

Syakira tersenyum manis sambil melambai-lambaikan tangannya ke arah pintu cafe. Seorang lelaki tinggi lampai dengan alur wajah seperti Hafiz Rosdi melambai ke arahnya kembali.

"Haa...kenapa baru call?"
sambut Syakira penuh mesra.

"Maaflah...terlajak dah sampai sini itu yang saya baru call"

Hafiz meneguk minumannya. Siapa pula lelaki yang berada di hadapannya saat ini?

* * * * * *
Megah Tech Sdn Bhd

"Awal Hafiz datang office hari ni" tegur Baharudin sekadar bersapa. Sebaliknya Hafiz hanya menunjukkan wajah hambar tanpa senyuman.

"Uncle...Hafiz nak jumpa kejap" isyarat tangannya yang bersahaja membawa Baharudin ke ruang pejabat Hafiz.

"Uncle ada jumpa apa-apa lagi bukti yang pelik untuk insiden dekat terowong tu?"

Seboleh-bolehnya Hafiz tidak mahu menyebut nama ayahnya.

"Masih belum dapat apa-apa maklumat lanjut dari pihak polis"

"Handphone daddy dapat trace apa-apa yang pelik tak?",Baharudin menggeleng tidak pasti. Hafiz mengeluh kehampaan.

Seketika dia memandang Baharudin curiga. Ada sesuatu yang difikirkannya. Mungkinkah Baharudin punya jawapannya?

"Kenapa Hafiz pandang uncle macam tu?"

"Erm...semalam Hafiz terjumpa diari daddy"

"Ada nama dalam tu yang Hafiz tak kenal"
Riak wajah Baharudin berubah.

"Siapa?"soalnya ingin tahu.
"Sulaiman"
Hafiz menentang pandangan Baharudin. Baharudin mengerutkan dahinya.

"Sorry uncle tak pernah dengar"

"Are you sure?"soalnya tidak percaya. Baharudin mengiyakan laju. Benarkah apa yang dikatakan Baharudin.

"Cuba uncle tengok gambar ni"
Foto tahun 1985 itu ditunjukkan kepada Baharudin.
Dahinya berkerut memikirkan.

Preview:
"Hafiz...i found a new lead!" Baharudin kelihatan begitu teruja.

"Apa dia uncle?"
"Polis baru saja call uncle..."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience