Bab 11: Permainan Takdir

Mystery & Detective Series 3417

Inspektor Hanafi bergegas keluar ke lot pakir, mencari keretanya. Panggilan dari Syakira membuatkannya cemas. Panggilannya kepada Hafiz melalui telefon bimbit tidak berjawab.

Mahu sahaja dia memanggil Syakira, namun Syakira jauh di bumi Edo. Tanggungjawab yang telah diberikan Syakira tidak boleh dibiarkan sahaja memandangkan gadis itu percaya kepadanya. Ini adalah urusan hidup dan mati.

Inspektor Hanafi memanggil ke pejabat Hafiz. Setiausahanya menjawab.

"Encik Hafiz baru sahaja keluar,"

"Oh, iya ke? Dia janji nak jumpa saya petang ni tapi dia tak bagi tahu di mana", sengaja Inspektor Hanafi berdalih.

"Dia outsation ke Pulau Pinang, so dia on the way ke sana",

"Dah lama ke dia keluar?",

"Baru lima minit",talian dimatikan. Bergegas dia menghalakan keretanya ke arah laluan tol highway.

Inspektor Hanafi berusaha lagi. Memanggil telefon bimbit Hafiz. Dia berharap Hafiz masih berada di sekitarnya.

* * * * * *

Tokyo

Wajah Syakira runsing. Dia seharusnya tahu, sekiranya sesuatu perkara itu telah diubah, peristiwa yang berlaku mungkin berbeza tapi masih membawa kesan kepada apa yang bakal berlaku kepada individu yang diselamatkannya.

Ya, 2 minggu lalu sengaja dia menghentam kereta BMW Hafiz. Semuanya kerana mimpinya mengenai Hafiz yang bakal kemalangan. Namun, Syakira sedar segala hakikat kejadian, takdir dan qada' dan qadar adalah ketentuan Allah s.w.t. Tiada siapa yang dapat mengubahnya.

Syakira menyesal datang ke Tokyo Semata-mata mahu mencari kebenaran yang dia sendiri tidak pasti. Diam-diam air matanya hangat membasahi kelopak matanya.

"Sumimasen...",ada suara yang menegurnya. Cepat-cepat air matanya diseka. Gadis Jepun yang muda dan comel dalam blous merah jambu berdiri di sisinya. Gadis itu penasaran saat melihat mata Syakira yang memerah.

"I am sorry...", ujar Syakira melihatkan reaksi gadis itu.

"Saya Satohsyi Sakura",ujarnya memperkenalkan diri. Syakira bingkas dan bersalaman dengannya.

"Kita pernah jumpa ke?",soalnya di dalam bahasa Jepun. Mujur, Syakira memang fasih berbahasa Jepun dan itu memudahkannya untuk bertutur dengan gadis itu.

"Saya adalah orang yang mahu berjumpa dengan Sakura-san",mereka saling bertentang mata. Bagaimana harus Syakira memulakan perbualan ini?

* * * * *
Mujur, kesesakan jalan berlaku dan Inspektor Hanafi dapat menemukan Hafiz berdekatan dengan bangunan Megah Tech. Masih, dia tidak dapat mendekati lelaki itu.

Inspektor Hanafi mencuba lagi memanggil Hafiz melalui telefon bimbitnya. Panggilan dijawab. Inspektor Hanafi menarik nafas lega.

"Ada apa Inspektor?", panggilan yang tidak disangka oleh Hafiz.

"Boleh tak awak berhenti di mana-mana? Saya nak jumpa",

"Sekarang saya on the way ke Pulau Pinang. Saya ada meeting penting malam ni",

"Saya ada dekat belakang awak je ni. Kita jumpa sekejap",Hafiz menjeling ke arah cermin pandang belakang. Selang satu kereta, kelihatan kereta Inspektor Hanafi.

"Kalau macam tu jumpa dekat kedai mamak depan sana",

Sejurus mereka memakir kereta, kedua-duanya masuk ke dalam kedai.

* * * * * *
Tokyo

"Di Malaysia, saya salah seorang editor kandungan komik Jepun dan kebanyakan komik awak menarik perhatian saya",Syakira memulakan perbualannya agak berat.

Sakura tersenyum. Perhatiannya lebih kepada peribadi gadis berhijab itu. Secara luaran, pakaiannya agak janggal di pandangan masyarakat Jepun, namun masih ada keunikan yang menarik perhatiannya kepada gadia itu.

"Saya nampak awak tak begitu okay",ujarnya cuba menjadi lebih dekat dengan gadis itu.

"Semuanya sebab komik awak kali ni",Syakira menunjukkan lakaran yang menjadi perhatiannya. Sakura terkedu. Sepertinya gadis itu menyembuyikan sesuatu.

"Semua ini adalah dari mimpi awak sendiri bukan?"

Gadis itu menarik nafas dalam. Apa yang diketahui wanita itu adalah di luar jangkaannya.

"Awak tahu itu semua adalah tanggapan palsu. Awak tak perlu percaya kepada media"

"Macam mana awak nak jelaskan yang awak dah menjangkakan akan berlakunya letupan di stesyen keretapi Osaka?", Syakira mengungkit plot cerita yang terlakar dalam siri komik Miraie 2 bulan lalu.

Sakura bingkas. Tidak mahu berbicara lanjut dengan wanita tidak dikenalinya itu.

"Awak tak perlu berdalih kerana saya dan awak mempunyai rahsia yang sama,"tegas Syakira mengucapkan pernyataannya. Dia serius dan mahu gadis itu bekerjasama dengannya.

Syakira memegang erat lengan Sakura. Sakura menoleh ke arah pegangan Syakira di tangannya. Rantai tangan yang dipakai Syakira seperti biasa dilihatnya.

"Awak ni siapa?", Sakura menjegilkan matanya ke arah Syakira. Seketika Syakira terpaku dengan jerkahan itu.

* * * * *

Sekitar Kuala Lumpur

Dari jauh, seorang lelaki dengan t-shirt berwarna biru dengan jeans lusuhnya menunggu di dalam kereta. Pandangannya jitu ke arah Hafiz dan Inspektor Hanafi yang baru sahaja memasuki kedai mamak.

Panggilan dibuat ke telefon bimbit.

"Sir...saya nak laporkan, saya mungkin lambat sedikit. Anak musang berhenti sekejap di sekitar KL",

"Baiklah, kalau kau dah sampai di airport nanti kau call kami"

"...pastikan anak musang tak terlepas. Susah nak jawab dengan sensei",

"Alright. Saya akan urus baik punya!",talian dimatikan. Lelaki itu menunggu penuh sabar. Buruannya tidak boleh terlepas hari ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience