Bab 13: Pergelutan

Mystery & Detective Series 3417

Sebulan yang lepas

Pepohonan sakura yang indah dibasahi embun hujan. Setiap kelopak bunga sakura kelihatan bersinar. Seolah-olah mereka bergembira di dalam pesta air malam tadi.

Sakura melalui pepohonan itu dan menikmati pemandangan yang menyegarkan itu. Dari jauh dia melihat, kelibat seorang gadis, berhijab.

Gadis itu terpinga-pinga. Mendekatinya dengan wajah penuh persoalan.

"Sampai juga akhirnya" ujar Sakura lembut. Gadis yang tidak pernah dilihatnya itu seolah-olah begitu akrab dengannya. Hatinya sangat girang, seperti bertemu teman lama.

"Siapa?" seperti berbisik gadis itu bersuara. Nampaknya gadis di hadapannya ini tidak mengenalinya.

"Masih ingat yang ini?"
Sakura menunjukkan sekalung rantai emas berloket hati ditunjukkan kepada gadis itu

"Tunjukkan rantai awak",ujar Sakura.

Perlahan-lahan imejan gadis itu kabur. Seperti ditolak ke dalam dimensi waktu yang berbeza, dihadapannya kini hanya hitam dan gelap.

* * * * * *

"Seperti mana awak....saya juga menerima mimpi yang sama",ujar Syakira.

Sakura masih tetap membisu. Sesekali dia menjengah ke luar bilik menunggu. Takut sekiranya perbualan mereka didengari sesiapa. Kalau ketahuan, dia mungkin jadi bahan cerita sensasi lagi bahawa dia adalah seorang psikik.

"Hari ini...saya bawa rantai yang awak minta",Syakira mohon penjelasan.

"Maaf...saya sebenarnya tidak mengerti dengan apa yang berlaku",air mata mula bergenang. Syakira menggenggam jemari Sakura.

"Baiklah....saya faham",Syakira bingkas dari tempat duduknya. Dia tahu bahawa apa yang dirasakan Sakura. Gadis itu tidak mengerti apa yang berlaku kepada dirinya. Kehadiran Syakira mungkin adalah sesuatu yang di luar jangka.

"Kalau awak dah bersedia untuk mengetahui apa yang berlaku pada diri awak...."

"....call dan jumpa saya",

Syakira meninggalkan kad nama di tangan Sakura. Sakura hanya mampu memandang Syakira berlalu.

* * * * *
Telefon bimbit berbunyi. Hafiz menyeluk saku seluarnya. Paparan mesej dari aplikasi WhatsApp dibuka.

"Ada orang tengah ekori kau"

Hafiz memandang sekelilingnya. Tidak kelihatan kelibat Inspektor Hanafi.

"Baik kau stay dalam crowd yang ramai. Bila-bila masa sahaja kau akan diserang"

Hafiz hanya menggeleng-gelengkan kepalanya. Sesekali dia melihat sekitar. Percaya tidak percaya, mesej itu memberi kesan juga kepadanya.

Hafiz masuk ke dalam tandas lelaki. Inspektor Hanafi menunggu di luar. Dia nampak lelaki berbaju biru itu masuk sama ke dalam tandas yang sama.

"Hafiz...hati-hati dengan lelaki berbaju biru"

"Dia baru sahaja masuk mengikuti kau dari belakang"

Hafiz membaca mesej itu. Melalui cermin dia memerhatikan beberapa orang yang keluar masuk di dalam bilik tandas.

Seorang lelaki berbaju biru, melewati belakangnya. Mata mereka bertembung, namun lelaki itu cepat-cepat mengalihkan pandangannya.

Hafiz berlalu ke pintu. Tiada sesiapa yang berada di luar daripada bilik-bilik tandas. Sesaat itu, Hafiz terjajar ke hadapan. Terjahan lelaki itu mengenai belakangnya. Terasa begitu sakit dek kerana tendangan dari kasut but yang keras dan tebal.

Hafiz cuba bingkas. Sakali lagi dia diterajang di perutnya. Tubuh Hafiz terhempas ke lantai. Kali ini lelaki itu menunduk sambil menghayun tumbukan ruas limanya ke wajah Hafiz.

Hafiz merenggut baju lelaki itu, menghantar tubuhnya yang sasa ke dinding. Tendangan padu dari lutut Hafiz mengenai perut lelaki itu.

"Tolong!"
Saat Hafiz berteriak, lelaki itu merentap leher Hafiz menggunakan lengannya. Hafiz kelemasan.

"Hanafi!",suaranya keluar tidak keluar.

"Hanafi!!!!"

Teriak Hafiz sekuatnya. Inspektor Hanafi bergegas masuk. Melihat Hafiz yang sedang bergelut.

"Hoi!"
Inspektor Hanafi menerkam. Lelaki itu melepaskan Hafiz dan menolak tubuh Hafiz kepada Inspektor Hanafi. Inspektor Hanafi terjajar ke belakang.

Inspektor Hanafi berlari keluar, cuba mengejar. Kelibat lelaki itu sudah tidak kelihatan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience