Bab 6: Sesuatu yang belum diceritakan

Mystery & Detective Series 3417

"Apa maksud uncle tuduhan melulu?",Hafiz tidak mengerti. Sepertinya ada sesuatu yang disembunyikan oleh Baharudin.

"Well...i know Murad",Baharudin menyeluk saku seluarnya.

"....even he betrayed Dato Kama, tak mungkin sampai untuk membunuh"

"For sure, polis dah tahu pasal call log daddy"

"...dan dia tak mungkin dapat lepas dari tahanan lagi"

Baharudin menarik nafas dalam. Harapannya, Murad dapat melepaskan diri dari tahanan kali ini.

* * * * * *

Tiupan angin kencang , menggoncangkan tubuhnya. Sedar tak sedar tubuhnya seolah melayang di dalam pusaran angin kencang berwarna kelabu.

Perlahan-lahan, tubuhnya seolah-olah dihantar ke atas lapangan paling atas bangunan usang. Syakira memerhatikan sekelilingnya. Hanya langit biru yang membayangi pandangannya sekarang.

Syakira menuju ke tembok, tingginya satu meter. Memandang ke bawah, kelihatan dua kelompok manusia bersut hitam.

Kelompok di sebelah kiri, jumlahnya 20 orang. Segak bersut hitam dan berkaca mata hitam. Nampak agak sofistikated.

Kelompok di sebelah kanan jumlahnya, 15 orang. Namun mereka kelihatan agak menggerunkan dengan wajah berparut ,bertatu dan gaya rambut yang menjelekkan. Mereka sekali imbas kelihatan seperti kumpulan gangster.

Bersegera Syakira menuruni tangga, menuju ke tingkat 3. Mencari-cari bilik yang paling dekat dengan tempat perkumpulan kedua-duanya kumpulan itu.

"Barang akan sampai dua minggu lagi"

Syakira memicingkan mata, cuba melihat gerangan yang berkata-kata dari balik tingkap gelap.

"Buat masa ini, aku mahu hentikan dulu projek bersama Megah Tech"

Syakira mencari-cari suara itu. Dia adalah Dato' Murad.

* * * * * * * *

Dato Murad melihat ke jam tangan. Masih ada dua jam lagi masa berbaki sebelum dia dibebaskan. Sekiranya tiada bukti yang menunjukkan dia terlibat dalam kes pegubahan wang haram, maka dia dapat keluar dari sini dengan aman.

Pegawai penyiasat yang duduk di hadapannya hilang sabar, melihat karenah Dato Murad yang mengambil tindakan untuk berdiam diri.

"Sekali lagi Dato, saya tanya. Kenapa Dato berjumpa dengan Genji?"

"Untuk kali yang ke dua puluh. Dia adalah kenalan saya di Jepun. Kami berjumpa di sebuah persidangan di sana"

"Kalau begitu, ada kemungkinan besar dia juga adalah penyumbang utama dana dalam bisnes Dato"

"Errmmm....ya. Dia banyak gunakan servis syarikat saya untuk import eksport kayu gaharu"

"Kebetulan...kami ada banyak gambar dari gudang Empayar Emas"

Beberapa keping gambar disusun di atas meja. Gambar memperlihatkan beberapa pekerja dengan uniform logo syarikat Empayar Wmas sedang menguruskan beberapa kontena kayu gaharu.

"Kalau tuan tunjuk gambar ni pada semua orang, semua akan tahu ini adalah pekerja syarikat kami"

"Tapi...macam mana pula dengan gambar ini?", gambar beberapa orang lelaki bertatu menguruskan beberapa kotak dadah di gudang tersebut.

"Tuan nampak saya ke yang angkat kotak tu?" soalnya sambil menjegilkan mata. Pegawai penyiasat itu terdiam.

"Tuan pasti ke itu pekerja Empayar Emas?"soalnya lagi.

"...dan, tuan ada bukti ke yang menunjukkan bahawa saya yang mengaturkan semua ni?"

Pegawai itu bercekak pinggang. Hampir sahaja dia mengeluh.

"Saya ni orang yang tak bersalah. Saya dianiaya"ujarnya lagi dalam nada kasihan. Dato Murad melihat jam di tangan, 40 minit sudah berlalu.

"Kalau macam tu, mengapa Dato ada di gudang pada waktu itu bersama Genji?", pegawai itu menunjukkan satu lagi gambar yang menunjukkan kehadiran Dato Murad di gudang.

"Gudang yang mana? " Katanya tanpa rasa takut.

"Gudang saya banyak..."

* * * * * * *
Hafiz melambai tangan kepada Syakira. Banyak yang ingin diperkatakan kepada Syakira, sejak dia mengetahui Syakira terlibat dalam kes Dato Murad.

Syakira mendekati meja, tempat Hafiz menunggu. Tersedia di atas meja sua cawan kopi.

"Haaaii...tak nak bagi kita beli sendiri ke kopi ni?",ujar Syakira mengusik.

"Eh...sorry. Kau tak suka mocha ke?"

"Hahahahha!"
"Aku okay aja. Saja nak usik kau", katanya sambil menghirup kopi yang sudah tidak berapa panas itu.

"Kau ni suruh aku keluar waktu weekend kenapa? Macam ajak dating pulak" seloroh Syakira membuatkan Hafiz tersedak. Mujur sahaja bajunya yang berwarna putih tidak terkena kopi yang diluahkannya.

"Kau ni, semua aku cakap kau nak terkejut. Aku main-main lah"Syakira menghulurkan tisu kepadanya.

"So...ada apa-apa ke yang kau perlukan dari aku?"

"Tak ada apa-apa yang serius pun..."

"Hari ni bukan birthday aku kalau kau nak ajak keluar makan..."

"Sebenarnya aku terserempak dengan kau dekat balai hari tu"

"Oh...",wajah Syakira berubah riak. Dia meneka, Hafiz mungkin akan bertanyakan mengapa dia di sana"

"Aku tak nampak pun kau? Kenapa kau tak tegur aku?",soal Syakira berdolak dalik. Hafiz terkedu. Malu untuk mengakui bahawa dia mencuri dengar perbualan Syakira dan Hanafi tempoh hari.

"Aku sibuk...Selesaikan kes ayah aku?"

"Kenapa? Ada apa-apa yang pelik?"

"Menurut polis, ayah aku disabotaj. Letupan kereta adalah satu penganiayaan kepada ayah aku"

"I'm sorry to hear that"

"....dan menurut polis, panggilan terakhir ayah aku adalah bersama Dato Murad"

"What?",Syakira benar-benar terkejut. Nampaknya pancing Hafiz untuk mendengar penjelasan Syakira semakin menjadi kenyataan.

"Dia yang masuk berita hari tu kan?",ujar Syakira lagi. Hafiz mengangguk, mengiayakan. Hafiz memerhatikan cara Syakira menerima cerita itu. Gadis itu seperti tahu sesuatu.

"Apa nama syarikat ayah kau?"

"Megah Tech"
"Dia...bukan pembunuh ayah kau"
Dahi Hafiz berkerut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience