Bab 7: Siapa Dato' Murad?

Mystery & Detective Series 3417

"Hafiz....relax!", Syakira cuba menenangkan Hafiz. Lelaki itu tidak mahu menerima kebenaran cerita yang diberitahu Syakira.

"He's the main suspect! Dia antara musuh ayah aku yang paling lama"

"Macam mana kau tahu?",soal Syakira

"It's all writen in my dad's diary"

"Entah-entah dia ada musuh lain, kau bukan tahu. Melainkan..."

"Melainkan apa?"soalnya keberangan.

"Kau adalah PA ayah kau". Kata-kata Syakira membuka matanya. Siapa lagi PA yang berada di samping Dato' Kama kalau bukan Baharudin.

Seketika Hafiz memandang Syakira. Hampir dia terlepas pandang mengenai satu perkara.

"Sya...macam mana kau kenal dengan Dato' Murad?"

Syakira melarikan pandangan matanya.

"...dan, kenapa kau ada di balai tempohari?", Hafiz masih tak mengerti.

"Kau tahu tak tentang komik Miraie?"

"Sorry, aku tak tahu"

"Miraie tu bermaksud masa depan"

"Erhhm", Hafiz masih dalam tanda tanya.

"So...komik tu, sama seperti diri aku"

"Maksud kau?"

"Aku mengetahui masa depan, melalui masa silam?"

"What kind of nonsense?", Hafiz mengerutkan dahi sambil meminun baki kopinya. Seloroh Syakira yang tidak kena pada tempatnya.

"Sya, I'm in a serious mood. Tolonglah jangan bergurau waktu macam ni"

"So, kau rasa apa aku buat dekat balai hari tu?"

"Kau buat report polis. Mungkin?",Hafiz mencebir.

"Inspektor Hanafi datang jumpa aku, untuk minta tolong selesaikan kes dia. Kau tak ingat? Dekat restoran hari tu?"

Hafiz terdiam, masih keliru. Adakah Syakira mengalami sebarang masalah mental seperti delusi atau skyzophrenia?

"I really don't know what to say",tersenyum sinis tidak percaya.

"Hafiz...this is a big case. Dato' Murad kena tangkap sebab pengubahan wang haram"

"....dan kalau ayah kau betul-betul di bunuh disebabkan hubungan dia dan Dato'Murad, mesti ada cerita lain yang kau tak tahu berlaku di Megah Tech"

Sekali lagi, dia teringatkan wajah Baharudin yang agak mencurigakan. Namun satu perkara yang dia tidak setuju adalah, mengapa Syakira dan Baharudin sama-sama mengatakan bahawa Dato' Murad bukan pembunuh ayahnya?

* * * * * *
Hafiz membuka kembali diari ayahnya. Tempohari, tanpa sengaja dia telah menyelak helaian bertukisan dakwat merah. Tulisan yang bagaikan cakar ayam itu menterjemah kemarahan Dato Kamarudin terhadap Dato Murad.

Masih, dia tidak mengerti. Siapakah sebenarnya Dato' Murad. Apakah hubungan diantara Dato' Murad, Uncle Baharudin dan ayahnya.

Hafiz berkalih kepada beberapa jilid diari yang masih bersimpan di dalam almari berkaca. Sebuah diari tahun 1980 dicapai. Helaian demi helaian dibaca.

Jilid diari berusi lebih 27 tahun itu kelihatan kemas bertulis. Kebanyakannya menceritakan rutin harian Dato Kamarudin semasa belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Seperti sebelum ini, sekali lagi sebuah foto lama ditampal di dalam diari itu. Gambar ayahnya dengan jersi bola di padang bersama seorang lelaki yang hampir sebaya dengannya. Lelaki itu seperti biasa dilihatnya.

* * * * * *
MIRAIE: SIRI 8

Seorang lelaki dalam pakaian Melayu, melibas-libaskan pedang samurai di bawah pohon Sakura. Butir-butir peluh membasahi tubuhnya yang tinggi lampai.

Sepertinya dia sedang berlatih seni mempertahankan diri. Namun dari gerakannya yang pantas dan riak wajahnya yang kemerahan, dia seolah-olah sedang bertarung dengan sesuatu yang datang dari belakang dan
hadapannya.

Lelaki itu menghunus pedang panjang itu ke hadapan dan tidak sampai 3 saat, dia melibaskan pedangnya ke belakang.

Seperti gerakan wushu, dia terbang di udara sebentar menghunus pedangnya di udara. Sejurus, dia terhempas di tanah. Sejenak itu, matanya terbelalak. Warna merah pekat menembusi keluar dari perut kirinya.

Aku...terpaku.
Dia memandang tepat ke mataku. Tangannya diraih ke udara, seolah-olah melaung meminta pertolongan.

Seluruh kudratku seperti hilang untuk maju ke hadapan. Hanya kalung ini yang memberiku harapan dan kekuatan. Aku mahu membantunya!

Helaian dari bab awal Miraie habis dibacanya. Sejenak ingatannya terbawa pada mimpi yang diterimanya sebelum ini. Apakah ini jawapannya?

Syakira menanggalkan kalung atau rantai yang dipakainya. Loket berbentuk hati itu diletakkan bersebelahan dengan lukisan yang dipaparkan di dalam komik Miraie. Loket itu, dilukis dengan jelas dan sempurna. Siapa sebenarnya penulis Miraie?

* * * * * *
Di sebuah gudang lama, dua kumpulan lelaki berpakaian serba hitam berkumpul. Masing-masing berdiri di samping kereta kepunyaan bos mereka.

Kumpulan pertama dengan kereta Mercedes berwarna emas , dikawal ketat oleh beberapa pengawal peribadi yang kemas bersut dan kelihatan agak sofistikated.

Manakala di satu lagi bahagian, dikawal oleh pengawal peribadi yang kelihatan ganas dengan tatu dan wajah yang berparut. Seorang lelaki Jepun, kelihatan sepertu seorang CEO sebuah syarikat keluar dari kereta Audi berwarna hitam. Dia dipimpin oleh seorang lelaki sasa berkulit hitam.

Dia memberikan isyarat kepada kereta Mercedes yang duduk saling berhadapan dengan kumpulannya. Seorang dari pengawal memberikan mesej itu kepada bos yang masih berada di dalam kereta.

"Sasyiburi dana! Murad-san..."
(Dah lama kita tak berjumpa, Encik Murad)
Lelaki jepun itu tersenyum sinis.

Dato Murad keluar daripada keretanya. Sengaja dia lambat-lambat menyambut lelaki Jepun itu. Sebenarnya dia amat berang, kerana seperti dipermain-mainkan oleh lelaki itu.

"Hahahahha!" Dato Murad ketawa kerasukan.

"Aku hampir masuk kandang bicara!", berang Dato Murad memulakan kata-katanya.

"Relax Murad...aku dah settlekan semuanya. Pihak polis tak dapat nak kacau kau lagi"

"Barang tu akan masuk dua minggu lagi",

"Arigatona!"lelaki Jepun itu berkalih. Tidak mahu meneruskan bicara.

"Genji!",laung Dato Murad. Bergema suaranya ke setiap pelusuk gudang yang lengang.

"Kita hentikan projek dengan Megah Tech untuk sementara ini"

Genji mengangkat ibu jarinya ke udara, bersetuju.

Tidak jauh daripada tempat kedua-dua kumpulan itu bertemu, Inspektor Hanafi dan seorang lagi detektif telah lama bersembunyi di situ.

Seperti yang telah dijangkakan Syakira, kedua-dua mereka akhirnya bertemu. Inspektor Hanafi dan detektif Azmi mengambil keputusan untuk mengekori Dato' Murad selepas sahaja dia dibebaskan dari tahanan polis.

"Macam mana tuan tahu tentang semua ni?", detektif Azmi memandang Inspektor Hanafi. Dia kagum dengan kecekapan tindakan pemuda itu.

"Semuanya kehendak Allah. Segala yang jahat Insya Allah akan mendapat balasannya", Inspektor Hanafi tidak mahu menceritakan sumber sebenar. Takut dituduh tahyul pula.

Kereta mewah Dato' Murad melewati tempat mereka bersembunyi. Keduanya cepat-cepat beredar ke kereta untuk mengekori lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience