Bab 14: Membongkar cerita

Mystery & Detective Series 3417

Kakinya berat menjejak ke lapangan terbang antarabangsa Narita. Sekali lagi Syakira menjeling ke paparan skrin telefon bimbitnya. Boleh jadi dia akan menerima panggilan dari Sakura.

Hatinya serba tak kena. Terasa sebelah hatinya berat untuk pulang menjenguk keadaan Hafiz. Sebelah hatinya yang lain berat untuk meninggalkan Jepun tanpa jawapan yang pasti.

Syakira menjengah ke jam tangan. Masih ada masa satu jam sebelum dia masuk ke gerbang pelepasan. Syakira menguatkan hatinya untuk memanggil Sakura.

"Moshi...moshi...",suara lembut dan sopan itu menjawab.

"Sakura-san?",Syakira memulai perbualan. Tiga saat, panggilan itu dilanda kebisuan sedangkan panggilan masih belum dimatikan.

"Ya, Syakira-san",

"Saya dah nak balik ke Malaysia. Awak ada apa-apa pesanan untuk saya?",Syakira sekadar berbasa-basi.

"Saya nak jumpa dengan awak...tapi saya masih belum bersedia",

Jawapan Sakura mengundang helaan berat dari Syakira. Tidak disengajakan, helaan itu dapat didengari Sakura.

"Begini saja Syakira-san, apa kata kita berhubung melalui laman sosial"

Syakira mengangguk sendiri. Masih ada harapan buatnya untuk mendengar penjelasan Sakura.

"Baiklah. Awak hantarkan email awak. Saya cari di Fac", cadang Syakira.

"Baiklah...selamat pulang ke Malaysia! Moga kita berjumpa lagi nanti",Sakura mengakhiri perbualan.

* * * * *

"Baiklah...siapa yang kau syak sekarang?",Hanafi menerkam pandangannya yang serius ke arah Hafiz yang duduk saling bertentangan dengannya.

Hafiz mengurut-ngurut kerongkongan dan belakang badannya yang sakit ditujah. Gerutu dia memikirkan persoalan yang keluar dari mulut Inspektor Hanafi.

"Takkan kau tak ada syak sesiapa?",sekali lagi Inspektor Hanafi meninggikan suara, seperti menggertak Hafiz. Serta merta berkerut dahi Hafiz menikam pula pandangan Inspektor Hanafi dengan jelingan tajam.

"Kau buat macam aku pulak yang penjenayah kan!",Hafiz berpaling melihat ke luar restoran.

Seketika keduanya kebisuan. Melayan perasaan masing-masing.

'Hai...kalau bukan Syakira...",getus Inspektor Hanafi mengundang jelingan maut Hafiz.

Jemari Inspektor Hanafi sibuk di atas skrin telefon bimbitnya. Seketika dia melekapkan telefon bimbitnya di telinga.

"Hello",ujarnya setelah menekan nama pemanggil dari senarai kontak nya.

"Sya?", nama itu mencuri perhatian Hafiz.

"Awak dekat mana?",soalnya berbasa-basi. Hafiz di hadapan Inspektor Hanafi membuat isyarat X menggunakan kedua tangannya. Dia tidak mahu insiden hari ini diceritakan kepada Syakira.

"Hafiz?", terangkat sebelah kening Inspektor Hanafi sambil memerhatikan gelagat Hafiz yang merayunya supaya tidak memberitahu Syakira. Dia tersenyum.

"Dia....",gelagat Hafiz semakin agreasif. Telefon bimbit Inspektor Hanafi mahu dirampasnya. Inspektor Hanafi bingkas sambil ketawa kecil.

"Ada ni...tengah makan dengan saya",

"Tak....Alhamdulillah. Tak jadi semua tu. Saya kan Superman....Awak Superwoman...", suara Inspektor Hanafi yang agak lembut itu menjengkelkan Hafiz. Sedar tidak sedar hampir separuh air limau ais diteguknya.

"Ok...jumpa di Malaysia",Inspektor Hanafi tersenyum lebar. Talian dimatikan. Telefon bimbit diletakkan di atas meja. Di hadapannya wajah seorang lelaki awal 30-an, dengan wajah yang masam mencuka.

"Kenapa?",soalnya.
Hafiz membuat reaksi jelik dengan layanan Inspektor Hanafi kepada Syakira.

"Sya...ok ke?",soal Hafiz tidak sabar mahu tahu.

Inspektor Hanafi tersenyum, sambil menghirup baki kopi o nya. Dia mencebir.

* * * * *
Hari sudah menghampiri maghrib. Hafiz bergegas ke menara ibu pejabatnya. Dia di sapa oleh pengawal keselamatan.

"Ada barang tertinggal ke Encik Hafiz?",soal pengawal itu.

"Ya",jawab Hafiz mahu tidak mahu. Dia mahu bergegas cepat ke dalam pejabat.

Tingkat 30. Menempatkan pejabat Hafiz. Dia membongkar semua fail yang bersusun di rak khas berdekatan meja kerjanya.

Sebuah fail berkenaan gaharu menarik perhatiannya. Entah mengapa wajah Baharudin saat itu seperti melintas di ingatannya. Pastinya, ada sesuatu yang dia tidak sedari mengenai fail itu.

Hafiz kemudiannya beredar. Fail itu harus disemak malam ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience