Bab 8: Jawapan?

Mystery & Detective Series 3417

Kemungkinan demi kemungkinan difikirkan oleh Syakira. Ya. Kemungkinan paling besar adalah, boleh saja kalau sekiranya rekaan loket berbentuk hati itu terdapat juga di Jepun.

Mungkin juga, rekaan itu terdapat di dalam mana-mana pasaran dan boleh dilihat melalui internet.

Kemungkinan yang ketiga adalah, mereka sebenarnya mempunyai saling kaitan yang tidak diketahui. Namun, peratusannya adalah kecil sama sekali. Kalau difikirkan, bagaimana mungkin dirinya dan penulis yang saling berlainan agama, budaya dan negara mempunyai apa-apa perkaitan?

Pelbagai kemungkinan dibentangkan dalam fikirannya. Cuba untuk memberikan logik terhadap lukisan komik Miraie siri ini. Namun, hatinya masih tidak tenteram.

Syakira menyelak lembaran paling hadapan komik. Mencari maklumat emel dan menghantarkan emel ringkas kepada penulisnya,. mengatakan bagaimana untuk dia bertemu dengan penulis .

Syakira menggunakan identitinya sebagai salah seorang eksekutif di syarikat penerbitan, tempatnya bekerja.

* * * * * *

"Bagaimana dengan kes ayah saya?"

"Kami telah menyoal siasat Dato' Murad dan dia mengaku pernah menghubungi Dato' Kamarudin", ujar detektif Haris, salah seorang pegawai yang menyiasat kes itu.

"Jadi...dia dah ditangkap?"

Detektif Haris mengeluh. Menggelengkan kepala menidakkan.

"Dia dilepaskan kerana mempunyai alibi"

"Saya...tak faham!", muka Hafiz mula memerah. Hasratnya adalah untuk lelaki itu ditangkap semula dan disumbatkan ke dalam penjara.

"Menurut Dato' Murad, beliau ketika itu ada di hotel dan membuat panggilan kepada Dato' Kamarudin untuk bertemu di hotel"

"Bertemu?", berkerut dahinya mendengar kenyataan yang sukar untuk dihadamnya.

"Ya. Pegawai kami telah membuat pengesahan di hotel melalui video CCTV"

Hafiz memandang kosong di hujung ruang pejabat itu. Tidak tahu apakah maklumat yang barusan diterimanya itu benar atau sebaliknya.

"Saya nak jumpa Inspektor Hanafi",ujar Hafiz. Pegawai yang bertugas menunjukkan arah ke bilik pejabat Inspektor Hanafi.

* * * * *
"Apa yang saya boleh bantu Encik Hafiz?"

"Encik kenal saya ?",soal Hafiz.

"Ermm...macam pernah jumpa. Maafkan saya"

"Saya sahabat Syakira",ujar Hafiz menghulurkan salam.

"Oh, ya",huluran salam Hafiz disambut mesra.

"Ada beberapa perkara yang saya tak faham. Saya keliru sebenarnya. Antara percaya dan tidak",

"Apa yang sebenarnya Encik Hafiz nak tahu?",Inspektor Hanafi seperti dapat meneka persoalan lelaki itu.

"Apa kena mengena Syakira dan Dato' Murad?"

Inspektor Hanafi tidak menjawab.

"....dan, saya pasti bahawa Dato' Murad ada kaitan dengan pembunuhan ayah saya",

"...menghairankan, bagaimana dia dapat terlepas dari semua pertuduhan"

Inspektor Hanafi bersandar pada kerusinya. Terlalu banyak perkara luar biasa yang perlu dijelaskan pada lelaki ini.

* * * * * *
Hafiz balik ke pejabat. Dia akan melalui pejabat Baharudin sebelum sampai ke bilik pejabatnya. Lelaki yang juga sahabat baik ayahnya itu ada di bilik pejabatnya.

Hafiz menghampiri meja pembantu peribadinya, Suria. Mengetuk dua jarinya di atas meja, untuk memancing perhatian wanita itu.

"Ya, Encik Hafiz", terus sahaja berdiri sejurus menyedari kehadiran Hafiz.

"Tolong kumpulkan semua fail projek awal tahun ini dan akhir tahun lepas"

Suria menelan liur. Kerja yang ada di mejanya sekarang pun belum habis disiapkan. Mahu tidak mahu dia menganguk setuju.

"Sebahagiannya ada di bilik fail Dato Kamarudin, Encik Hafiz"

"Ambil semuanya",tegas Hafiz dan berlalu ke dalam pejabat.

20 minit berlalu. Beberapa fail telah dahulu diserahkan kepada Hafiz. Hafiz menyelak satu demi satu fail yang dihantar kepadanya.

Pintu bilik diketuk. Baharudin terjengul di pintu. Hafiz memberi isyarat tangan, membenarkan dia masuk.

"Kenapa Hafiz minta semua fail lama?"

"Saja nak tengok hasil projek daddy selama ni",ujarnya beralasan.

"Kita sekarang sedang sibuk dengan projek dengan Jepun, untuk eksport gaharu"

"So...saya tak boleh nak tengok fail-fail ni ke?", sinis dan serius menjawab soalan Baharudin.

Baharudin terdiam.

"Ok, uncle faham. Uncle akan uruskan projek yang ada sekarang", Baharudin berlalu keluar. Dia memandang Hafiz keluar dari situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience