Bab 9: Kebenarannya

Mystery & Detective Series 3417

"Jawapan yang bagaimana Encik Hafiz mahukan?"

"Penjelasan...."
"...dan kebenarannya"

"Encik Hafiz percaya kepada perkara yang ghaib?"

"Itu semua karut. Kalau percaya boleh jatuh khurafat", Hafiz menolak segala perkara yang tidak boleh disahkan dengan bukti saintifik.

"Segala yang khurafat itu adalah amalan dan kepercayaan kepada selain Allah s.w.t",ujar Inspektor Hanafi cuba menerangkan makna sebenar khurafat.

"Kalau begitu, awak bersetuju dengan saya",Hafiz lega lelaki itu memahami maksudnya.

"Tapi di dalam Islam, terdapat beberapa perkara ghaib yang wajib kita beriman dengannya"

"Jadi...kenapa kita nak berbincang mengenai perkara ghaib dan khurafat ni?",Hafiz tak mengerti.

"Syakira mempunyai kelebihan yang tiada pada orang lain",Inspektor Hanafi cepat-cepat memotong kata-kata Hafiz.

"Maksudnya?"

"Selama ini dia banyak membantu pihak polis menyelesaikan masalah"

Hafiz mencebir dan berkerut dahi. Perkara karut apa yang harus diterimanya ini.

"Sya ada keistimewaan untuk melihat masa depan"

Hafiz tersenyum menyindir. Tak sangka seorang pegawai yang sofistikated sepertinya boleh menyebutkan perkara itu.

"Maksudnya...Encik Hanafi nak katakan bahawa, kes Dato' Murad diselesaikan dengan bantuan Syakira?"

"Ya"

Hafiz merenung mata lelaki di hadapannya itu. Tiada reaksi yang menunjukkan lelaki itu berbohong. Baginya, sukar juga untuk dia menerima sesuatu yang tidak boleh diterima akal.

"Dengan bantuan Syakira juga, kita akan dapat memberkas pembunuh sebenar Dato' Kamarudin"

Hafiz menggeleng-gelengkan kepalanya sambil tersenyum. Mungkin lelaki di hadapannya ini punya penyakit mental.

* * * * * *
Hampir setengah jam Dato Murad menunggu di taman tasik yang letaknya bersebelahan dengan pejabatnya. Waktu tengahari ini memang tidak ramai yang datang menyinggah, apatah lagi waktu sudah melewati waktu makan tengahari.

Telefon bimbitnya bergetar dari dalam saku kemejanya.

"Hello",panggilan itu segera diangkat.

"Kau dekat mana?"

"Pandang ke arah tasik depan kau"

Pandangannya jauh dijangkau ke hadapannya. Lelaki yang hampir sebaya dengannya berada di seberang tasik menghubunginya.

"Tak sangka kau dapat juga terlepas dari lokap",ujarnya menyindir.

"Berani kau belot aku!",ujar Dato Murad tidak berpuas hati. Mahu sahaja dia menyeberang tasik dan menyerang lelaki itu.

"Kalau Kama masih hidup, dia pasti setuju dengan apa yang aku lakukan. Dari dulu lagi sepatutnya Kama sumbatkan kau di penjara"

"Hahaha!!!" ketawanya kedengaran dalam di kerongkong. Dato Murad masih mahu menjaga air mukanya di tempat awam.

"Kau kena ingat....perjanjian kita adalah dengan kemahuan Kamarudin sendiri. Aku tak pernah paksa"

"Tapi kau dah tipu dia. Sekali lagi kau belot dia! "

"Kau jangan lupa, aku hanya orang tengah buat Genji. Aku tak pernah paksa dia untuk sign agreement dengan mereka"

"Tapi kau dah menyebabkan Kama mati!"

"Kama buat hal. Aku dah tegah!",ujarnya tidak rasa bersalah.

"Aku akan pastikan kau ke penjara!"

"Kau boleh hantar aku ke penjara...Tapi kau kena ingat, bukan aku yang bunuh Kama",

Lelaki tua itu mendengus. Sia-sia sahaja pertemuan mereka petang itu. Dia mahu pergi dari situ namun...

"Kejap Baha...",Dato Murad bingkas dari tempat duduknya.

"Projek gaharu tu akan tetap diteruskan"

"What?" merah padam wajahnya memandang Dato Murad yang berada di seberang.

"Tapi projek ni kita kena tangguhkan buat masa ini"

"Kau gila ke? Anak Kama yang gantikan dia sekarang. Kalau dia tahu, habis kita semua nanti!"

"Aku hanya perantara buat Genji"

"Baiklah. Beri tahu Genji aku nak batalkan projek ni",ujar Baharudin bersungguh.

"Kau memang tak sayang nyawa Baha..."

Baharudin menelan liurnya sendiri. Ugutan Dato Murad menggugat kelancangan kata-kata yang barusan diluahkannya.

"Aku bagi peluang pada kau untuk fikirkan semula"

Baharudin menggeleng. Dia nekad. Tidak perduli apa yang akan terjadi.

"Baiklah. Ini pilihan kau Baha...Kau tunggu dan lihat", Dato Murad berlalu dari situ dengan perasaan yang marah.

* * * * * *
Malam tadi selepas Syakira selesai solat Isyak dan menutupnya dengan solat hajat. Dia memohon agar diberikan petunjuk mengenai pembunuhan Dato Kamarudin.

Malam ini, sekarang. Sekali lagi tanpa dia minta. Dalam pertarungan angin kelabu yang berpusar, Syakira di bawa pusaran itu merentasi dimensi yang berbeza.

"Kereta siapa ni?",ujarnya penasaran.

Di sebelahnya, Hafiz. Lelaki itu memandu dalam keadaan yang cemas. Syakira memanggil-manggil namanya, namun suara dan dirinya yang berada di situ seperti tidak wujud. Dia adalah halimunan di alam itu.

"Hafiz!"

Syakira memegang tali pinggang. Mengapa lelaki itu membawa dengan kelajuan yang luar biasa.

Meter kelajuan mencecah ke angka 140. Seram sejuk, terasa seperti dirinya di pukul di atas angin apabila kelajuan itu sepertinya tidak mahu berhenti.

"Lailaha illa anta, subhanaka inni kuntu minaz zalimiinn....",berulang kali zikir itu disebut Syakira. Sungguh dia takut.

Hafiz cuba mengelak beberapa kereta yang menghalangi laluannya. Pedal brek sudah beberapa kali dipijak, kereta itu tidak mahu berhenti.

Lampu isyarat berwarna merah. Bersungguh-sungguh dia cuba menarik handbrake. Tidak berhasil. Dalam keadaan yang cemas begitu Hafiz berkeputusan. Tiang lampu menjadi sasarannya.

"Hafiiiiizzz!!!!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience