Bab 12: Siapa untuk dipercaya?

Mystery & Detective Series 3417

Kedua-duanya saling bertentang pandangan. Mata itu adalah mata yang biasa dilihatnya. Sejurus dia tidak dapat melepaskan pandangannya ke arah gelang tangan yang dipakai Syakira.

"Maafkan saya kalau kata-kata saya menyinggung perasaan Sakura-san",perlahan-perlahan dia melepaskan genggaman tangannya daripada lengan Sakura.

"Apa yang awak tahu?",soal Sakura cuba menenangkan diri.

"Sebenarnya, apa yang saya alami sama dengan Sakura-san"

"Maksud cik?"

"Saya selalu bermimpi...."

"....mengenai pelbagai hal yang diluar jangkauan fikiran dan..."

Sakura memberikan perhatiannya.

"...segalanya menjadi kenyataan di alam realiti"

Sakura tersenyum sinis sambil menggelengkan kepalanya. Tidak percaya.

"Terima kasih sebab jadi peminat saya Syakira-san", Sakura bingkas.

"Nanti dulu!",Syakira cuba menghalang Sakura pergi

"Awak tahu tak, berapa ramai peminat saya yang sama seperti awak",

"Awak tahu kan yang saya datang dari jauh bukan sebagai peminat. Ada hal yang lebih penting dari itu",

Sekali lagi Sakura menjeling ke arah pergelangan tangan Syakira. Mata Syakira yang berwarna coklat itu ditenung kembali. Perlukah dia mengiyakan segalanya pada orang asing ini?

* * * * * *

"Saya akan menjadi bodyguard awak hari ini",

Hafiz mengecilkan matanya tidak percaya.

"Why you?",tidak senang dengan pernyataan yang seperti arahan itu.

"Syakira minta saya untuk jaga keselamatan Encik Hafiz",Hafiz tersenyum sinis.

"Apa pula ni? Awak siapa nak jaga saya? And...kenapa nak kena kawal saya? Dan kenapa Sya buat semua ini?

"Dia sayangkan Encik Hafiz. Sebab tu dia buat macam ni",

"Apa maksud awak?",dahinya mula berkerut.

"As her friend of course....dia tak nak apa yang dia nampak betul-betul jadi pada encik Hafiz"

"Kenapa? Apa akan jadi pada saya?"

"A big accident!"

Hafiz tidak mengerti.

"Sya ingat accident dapat dihindarkan bila dia rosakkan kereta encik Hafiz tapi...dia silap. Takdir seseorang adalah dalam ketentuan Allah"

"So you nak stop the takdir from happening, macam tu?"

"Encik Hafiz...takdir boleh diubah dengan usaha. Semua petanda yang Sya dapat adalah benar. You need to trust her! "

"Inspektor Hanafi. Look at me now! I'm okay la...you're wasting my time",Hafiz bangun dan beredar ke keretanya. Inspektor Hanafi mengekori.

"Hafiz! Let me explain!"

"You know that i dont believe those nonsense",pintu kereta ditutup. Stereng kereta diputar, berkalih ke jalan utama. Cepat-cepat Inspektor Hanafi mengekori.

Dalam masa yang sama sebuah kereta sedan berwarna hitam mengekori kereta Hafiz dari belakang.

Perjalanan 40 minit menuju ke lapangan terbang KLIA 2 . Begitu pun, dia tidak dapat mengekori dengan rapat. Sepanjang perjalanannya ke lapangan terbang, Inspektor Hanafi menyedari kehadiran kereta berwarna hitam. Dia mengesyaki bahawa kereta itu mengekori kereta Hafiz.

Sengaja dia meletakkan kenderaannya jauh dari Hafiz. Dia cuba untuk mengekori lelaki berkemeja-t biru itu, untuk melihat tingkahnya. Memang benar, lelaki itu mengekori Hafiz dalam diam

* * * * * *

Dato' Murad berfikir sendirian mengenai projek yang tergendala bersama Megah Tech. Setahunya barang akan sampai beberapa hari lagi, namun dia tidak mempunyai sebarang tabir untuk menutup kegiatan haramnya.

Sensei pasti akan memanggilnya tidak lama lagi di ibu pejabat, untuk bertanyakan progres yang terkini. Mahu tidak mahu dia menelefon Baharudin.

"Baha...please, tolong aku kali ni"

"Apa aku nak bagitahu dengan Hafiz nanti?"

"Ini bukan projek dia tapi projek Kama kan!",tegas Dato' Murad tidak sabar.

"...tapi Hafiz yang handle sekarang",ujar Baharudin dalam nada yang marah tapi separuh berbisik.

"Kau nak mati ke?",Dato' Murad berkeras. Dia sudah hilang akal.

"Aku tak nak campur tangan urusan kau"

"Kau kena tahu, kalau aku tak bersuara hari tu kau mungkin dah ada di penjara sekarang",

"Berani kau ugut aku Murad?"

"Aku tahu urusan aku selesai. Kau dan aku tak akan mati kena bunuh dengan sensei", Baharudin membisu. Sukar untuk melakukan sesuatu tanpa pengetahuan Hafiz.

"Okay then. I'll try...",Baharudin akhirnya mengalah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience