Bab 2: Gadis Miraie

Mystery & Detective Series 3417

sambungan dari bab yang lepas;

MIRAIE: SIRI 6

Seorang lelaki dengan pakaian compang camping menghampiriku dari belakang.

"Siapa kau?" soalku dalam perasaan takut dan curiga.

Lama dia berdiri dan menentang mataku. Mahu lari, terasa kaki begitu berat untuk berganjak.

"Apa yang kau nak?"

Lelaki itu menyeringai, menunjukkan baris gigi rongaknya yang kotor. Dia menggelengkan kepala.

"Aku adalah jawapan kepada mimpi wanita itu". Pandanganku beralih kepada wanita anggun yang berhijab itu.

"Kenapa? Apa yang terjadi kepada dia? Apa yang sebenarnya berlaku?". Apakah aku perantara keduanya? Perlukah aku membantu wanita itu? Mimpi apakah ini?

Pertanyaan-pertanyaanku tenggelam dalam benakku sendiri. Aku memandang kepada lelaki itu mohon pengertian.

"Hahahaha!"
Lelaki itu menyeringai . Seolah mendengar persoalan yang berlegar di mindaku.

"Kita akan bertemu lagi..."

Syakira menyemak satu persatu halaman Miraie. Banyak lagi penyuntingan yang perlu dilakukannya.

"Hei!"
Syakira tersentak. Wajahnya menggerutu memandang ke arah Salleh.

"Kenapa dengan kau ni?"
Salleh tersengih. Entah apa yang dia mahu kali ini.

"Jom makan..." ujarnya lembut. Terasa bulu roma tegak di seluruh badannya. Syakira menolak kerusinya yang beroda, jauh dari Salleh. Entah bila Salleh berdiri terlalu hampir dengannya.

"Eeeiiiissshhh!" rungut Syakira, tidak gemar dengan kehadiran Salleh.

"You okay ke Sya?"
Syakira memandangnya , menyampah. Dia menyambung kembali kerjanya, menyelak helaian-helaian komik Miraie yang perlu disunting kepada Bahasa Malaysia.

"Sya...jom lah lunch sama!"
"Ajak Najwa sekali". Salleh memandang ke arah Najwa yang kelihatannya sibuk di mejanya.

"Najwa busy...nak tegur I tak berani". Sebolehnya dia mahu mereka berdua sahaja makan bersama.

" Najwa! jom lunch"
Najwa mengangkat mug dan menunjukkannya kepada Syakira. Tahulah Syakira bahawa Najwa hanya makan oat untuk tengahari itu.

"Sorry Salleh. Lain kali ya".

Telefon bimbit Syakira berbunyi.
"Assalamualaikum..."

"Oh, baiklah jumpa dekat cafe bawah ya". Salleh mengangkat keningnya. Hampa kerana Syakira menolak pelawaannya dan menerima pelawaan orang lain.

"Siapa?"
Syakira hanya tersenyum.
"Inspektor Hanafi?"
"Aku pergi dulu ya!".Syakira malas nak melayan.

"Kejap"
"Kenapa?"
"Ada orang tinggalkan ni dekat receptionist pagi tadi". Syakira menyambut kad bersampul kuning daripada Salleh.
"Thanks". Syakira senyum dan berlalu.


* * * * * * * * * * * * * * * * *

"Apa khabar Sya?". Inspektor Hanafi menghirup kopi panasnya. Hari ini dia lengkap berseragam biru tua.

"Alhamdulillah sihat..."
"...erm, macam mana perkembangan rompakan tempohari?"

"Settle dah semua. Dah bawa kes ke mahkamah"

"Wow!Tahniah Inspektor Hanafi" Syakira menepuk tangannya perlahan. Melihat sekitar restoran. Malu pula bila kelakuannya tertangkap pada beberapa pelanggan restoran yang duduk berhampiran mereka.

"Semuanya sebab Sya yang bagi petunjuk-petunjuk tu. Terima kasih Sya"

"Oh...ingatkan apa. Mana lah tahu, Encik Hanafi nak minta tolong apa-apa lagi dari saya"

" So...hari ni anggap saya belanja untuk raikan kejayaan kita kali ni"

"Syukur...ada orang nak belanja tengah-tengah bulan ni". Inspektor Hanafi ketawa mendengar kata-kata itu.


* * * * * * * * * * * * * * * * *

Hafiz membuka kad dari sampul berwarna kuning itu. Senyumannya melebar, membawanya kembali kepada 8 tahun lepas.

8 tahun lepas.

"Terima kasih tumpangkan kami" ujar Nur Arina . Hafiz tersenyum.

Hafiz mencuri pandang ke cermin pandang belakang. Syakira, gadis ayu bertudung litup itu menarik perhatiannya. Hafiz tahu, Syakira tidak akan menaiki keretanya sekiranya tiada teman.

"Sya, kau okay ke duduk dekat belakang tu?". Nur Arina tersengih.

" Kau nak duduk depan ke Sya?"soal Nur Arina, mahu melihat reaksi Hafiz.

"Eh kau ni, macam tak kenal aku". Nur Arina tahu Syakira begitu menjaga batas pergaulannya bersama lelaki.

"Ok. Kita gerak sekarang".Harapan Hafiz tinggal harapan. Kereta bergerak keluar dari kawasan pakir dewan kuliah.

"Korang nak makan tak? Aku belanja"
"Eh, tak payah lah. Hantar kitorang dekat pasar atas sana" segera pelawaan Hafiz ditolak Syakira.

Hafiz tersenyum kelat. Syakira bukan sebarang perempuan yang biasanya dipikat Hafiz sebelum ini.

"Err...Hafiz!". Syakira menepuk kerusi Hafiz dari belakang.

"Kenapa Sya?"
"Berhenti! Berhenti kejap"

Kereta diberhentikan. Sejurus Syakira melompat turun dan meluru ke arah belakang lorong yang menempatkan barisan rumah-rumah kedai.

Hafiz dan Nur Arina terpempan melihat kelakuan Syakira. Hafiz menuruti Syakira dari belakang. Kelihatan Syakira mengejar seorang lelaki.

"Berhenti!" jerit Syakira kepada lelaki itu.
" Kau siapa?" lelaki yang tidak mengetahui apa-apa itu terus berlari dalam keadaan termengah-mengah.

"Aku tahu kau Raychael!"
Lelaki itu panik. Dia kelam kabut melarikan dirinya dari Syakira yang tahu akan namanya.

"Wei!" laung Syakira sekuat hati. Syakira mengeluarkan telefon bimbit. 999 ditekan, menembusi panggilan kecemasan.

"Hello encik, saya nak buat satu laporan..."

Sejurus itu dihadapan mata Syakira, Hafiz melompat dari arah bertentangan dan bergelut dengan lelaki itu. Berbekalkan ilmu Silat Cekak Hanafi, sepakan dihantar ke tulang pipi Raychael. Lelaki itu terjajar ke hadapan dan hilang keseimbangan dan tumbang ke tanah.

Mata Syakira terbeliak. Hafiz tersenyum.


* * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Balai Polis

"Terima kasih Sya. Dah lama kami buru budak tu. Sekali lagi awak dah membantu kami" Inspektor Hanafi tersenyum. Gadis itu memang luar biasa.

"Secara kebetulan aja . Entah kenapa lah Syakira ni asyik menyibuk urusan pihak polis. Tak gitu Encik Hanafi?" . Syakira ikhlas membantu. Bukan niatnya untuk masuk campur dengan kerja-kerja polis.

"Erm...kami tak faham apa yang berlaku?" Nur Arina mencelah sambil berkalih ke arah Hafiz.

"Kawan kau ni memang suka cari penjenayah ke?" soal Hafiz cari pengertian.

"Sya, macam mana kau...?" Hafiz menggaru kepala. Syakira memandang tepat ke arah Hafiz.

"Well...kau tahu. Macam mana kau tahu dia penjenayah?".

Syakira tersenyum. Dalam beberapa saat itu, dunia seolah terhenti. Beberapa saat itu amat cukup untuk merakam senyuman manis gadis itu. Hafiz terpana.

"Well...kau boleh kata aku ni Super Woman" . Syakira berlalu mendapatkan Nur Arina.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience