Bab 3: Kunci Rahsia

Mystery & Detective Series 3417

Hafiz menatap kad dari sampul berwarna kuning. Tersenyum sendiri, dia membaca kembali kandungan kad tersebut.

Jemputan ke Majlis Gathering Graduan 2010, Encik Hafiz bin Kamarudin, 16 September 2017.

Hafiz melangkah ke dewan besar, tempat majlis berlangsung dan saat itu tanpa sengaja...

"Arrggghhh"
Sebuah tas tangan berwarna jingga menyinggah ke wajahnya. Kad yang dipegang melayah ke lantai.

"Err....maaf encik" ujar wanita itu sambil memberikan semula kad yang jatuh tadi. Berkerut seribu wajahnya, tidak dapat menerima apa yang baru berlaku ke atasnya. Hafiz menoleh.

"Erm...jalan tu baik-baik sikit"
"Ya. Saya betul- betul minta maaf"

Wanita itu mendahului Hafiz. Membuka pintu gerbang serba megah dewan hotel 5 bintang itu. Hafiz memintasnya dan melingas sebentar ke arah wanita itu. Dua saat wajah mereka bertembung.

"Maaf, encik...?"seperti biasa dilihat.
"Syakira?"soal Hafiz, menyedari.
"Kau rupanya....sombong betul!" membalas kata-kata Hafiz sebentar tadi. Hafiz tersenyun sendiri. Menyesal dengan keangkuhannya tadi.

* * * * * * * * * * * *

"Wah! Akhirnya jumpa juga dengan Hafiz Dato Kamarudin"
"Ya, dah lama tak jumpa kau"Hafiz menatap Syakira dalam diam. Dia benar-benar merindui gadis itu.

" Dengar kata kau lama duduk New York"
"Dah dua tahun aku balik sini Sya"
"Eh, bukan ke kau kerja di Universal Studio?"
"Hmm...itu cerita lama". Wajah Hafiz berubah riak. Syakira tertanya-tanya.

"So...i'm guessing you're back for good"
"Aku kerja dengan ayah aku"
"So...kerjaya kau macam mana?"
" I'm no longer a photographer"

"How's life in Malaysia?"
"Tak seceria macam aku jumpa kau sekarang"usik Hafiz. Syakira menyambutnya dengan tawa.

"Eiiii...tak ada lah teruk sangat. Kau balik pada keluarga. That is a good thing"Syakira memerhatikan sekitar majlis. Mencari-cari kelibat sahabatnya yang lain.

"Yeah...maybe. Kau pula macam mana Sya? How's your life"

"Aku enjoy kerja dalam bidang aku, Multimedia" Syakira menyuap sesudu kek brownies.

"Dengar -dengar kau bertunang hari tu kan?"Hafiz cuba memancing cerita. Syakira tersengih. Sikap Hafiz masih tak berubah.

"Ya. Aku dah bertunang, kenapa?"jawabnya spontan. Riak wajah Hafiz berubah.

"Betul ke Sya?"kali ini dia serius.
"Hahaha!"
"Kau tipu kan?"
"Apa jenis soalan lah kau ni?". Syakira bingkas dan melambai ke arah sahabatnya, Najihah.

"Kak Najihah! Sini!" lambai Syakira lagi.
Hafiz turut sama bingkas. Soalannya maaih belum berjawab.

"Sya, tadi tu...kau tipu aja kan?" bisiknya lagi. Malu sekiranya didengari Kak Najihah yang diseganinya.

* * * * * * * * * * *

Malam itu Syakira pulang ke kampungnya, Kuala Pilah. Mujur Isnin ini dia mendapat cuti gantian bagi kerja hujung minggunya minggu lepas.

Selesai Isyak, Syakira tertidur dan saat itu tanpa diminta dia dibawa ke satu dimensi mimpi yang luar biasa.

Dari jauh kelihatan susuk seorang gadis dengan rambutnya yang panjang dibuai-buai angin yang sepoi-sepoi. Gadis itu berdiri di bawah pohon sakura yang agak rendang. Bau sakura yang basah menusuk ke hidung.

Perlahan-lahan Syakira mendekatinya. Seolah-olah mengetahui kehadirannya, gadis itu menoleh.

"Sampai juga akhirnya" ujarnya lembut. Sebaris gigi putih menyerikan senyuman gadis itu.

"Siapa?" seperti berbisik Syakira bersuara. Soalan itu tidak dijawab, seolah-olah dibawa angin lalu.

"Masih ingat yang ini?"
Sekalung rantai emas berloket hati ditunjukkan kepadanya.

"Tunjukkan rantai awak". Permintaan gadis itu tidak dimengerti.

Perlahan-lahan imejan gadis itu kabur. Seperti ditolak ke dalam dimensi waktu yang berbeza, dihadapannya kini hanya hitam dan gelap.

"Allahu Akbar!"
segera ucapan itu disebutkan. Peluh-peluh kecil bertaburan di dahinya. Mimpi apakah yang barusan diterimanya?

* * * * * * * * *

Hafiz memasuki ruang bacaan Dato Kamarudin. Kali ini dia duduk di kerusi , tempat ayahnya bekerja. Satu persatu alatan di atas meja itu disentuhnya. Cuba merasai memori yang ditinggalkan oleh ayahnya di kamar itu.

Sekeping foto yang diletakkan di dalan bingkai terletak elok di tepi komputer. Gambar Hafiz sewaktu berada di New York. Mungkin gambar itu yang menjadi tatapan ayahnya setiap kali dia duduk di kerusi ini.

" Cuti Hafiz kali ni tak lama. Minggu depan Hafiz nak bertolak"

"Hari sabtu ke ahad?"
"Mungkin jumaat"
"Hmm..nampaknya daddy tak dapat nak hantar Hafiz"
"It's okay daddy. I can take care of myself"

Dato Kamarudin menutup buku diarinya yang berwarna coklat dan menyimpannya ke dalam almari berkunci.

Memori itu singgah di benak Hafiz. Segera dia bingkas, cuba mengingati dimana anak kunci itu disimpan Dato Kamarudin.

Hafiz bertenang. Dia berkalih tempat, dan duduk dari arah bertentangan dari tempatnya sekarang. Dia pasti kunci itu tidak jauh janhkauannya dari tempat duduk ayahnya.

Hafiz menuju ke arah meja dan meraba di sekitar bawah meja. Terdapat satu lubang rekahan di situ dan , dia menemukan kunci itu di situ.

* * * * * * *

Usai sarapan, Syakira membantu ibunya Mak Mah membasuh pinggan mangkuk. Dia kemudiannya berlalu ke bilik tidurnya untuk solat Dhuha.

"Sya!"
suara itu menjengah saat dia mahu memberi salam pada solat di rakaat yang keenam.

Segera dia meraup muka dan bergegas ke bilik sebelah.

"Ada apa wan?" ujarnya menghampiri neneknya Wan Khadijah.

"Ada sesuatu yang wan nak bagi"
Wan Khadijah membuka laci dari almari meja soleknya, mengeluarkan sebuah peti kecil lama.

Peti itu dibuka dan isinya ditunjukkan kepada Syakira.
"Wan dah lama simpan untuk Sya"

"Apa ni wan?"Syakira tidak mengerti.
"Mak kau pun mungkin dah lama lupa tentang rantai ni"

Syakira mengeluarkan rantai emas itu. Loketnya berbentuk hati. Seketika dia terpempan. Bukankah ini rantai yang ditunjukkan di dalam mimpinya malam tadi?

"Kenapa ada pada wan?
"Dulu...kau kecil lagi. Takut nak dipakaikan. Mana tahu...hilang pula. Itu sebab wan simpan"

Syakira hanya mengangguk kecil. Masih tidak percaya, rantai itu kini di tangannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience