Semenjak abang long dah bertunang dengan tunangan dia hari tu, aku selalu keluar jalan-jalan dengan tunang dia. Nama tunang abang long Sharifah Irdina, tapi panggil kak Dee je. Hehe. tengah cuti semester ni lah ambik masa nak jalan-jalan.
Lagipun, Kak Dee seorang pensyarah. So, musim cuti macam ni lah dia ada ruang sikit untuk keluar jalan-jalan dan aku pun ikut jugak. Habis cuti ni nanti kan dah nak mula praktikal.
“Next week Naylie dah start praktikal kan?”, soal Kak Dee. Air ribena yang aku minum aku tolak ke tepi.
“Ha’ah. Minggu depan. Alaa…tak berasa la pulak cuti ni dah nak habis. Sedih.”, aku sambung minum air ribena tadi. Buat muka sedih dan tak puas hati.
“Amboi, tak puas cuti ya? Nanti Naylie kena biasakan diri kurang bercuti. Maksud akak, masa praktikal nanti susah nak dapat cuti. Silap-silap haribulan, weekend pun kena turun bekerja.” Aku pula angguk dengar kata-kata Kak Dee. Alahai, dah memang macam orang dah berkerjaya lah aku nanti kalau weekend pun dah kena kacau pergi office buat kerja.
“Intern dekat company mane?”, chocolate indulgence dalam mulut aku habiskan sebelum jawab soalan Kak Dee.
“Hmm…Emperial Shah Holding.” Aku makan lagi sesudu chocolate indulgence.
“Oo…ESH”.
“Ha’ah. Eh, akak tau eh company tu?”, kak Dee senyum je dengar soalan aku. tapi tak pulak dia jawab.
Akhirnya hari yang ditunggu-tunggu telah pun tiba. Hari apa? Hari pertama menjalani intership di Emperial Shah Holding! Telekung ku buka dan dilipat kemas. Sejadah pula aku letakkan di tempat biasa aku letakkan. Aku duduk di tepi katil. Aku tengok jam dah pukul 6.15 pagi. Terus aku masuk ke tandas dan mandi.
“So, who’s Naylie Ellysha Binti Arsyad and who’s Maira Medina Binti Sofian?”, soal seorang pekerja di Emperial Shah Holding ni. Nampak macam pangkat besar je. Bilik besar, mewah nak mampus habaq hang. Pakaian pulak memang smart macho stail bergaya.
Muka? Huh, tak payah cakap. Muka dia tu, lagi la hensem gila dowh. Hitam manis, badan boleh tahan tinggi, tough pulak tu.
Senyum? Tak payah cakap. Dia tak bukak mulut lagi aku dah dok berangan ni. Tapi, bukan ciri-ciri yang aku minat. Haha. Kemain lagi aku puji tadi kan. Aduhai.
“Naylie Ellysha. Just called me Naylie.” Ujarku dan senyuman manis aku bagi dia. Haha.
“Maira Medina Binti Sofian, can called me Maira.” Kali ni, Maira pulak yang memperkenalkan diri. Senyuman dia bagi, kalah yang aku bagi tadi tau.
“Okay then, nice to know both of you, Naylie and Maira. Let me introduce myself. My name is Syaqir and I’m a junior civil engineer of Emperial Shah Holding. Junior lagi sebab baru setahun lebih kerja kat sini. Saya pun tak tahu kenapa admin nak saya yang handle awak berdua walhal I’m still new here. But its okay, if there is any problems, let me know then.
Just tanya je kalau ada apa-apa yang awak berdua curious pasal kerja, saya ni takdelah garang sangat sampai nak makan orang. And a young lady here is Miss Julia as my secretary. So now, saya dan Jue akan bawa awak berdua to figure out this company and your task. Shall we?” ajak Encik Syaqir.
Aku, Maira dan Cik Julia pun mengekori langkah Encik Syaqir untuk melihat sekitar pejabat di sini.
Hari pertama aku dan Maira hanya diberikan tugas untuk melihat beberapa kertas kerja. Banyak jugak tender yang company ni ambil. Kos untuk tender yang di ambil pun bukannya sikit, semuanya berpuluh juta kot. Patutlah company maju. Kak Jue dan Encik Syaqir pulak memang baik, diorang tak sombong pun. Eh, kak Jue tu Miss Julia. Dia sendiri yang nak aku dan Mai panggil dia Kak Jue. Tak nak formal sangat katanya.
“Maira, Naylie kalau korang nak buat air ke, guna je pantry kat belakang sana ye. Semua ada kat situ cuma tinggal nak bancuh je. Jangan malu-malu ye.” Ujar Kak Jue kepada Naylie dan Maira.
“Baik Kak Jue. Kak Jue nak ke pantry ke?” soal Naylie.
“Ha’ah. Nak ikut? akak dahaga lah, lagipun sekarang ni dah waktu rehat. Jomla ikut sekali. Boleh borak-borak kat sana.” Ajak kak Jue.
Kepala Maira terus angkat bila dengar kak Jue sebut ‘borak-borak’ means Maira ni dah tak sabar nak berborak dan luahkan perasaan dia. Haha. meja kami bersebelahan tapi ada pembahagi transparent so aku boleh nampak apa yang Maira buat dan dia boleh nampak apa yang aku buat. Hehe.
“Oh, okey. Kak Jue pergi je dulu nanti kitaorang datang.” Kali ini Maira pula yang berkata. Kak Jue berlalu pergi menghadiahkan senyuman. Lantas aku dan Maira mengemas apa yang patut kat atas meja dan berlalu pergi ke pantry. Rancak kami berbual. Macam-macam topik yang kami bualkan. Antaranya adalah tentang pemilik syarikat nih.
“Akak, Naylie nak nak tanya. Company ni franchise dekat Malaysia ke atau memang owner dia orang Malaysia?”. Tergelak Kak Jue dengar soalan aku. Er, lawak ke soalan yang aku tanya tadi.
“Eh takde lah dik. Company ni, Dato’ Syed Saif Edruce yang punya. Memang owner dia 100% orang Malaysia. Dia ada jugak bukak franchise ESH dekat Dubai and Aussie. Kalau Naylie dan Mai nak tahu, Encik Syaqir tu anak saudara Dato’ Saif. Perasan tak nama Encik Syaqir tu Syed Syaqir Edruce?”, soal Kak Jue.
Aku dan Maira pun terdiam dan mengangguk. Baru perasan, masa Encik Syaqir perkenalkan diri tadi, aku nampak plaque atas meja dia tulis ‘civil engineer Mr. Syed Syaqir Edruce’. No wonder lah muda-muda lagi dah jadi engineer kat ESH nih.
“Tapi family dia je yang masih stick dengan nama Edruce.”
“Maksud Kak Jue?”
“Hmm…takde ape lah. Tak penting pun semua tu. Jomlah balik ke meja. Masa rehat dah nak habis nih.” Dalih Kak Jue. Haa, ni aku nak kenalkan, spesies yang suka cakap tak habis.
Share this novel