BAB 9

Romance Completed 72693

Hari ni kecoh satu pejabat. Ada CEO baru yang akan gantikan Datuk Saif. Dengar cerita, anak dia sendiri yang akan gantikan. Dan terlahirlah kisah dongeng pasal anak datuk saif tu. Ada yang kata, anak dia tu dah tua umur dalam 40 an, ada yang kata anak dia tu tu playboy sebab dia tu kacak dan membesar di scotland, tak kurang jugak ada yang kata dia tu seorang duda anak 2.

Hish, dahsyat sungguh dongeng diorang tu. Tapi lain pulak yang Kak Jue bagitahu aku. simple dan deep sangat cara kak jue describe anak datuk saif tu. Memang 360° berbeza dari dongeng-dongeng yang aku dengar.

“Apa yang kak Jue pasti, anak Datuk Saif semuanya baik-baik walaupun diorang dibesarkan di Scotland. Tak pernah pun diorang lupakan asal-usul. Bagi akak, datuk dan datin berjaya dalam mendidik anak diorang. dan satu lagi CEO baru kita nanti, orangnya sangat kacak! Kak jue tak hairan lah nanti kalau tiba-tiba Naylie boleh terpikat kat dia. Haha. and i’am pretty sure that he will like you, Naylie. just wait and see…”. kata-kata kak jue sebentar tadi aku terngiang-ngiang.

Haish. Belum apa-apa lagi dah puji bagai. Nampak macam kak jue memang kenal dengan semua anak-anak Datuk Saif. Kacak sangat ke dia tu?

Atchooo!!! Tuuu dia…bersin aku ni aku dah buat sesenyap yang boleh. Makin seyap aku buat makin sakit pulak aku rasa. Kepala pun dah berat. Ni semua gara-gara main hujan dengan angah semalam. Berhujung minggu dengan bermain hujan. Bukan main hujan je tau tapi package sekali dengan servis cuci kereta.

Pelik bukan? Main hujan dengan abang sendiri dah tu nak jimat air, cuci kereta dengan air hujan. Kalaulah aku ada adik, confirm aku ajak adik aku. nasib baiklah angah okey je bila aku ajak. Alasan kami sama je, sebab lama dah tak main hujan. Abah pulak tak dapat nak larang. Sebabnya, kalau dia larang sekalipun kiteorang tetap akan redah main hujan tu jugak. Hehe. Sorry abah. But now, i feel the pain! Kalau bukan kerana nak greeting ceo baru hari ni, memang awal-awal lagi aku dah minta MC.

Tok! Tok! Tokkk! Pintu bilikku di ketuk. Siapa lagi kalau bukan kak jue.

“Naylie, jom keluar. CEO baru dah nak sampai.” Ajak kak jue. Aku angguk dan terus bangun dari kerusi dan menuju ke luar. Aku bersin lagi. Aku rasa macam nak biar je tisu di sumbat dalam hidung. Tapi kalau orang tengok, lain pulak diorang fikir. Kak jue pulak terus datang dekat. “Panas nih. Tak nak pergi ke klinik ke? Akak rasa baik naylie MC je, kang makin teruk macam mana. Risau pulak ceo baru kita tu nanti”, kata kak jue setelah tangannya hinggap ke dahi ku.

“Eh, ape pulak dia nak risau kak jue. Kenal pun tidak. Kak jue ni buat lawak je lah. Takpe, kalau naylie rasa tak larat, naylie ambik MC ye kak jue. Hehe. Okay, jom kita keluar. Tak sabar nak jumpa ceo baru.” Ujarku kami kemudian berkumpul di satu sudut pejabat. Kelihatan beberapa orang staf juga turut berada di situ. Tak sampai lima minit kelihatan beberapa orang lelaki yang segak dengan suit datang menghampiri kami.

“Assalamualaikum semua. Is everyone here? Okay, now I would like to introduce our new CEO, Mr. Syed Emir Elfahriey Datuk Syed Saif Edruce.” terang abang syaq.

“Assalamualaikum…saya Syed Emir Elfahriey, panggil Emir je. Saya ni baru lagi, kalau boleh saya nak semua bagi saya tunjuk ajar. Mungkin ada yang dah kenal saya sebelum ni, tapi itu lah saya. Tak payah lah nak ingat kan. So, I hope that everyone can give their best for Emperial Shah Holding. Keep all your support and commitment. Also, do guide me and nice to meet you guys.” Ujar Emir.

Terus matanya kemudian melirik ke arah Naylie. sambil itu juga, Abang Syaq juga tengah menerangkan sesuatu.

Dari saat mereka menghampiri lagi, Naylie seakan sudah sesak nafas. Degupan jantungnya makin berdegup kencang lebih-lebih di saat Abang Syaq memperkenalkan siapa emir yang sebenar kepada mereka. Dia merasakan sangat tertipu dan terpedaya oleh permainan Emir selama ini. Mukanya di rasakan seakan panas.

Air mata pula sempat di tahan daripada jatuh kepipi. Namun, hati tetap merasa sakit. Lebih sakit dari sakit yang dia alami. Karektornya yang akan bersin selang 5 minit itu terus hilang. Ini semua akibat kejutan yang dia dapat daripada Emir. Tidak disangka, lelaki yang dikenalinya selama ini adalah anak kepada pemilik syarikat ini.

“Sanggup kau tipu aku Emir. Hebat permainan kau!”, desis Naylie dalam hati. Kalau terluah tu, seluruh mata yang ada kat sini confirm tengok aku macam rimau yang nampak kambing. Naylie menghadiahkan senyuman sinis kepada Emir.

Bukan dia tak perasan yang emir asyik curi pandang dia je dari tadi. Depan orang, kenalah tunjuk baik kan. takkan lah terus nak provoke kang nanti tak pasal-pasal aku kena pecat. ‘You’re fired!’ macam ala-ala donald trumph. Sigh.

Naylie dah tak tahan. Dia nak bersin dan dia rasa hingus pun dah banyak. Lantas dia meminta diri dan terus ke tandas. Dalam tandas tu lah dia melepaskan semuanya. Bersin sepuas hati, hembus sesuka hati dan yang paling tragik sekali adalah tiba-tiba je air mata dia pemurah sangat nak mengalir. Hey, kenapa ni? Terus di seka air matanya. Namun, diseka sekalipun tetap lagi mengalir. Ni semua gara-gara dia teringat dengan mamat weirdo tu lah. Naylie sememangnya paling benci dengan penipu! Terus dia menangis bila teringatkan masa lalu bersama Emir.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience