Akhirnya semester break pun telah pun tiba. Yaa beda beduuuu!!
Tapi tak berapa nak semester break sangat. Sebab, habis je cuti ni aku akan mula praktikal dan menjadi seorang yang bekerja. Uish, tak sabar rasanya.
Habis je last paper petang semalam, malamnya pulak aku terus fly balik KL. Haha. rindu sangat dekat abah dan abang-abang aku yang sengal tu tau. Sebab tu lah aku tak menyempat nak tunggu jumaat untuk balik. Ehe.
Bukan apa, sebab dalam masa 3 hari lagi lagi abang long akan jadi tunangan orang. Itu tandanya, aku akan dapat kakak ipar tak lama lagi. Seronok nya! Huhu. Ada lah nanti teman untuk buat berborak. Tiba-tiba aku baru teringat sesuatu.
“Angah, pernah dengar Emperial Shah Holding tak?”, soalku pada abang ngah yang tengah khusyuk mengahadap laptop. Sibuk buat kerja lah tu. Aku pulak makan jajan sambil tengok tv drama korea. Cerita Mandate of Heaven. Gila tak tengok boyfriend aku berlakon dalam cerita tu. Hehe siapa lagi kalau bukan Lee Dong Wook.
“Kompeni besar tu, kenapa adik tanya?”, soal angah balik. Aku pula seakan-akan mencari idea.
“Hmm…cerita dia macam ni, habis cuti sems ni kan adik internship so, adik ada la apply intern dekat company tu.” Tu je jawapan aku bagi kat angah. Angah pulak respons dengan buat mulut yang seakan menyebut “O” tu je.
“So, dapat ke tak?”
“Angah rasa?”
“Eh budak ni, angah ni bukan chef nak main rasa-rasa.”
“Haha, sengal lah angah ni. Alhamdulillah, dapat ngah. Kesian kan adik, ngah. Cita-cita besar sangat nak apply intern dekat company besar rupanya tapi nasib baik dapat. Nak apply dekat tempat kerja abang sendiri, orang tu tak kasi. Ish, memang kesian kan ngah?”, ahah ayat last tu memang aku reka untuk sentapkan abang ngah. Haha. terdiam dia.
“Ek elehhh…mengade”, siap angah baling lagi kusyen dekat aku. Aku gelak je. Haha. Bukan apa angah tak nak aku apply kat company dia kerja, tapi dia cakap nanti orang kata dia bias. Maklumlah, setiap interns yang apply dekat company angah kerja, selalunya angah yang jadi supervisor. So, dia tak nak la nanti kalau aku apply kat sana, dia yang menilai aku.
“Angah, adik”, tegur abah yang tiba-tiba datang dari arah dapur. “Jom ikut abah ambik along, lepas tu boleh kita keluar pergi makan ke. Abah tahu, along mesti lapar lepas landing”.
“Makan? Bunyi je dah tahu memang best. Haha. Nakkk…adik nak ikut! Angah jom lah”, ajakku pada angah, bukan setakat ajak je, dengan tangan-tangan dia sekali aku tarik.
Setengah jam kemudian kami telah sampai ke lapangan terbang. Jam dah menunjukkan pukul 9.10 malam. Sepatutnya along dah landing. Kami menunggu di pintu ketibaan. Sejuk sangat aiport ni buat aku tak tahan pulak. Akhirnya aku berlalu mencari tandas. Lepas je selesai urusan aku terus ke arah pintu ketibaan. Ada isyarat whatsapp masuk. Aku terus capai phone.
Duppp!!
“Oh shit!”, kedengaran satu suara menyumpah.
Adoi! Gajah mana pulak yang langgar aku ni, pandai menyumpah pulak tu. Oh, berapa skala ritcher gegaran ni sampai-sampai aku boleh jatuh terduduk dekat lantai KLIA nih. Aku angkat muka, kelihatan seorang lagi mangsa gegaran pun jatuh terduduk.
Eh, mangsa ni ke yang menyumpah tadi tu? Perlahan-lahan aku angkat untuk berdiri begitu jugak dengan mangsa tadi.
“Kau ni jalan guna hujung hidung ke guna siku?”, soal mangsa tadi yang merupakan seorang lelaki.
Berpenampilan sangat lawak bagi aku. yelah, malam-malam macam ni pun still nak guna shades ke cik abang oi? Dah tu pakai cap pulak. Ahah. No wonder lah jalan tak nampak. Ada hati nak salahkan aku. ini Naylie lah. Salah orang la brader kalau nak cari pasal.
“Excuse me? Awak yang langgar saya tau!”, bidasku dengan yakin. Huh. Nasib baik tak jatuh berkecai phone aku. kalau tak, memang aku claim iphone 6s dengan mamat nih. Aku tayang muka tak puas hati.
“Ahh…whatever!”, dengus si mamat lawak. Shades brand ray ban di buka dan matanya memandang jam di tangan kirinya. Sempat Naylie cuba untuk melihat wajah si mamat lawak tetapi tidak lama.
“Oh, damn! 10 minutes left.” Sambung nya lagi. Terus laju kakinya meninggalkan aku. Hish, apesal mulut mamat tu tak reti nak sebut perkataan yang elok-elok. Masuk ni dah dua kali aku dengar dia menyumpah. Aku sumpah dia jadi gajah baru tahu!
Sikit pun tak concern dengan aku yang dah jatuh terduduk tadi. Nak dengar ucapan maaf dari dia? Huh, memang tak ar kalau dah tengok gaya dia yang poyo macam tu. Harap kan muka je macam tu tapi? Eh, tapi macam pernah nampak je.
Share this novel