“Adik, kenapa tak bagitahu ada orang nak datang masuk merisik adik?”, bunyi separuh soalan dan separuh marah suara abah di hujung telefon. sapa pulak yang berani-berani datang nak merisik aku ni.
“Hah? Abah, abah cakap ape ni? Adik tak faham.”
“Siang tadi ade orang datang rumah. Katanya nak merisik adik.” Aku yang mendengar pulak dah rasa laju je naik turun naik turun dada aku nak bernafas. Nasib baik aku dah masuk departure hall, kalau tak memang nak je aku cancel flight hari ni. Lari balik hotel balik.
“Ha? Astagfirullahhalazim… Serius adik tak tahu bah. Dia ada cakap tak sape?”
“Adik…kalau cakap tu, tak payahlah nak hah hah hah. Berdesing tau telinga abah ni. Orang tu kata dia wakil daripada Syed Emir. Adik kenal dia ke tak?”
Syed Emir? Syed Emir Elfahriey Datuk Syed Saif Edruce merangkap CEO Emperial Shah Holding tu ke? Eh, Emir yang aku kenal selama ni ke? Eh, tak mungkin… takde pun dia cakap pape dekat aku. Ish, Musykil aku.
Setelah berbincang dengan abah, aku matikan talian telefon. Jam tanganku pandang. Lagi setengah jam flight aku ke KL. 3 hari aku oustation ke sabah, check-check abah call cakap ada orang datang merisik. Ni belum lagi aku outstation seminggu. Mahu beratur orang nak datang merisik. Grr…
Isnin telah pun tiba. Pagi-pagi aku dah terpacak di luar bilik boss besar a.k.a office Emir. Aku duduk menunggu di sofa yang memang terletak di luar pejabatnya. Aku nak settle kan apa yang dia buat last week. Hampir 10 minit aku sampai tak lama lepas tu Emir pun sampai.
“Eh, Naylie. Assalamualaikum. Good morning!”, sapa Emir sebaik je nampak aku dah terpacak berdiri di hadapannya.
“Waalaikummussalam. Hmm..morning. saya nak discuss something dengan awak.”
“Oh okay, jom masuk.” Pelawa Emir untuk masuk ke pejabatnya.
Lebih kurang dua minit jugak lah aku dengan Emir krik krik dalam bilik pejabat dia. Aku pandang je dia. Tapi reaksi muka dia tu tak ubah macam orang baru balik dari kuliah agama. Macam takde apa-apa masalah je aku tengok.
“Kau tenung aku semacam ni dah kenapa?”
“Perasan. Mana ada saya tenung awak.” Dalih aku. Padahal aku memang perhati je dia dari tadi.
“Err… Kalau kau termenung kat tempat lain memang aku tak kesah tapi yang kau tenung aku tu dah kenapa?? Mak tahu lah mak hensem nyah tapi jangan lah tenung mak macam nak menggoda..”, Emir memecah sunyi dengan memuji diri sendiri di hadapan Naylie. dasar mamat perasan!
“Awak, awak jangan nak perasan. Menyampah tau tak? Geli lah”, ish tak kuasa aku nak puji dia pagi-pagi macam ni. dia pulak gelak je dengar jawapan aku.
“Alaa…kau ni, aku gurau je. Pagi-pagi dah marah. Bendera jepun ke?”, cis. Kurang asam jawa jugak dia ni. Mulut memang tak makan saman. Yela, orang kaya, tak luak pun nak bayar saman kan. Aku tayang muka tak puas hati. Huh. Makin lama aku dalam bilik ni makin panas pulak. Kang tak pasal-pasal boleh terkeluar asap pulak dari hidung aku nih. Dia yang gelak pun dah berhenti gelak bila tengok muka serius aku. Haa… tahu takut.
“Ni saya nak tanya. Yang awak pandai-pandai hantar orang datang merisik saya tu kenapa? Bila masa pulak saya bercinta dengan awak? Dan bila masa pulak saya nak kahwin dengan awak?”. Emir gelak lagi bila dengar statement aku.
Dia bangun dari kerusinya dan berjalan ke arahku. Berhenti betul-betul depan aku sebelum dia duduk di hujung meja sambil meletakkan kedua-dua tangan di sebelahnya. Automatik aku berganjak ke belakang walaupun aku tengah duduk sebab jarak kami agak rapat sampaikan bau minyak wangi dia pun aku dapat hidu. Wangi. Boleh tergugat iman aku.
“You owe me something Naylie. don’t you remember?”, senyuman manis dia bagi aku. weh, gila lah kalau lama-lama aku menghadap senyuman manis dia tu. Wahai iman, kuatlah dikau dalam diriku. Sempat lagi aku berdoa dalam hati.
“So?”
“So, will you marry me? Because that is the only way for you to pay your debt, Naylie.”
What! Wei tak faham la! Hal kecik je kot, takkan nak kena kahwin dengan dia. Terus aku bangun dari duduk.
“Gara-gara Ice-cream je kot, takkan lah nak kena kahwin. Awak jangan lah nak buat lawak di pagi hari lah Emir. tu semua nonsense.” Terdiam dia dengar jawapan aku. nampak macam dia tengah berfikir.
“Muka aku ni nampak macam tengah buat lawak ke?”, aku pandang muka dia. Ish,pandangan mata dia tu serious, serious yang dia memang betul-betul serious. Aku mula telan air liur. Gulp!
“Err…awak. jangan lah macam ni. Takkan lah takde cara lain untuk saya bayar hutang awak.”
“Nope. I think that is the best way Naylie. Kahwin dengan aku je okay. Hujung bulan ni aku hantar rombongan meminang. What you have to do is just accept it. Jangan tolak pinangan aku tau, sebab nanti aku takut lain pulak yang jadi.”
Weh, ini bukan lamaran kahwin tapi satu paksaan! Grr…Habis lah masa depan aku kalau kahwin dengan dia. Ya Allah, Emir ni dah kena sampuk dengan ape lah agaknya. Aku tak ready lagi nak kahwin. Abah, tolong Naylie! huwarghhh…
Share this novel