Dia pandang aku tapi aku buat-buat pandang tempat lain dan tangan dia masih lagi pegang tangan aku. Aku takde masa lah nak layan dia ni dulu, dah la dengan keadaan kepala aku yang masih berat dan sakit ni.
“Naylie listen… im begging you. I am so sorry okay?”, aku beranikan diri untuk pandang muka dia. Ikhlas, itu yang aku nampak.
“Kalau naylie nak pukul abang, pukul lah. Abang rela tapi please, maafkan abang.” Tudiaaa…dia offer weh aku nak pukul dia. Tapi sorry lah, buat masa ni aku betul-betul takde masa nak layan. Aku angguk. Ahah, tu satu hal. Aku ni asyik angguk je bila dia bercakap. Tak tahu kenapa.
Terus aku pusing membelakangi emir dan meneruskan langkah ku untuk naik ke bilik. Emir pula cuma diam. Baru je beberapa anak tangga aku naik, aku rasa pandanganku makin kabur dan kepala semakin berat dan tiba-tiba aku rasa dunia aku jadi gelap…
“Naylie!!!”, jerit Emir. sempat di sambut Naylie yang hampir rebah. Di dukungnya naylie sampai ke bilik.
Aduh…sakit sangat ni kenapa? ditambah pulak rasa dengan rasa sejuk. Perlahan-lahan aku buka mata. Eh, aku kat mana ni? Aku perhati sekeliling, bilik tidur aku rupanya. Eh, macam mana aku boleh ada kat sini, seingat aku tadi aku…pengsan. Hah! Laa…pengsan lagi, depan Emir lagi. Weh…sedih nya cerita aku ni.
Aku toleh ke kanan, kelihatan susuk tubuh yang aku kenal. Wajah lena Emir aku pandang. Mungkin Emir tertidur tadi sebabnya cara tidurnya, belakang badannya bersandar pada dinding tilam aku. tangan kiri aku pulak rasa sakit semacam.
Bila aku pandang, rupanya ada jarum yang menyalurkan air kebadanku. Dahi aku pulak ada kain basah yang hampir kering. Baru je aku nak ambil kain di dahiku, Emir pula tersedar dari tidurnya.
“Sayang, kenapa? Masih sakit ke? Kat mana sakit?”, nampak prihatin sangat dia tanya aku. aku pula automatik tunjuk kepala sebab sememangnya kepala aku tengah sakit. Di ambilnya kain di kepala ku dan di rendam ke dalam air sebelum memerahnya.
“Ubat paling mujarab.” Emir kucup dahi aku sebelum meletakkan kain yang telah di perah olehnya. Kemudian, dia mula mengurut tepi dahi aku dengan perlahan. Selesa sangat sampaikan aku tertidur lagi.
*************************************8
Semenjak peristiwa itu, hubungan aku dengan Emir semakin baik. Dia semakin sangat-sangat menjaga aku. sebab dia takut perkara yang sama berulang. Bukan main lagi dia pujuk aku minta maaf haritu sampai belikan aku haagen dasz berkotak-kotak. Haha. Heaven gila makan ice-cream hari-hari.
“Sayang, minggu depan abang oustation. Hmm…Duu…bai.” Aku dengar meeting je dah terangkat sebelah kening. Bila aku dengar dia sebut Dubai, terus aku toleh dan pandang muka emir. Itu pun perlahan-lahan dia sebut Dubai
“Jauh nya. Kali ni pergi berapa lama pulak?”, aku buat muka sedih.
“Less than a week, I guess… and I hope so”, tak confirm pulak dah dia ni.
“First time abang tak sure dengan tempoh outstation”. Aku buat muka tak puas hati pulak dah. Oh by the way, aku dah mula panggil Emir dengan panggilan abang.
“Sayang ikut abang ya?”, terbeliak biji mata aku dengar. Dubai tu wey… Memang one of my wishlist visit places. Dah orang ajak memang aku nak je. Tapi…
“Nak tu nak tapi… kerja saya dekat office tu payah sikit nak tinggalkan. Tu semua hasil dari meeting abang dekat canada haritu. Banyak pulak kerja yang saya kena buat.” Aku pulak dah pandai mengadu sekarang ni.
“Nanti mintak tolong Syaqir uruskan.” Ahah, boss besar dah cakap macam tu so maksudnya memang ke Dubai lah aku. Yeay!!! Dubai, kau tunggu aku datang!
Akhirnya sampai jugak aku dan Emir ke dubai. Hoyehhh! Happy sangat! Dubai ni memang cantik. Itu yang aku dengar dan sememangnya memang benar. Tengok design Dubai International Airport (DBX) pun aku dah tahu yang engineer dengan architect building ni memang superb habis. ukiran dia memang cantik!
Meeting yang Emir hadiri diadakan di Burj Al Arab Hotel. Satu-satunya hotel 7 bintang di Dubai. MasyaAllah, reka bentuk hotel ni je dah cukup menggambarkan bahawa sememangnya ianya memang patut pun dapat 7 bintang. Kami menginap di hotel tersebut.
Emir kata, senang dia nak pergi meeting lepas tu dekat je dengan aku. kiranya ni dah macam honeymoon kiteorang tapi tak berapa nak honeymoon sebab Emir kerja.
Hari berganti hari telah berlalu dan dah dua hari kami berada di dubai tapi aku belum sempat lagi nak jalan-jalan dekat sini. Lagipun aku rasa masih jet lag. 17 jam lebih dalam flight weh… Emir pulak, sibuk dengan meeting. Dia tu raksasa ke manusia? Tak penat ke ha.
Emir pagi-pagi dah keluar meeting, bila lunch, dia balik bilik kejap tidur lepas tu petang sikit dia pergi meeting balik. Kesian pulak aku tengok dia. Macam orang tak cukup tidur. Nasib baik meeting dia 3 hari je. Itu pun aku rasa macam dah lebih seminggu dia meeting kalau tengok keaadaan dia sekarang ni.
“Sorry sayang sebab tak terlayan sepanjang kita kat sini.” Ucap Emir ketika aku tengah syok-syok duduk main game dalam ipad. Dah macam budak-budak.
“Its okay, saya faham. So macam mana meeting? Okay?”, aku fokus balik main game piano. Laju je tangan aku tekan-tekan ipad.
“Alhamdulillah okay. Banyak benda nak kena specs sebab tu la lama”, aku Cuma angguk tapi tak pandang pun muka Emir sebab tengah fokus. Haha. tiba-tiba aku dengar bunyi barang jatuh. Terus aku angkat muka cari bunyi tu. Rupanya gelas yang emir pegang terlepas dari tangannya dan jatuh ke atas carpet. Nasib baik atas karpet so gelas tu tak pecah.
Terus aku pandang muka Emir. Tangan kirinya tengah memegang pinggang kiri manakala tangan kanannya tengah berpaut pada meja. Mengerang kesakitan Emir. aku terus bagun dan mendekatinya. Aku mula cemas.
“Ya Allah. Abang, abang kenape ni? Sakit ke?”, aku pegang tangan Emir dan biarkan berpaut pada aku. aku cuba memapahnya untuk baring ke katil. Menggigil-gigil dia menahan sakit. Kenapa dia ni? Dia sakit ke? Sakit ape? Tak pernah aku tengok dia macam ni? Ya Allah…tolong aku.
“Abang, jangan macam ni. Risau saya tengok abang ni. Abang sakit ape?”, aku pulak tengah menahan air mata daripada jatuh. Sungguh aku takut tengok keadaan dia macam ni.
Kini, kedua-dua tangannya di letakkan di perutnya. Seakan-akan dia menekan-nekan perutnya dengan tangannya. Mukanya aku pegang dan cuba untuk mengurut dadanya. Perpeluh-peluh dahi emir menahan sakit. Kenapa ni Emir?
“Naylie…”, serak suara Emir memanggil nama aku. aku pandang muka Emir. tiba-tiba air mata yang aku tahan tadi akhirnya jatuh. Wajah emir sekarang memang sukar untuk aku gambarkan. Jelas yang dia tengah menahan kesakitan. Aku pula terus ambil telefon hotel untuk menghubungi pihak hotel. Aku pandang lagi wajah Emir.
“Abang!!!”, Emir pengsan di pangkuanku. Tidak lama kemudian bunyi loceng bilik kami di tekan. Paramedik telah pun sampai. aku terus bangun dan memberi ruang kepada mereka untuk memeriksa Emir. Ya Allah, apa dah jadi sebenarnya…
Setelah selesai di periksa, doktor berpesan agar Emir berehat dengan banyak. Sebak bila aku tengok sekujur tubuh di atas katil. Workaholic sangat sampai makan dan minum pun tak terjaga. Nasib baik doktor sahkan yang Emir kena gastrik je. Lega aku. Dan nasib baik jugaklah yang meeting dia dah habis.
Aku mendekati Emir, di pandang muka emir dan aku menganalisa wajahnya. Wajahnya memang ala pan Asia sebab datin sofea, ibu Emir merangkap mak mertua aku tu sebenarnya mualaf. Datin berasal dari Scotland tapi mula berhijrah ke Malaysia setelah berkahwin dengan Datuk Saif.
Sebab tu lah, wajah Emir ni ada iras-iras George Young aku tengok tapi part mata je tak sangat sebab mata Emir besar sebab ambil gene Datuk Saif yang ada campuran arab.
Alis mata yang tebal, bentuk mata yang besar, hidung pulak tengok sekali memang dah tahu mancung, bibir pulak merah dan cantik sebab Emir ni bukan merokok orangnya. Aku bersyukur dapat suami macam Emir ni, mula-mula memang susah aku nak terima tapi aku tetap berdoa dengan Allah yang pilihan aku buat selama ni betul dan alhamdulillah aku tak menyesal. Terima kasih Allah.
Share this novel