BAB 16

Romance Completed 72693

“Abang, abang tahu nak tahu tak, Naylie takut sangat tengok abang macam tu tau.” makin kuat tangan Emir genggam tangan aku. sekarang ni emir dah sihat macam selalu dan dia bawak aku jalan-jalan di dubai. Dan sekarang ni kiteorang berada di Burj Khalifa deck.

Salah satu aktiviti di mana berada di puncak Burj Khalifa dan melihat seluruh Dubai melalui ketinggiannya dan ianya di panggil Burj Khalifa Observation Deck. Emir memaling muka aku menghadap mukanya.

“Sayang, abang pun sama tau. abang lagi takut bila tengok sayang yang hampir lemas dan pengsan haritu. Serius abang cuak sayang.” Dahiku di kucup Emir. cepat je bibir dia landing dekat situ.

“Ish, awak ni. Tak malu ke orang tengok?”, sempat aku cubit tepi tangan dia. Dia pulak gelak-gelak sambil mengelak.

“Kita kan dah kahwin. Tak salah pun. Pedulilah kalau diorang tengok. Haha. meh sini, pegang ni dan cuba tengok keindahan ciptaan Allah kat sini.” Emir hulurkan teropong dan dia pegang tangan aku. tangan dia yang lead tangan aku pegang teropong. Aku pulak terus fokus tengok apa yang terpampar di dalam teropong.

Subhanallah, cantik nya pemandangan dekat atas ni! Seluruh dubai boleh nampak. Burj Al Arab Jemeirah Hotel pun nampak dari sini. Seronok nya kalau dapat tinggal dekat sini. Tapi for sure cost ofliving memang tinggi. Setelah puas aku dan Emir meninjau Dubai dari Burj Khalifa deck, Emir membawa aku makan tengah hari di Armani Hotel di Burj khalifa tapi di tingkat bawah.

Sebabnya, Burj khalifa ni dia atas hotel, shopping complex, residential dan macam-macam lagi lah. Petang nya pulak, Emir bawak aku jalan-jalan dalam Burj Khalifa. Memang rambang mata tengok barang dekat sini.

Malamnya pula kami balik ke hotel burj Al Arab. Penat jugak lah jalan-jalan hari ni. Lepas Emir mandi, turn aku pula yang mandi. Lepastu solat Maghrib dan Isya’ berjemaah. Aku paling suka part Emir jadi imam aku. memang merdu dan lancar je cara pembacaan dia. Pandai datuk saif dan datin sofea didik anak dia. Lepas tu, kiteorang pergi dinner. Eh bukan dinner tapi candle light dinner. Ehe lebih kurang lah kan. balik dari dinner kiteorang balik bilik.

“Abang, tak nak tidur ke? tak penat ke? kang nanti ada pulak yang jatuh sakit macam haritu.” Emir yang tekun menonton TV aku tanya. Ye lah, takkan lah tak penat kot balik dari jalan-jalan lepas tu makan lepas tu sambung pulak nak berjaga tengok TV.

“Sayang, kita kan baru balik dari makan. Takkan la nak terus tidur. Tak sempat lah makanan tu nak hadam sayang oi…”, ujar Emir. ya tak ya jugak.

Aku Cuma sengih je dengar jawapan dia. Aku terus ke tandas untuk tukar baju blouse ke baju tidur. Lepas tu berus gigi dan cuci muka. Keluar je dari tandas, aku tengok Emir yang tengah tengok TV tadi. Tapi tu tadi, masalahnya sekarang ni aku tengok, TV yang tengok dia. Boleh pulak dia tertidur depan TV.

“Abang, abang….bangun bang. Jangan la tidur kat sini.” Bahu Emir aku gerak-gerakkan supaya dia terjaga. Terkebil-kebil mata dia tengok aku. haha. lawak pulak aku tengok. Comel je rupa dia macam tu. Terus dia bangun lepas tu ke tandas.

Aku pulak cek phone dulu sebelum tidur. Abah aku ada whatsapp aku rupanya. Hehe sorry la ya abah ku sayang sebab baru baca whatsapp dia. Nasib baik la ada wifi hotel ni, senang sikit nak contact abah.

Baru je aku nak bangun dari sofa, Emir pula baru keluar dari tandas. Senyum-senyum pulak dia tengok aku.

“Alahai sayang oi, contact dengan siapa pulak malam-malam ni haa…?”, soalnya yang kini Emir telah berada di depan aku. aku pulak memang sah-sah lah menghadap muka dia ni. Muka dia yang penuh persoalan menunggu jawapan aku.

“Alaa…tengah contact dengan abah la. Tadi dia whatsapp tanya khabar. Ni haa…”, jawabku sambil menunjukkan whatsapp abah pada Emir. dia pula angguk dan senyum. Dari tadi senyum-senyum dah apahal laki aku ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience