BAB 11

Romance Completed 72693

Emir merasakan dirinya semakin janggal terhadap Naylie. Yelah, setiap kali dia menegur Naylie reaksi Naylie hanya selamba dan endah tak endah je. Macam mana aku aku betulkan balik hubungan ni eh. Tak boleh jadi ni, tak tenteram hidup aku kalau aku tak bercakap dengan minah tu. Otak aku ni asyik je muncul idea baru nak buli dia, sarat sangat. Tak larat nak simpan lama-lama. Butang interkom aku tekan.

“Masuk bilik aku sekarang”, tegas aku bagi arahan dekat Naylie walaupun guna interkom. Haha belum sempat dia nak jawab, aku dah letak. Baik aku letak sebelum dia bagi alasan pelik-pelik. Tidak lama kemudian, pintu bilik Emir di ketuk. Tidak lain tidak bukan, Naylie.

“Petang ni kau ikut aku pergi site.” Simple je arahan aku bagi kat dia.

“okay boss.” Dan jawapan naylie pun lagi simple dari aku. pelik? Dia tak lawan pun cakap aku.

“Kita berdua je tau.” aku tambah lagi isi sebab nak tengok respons dia.

“Hah? Abang Syaq tak ikut ke?”

“Nope. Syaq dia ada meeting petang ni. So, calon yang sesuai ikut aku pergi site nanti adalah kau.” Aku pandang muka dia yang tak puas hati tu. Yes! Berjaya. Nampak gaya macam dia dah nak memberontak. Haha.

“Kak Jue?”

“Kak jue temankan syaq. Kau ni naylie, banyak soal pulak. Ikut je lah aku. aku ni bukan nya makan orang pun. Ke kau masih marah kan aku?”

“Buat ape saya nak marah boss besar. Kang tak pasal-pasal kena buang kerja.” Muka Naylie nampak sangat macam tengah mencerna nak fikir alasan.

“Hmm…baguslah kalau macam tu. Okay, itu je aku nak bagitahu. Jumpa petang nanti.” Terus je Naylie angguk dan keluar dari bilik aku.

Lepas solat zohor, aku terus masuk ke bilik. Kiranya nak melelapkan mata sekejap sebelum pergi site nanti. Nak save energy sikit.

Aku pandang jam. Alamak! Dah 2.30 petang. Lama jugak aku terlelap tadi. Aduh, nak kena pergi site lagi. Drawing semua aku belum ready. Terus aku bangun, pergi basuh muka kejap dan cari drawing yang perlu di bawa ke site.

Dekat nak pukul 3 jugak lah aku dan naylie turun dari office nak ke site. Hampir pukul 5 kami berada di site dan akhirnya kami mengambil keputusan untuk balik memandangkan waktu bekerja sudah tamat dan memikirkan jugak jalan jammed yang perlu di tempuhi.

“Awak, boleh tak kalau saya nak singgah mana-mana mini shop kejap?”, ujar Naylie pada Emir yang tengah memandu audi R8 miliknya. Hari tu dia bawak BMW X6. Hari ni dia bawak audi R8. Esok lusa jangan kata pulak dia nak bawak kereta kuda tiba-tiba.

Orang kaya lah katakan. Emir sekadar angguk, tu tandanya dia setuju. Sempat aku curi-curi pandang muka dia yang versi George Young Malaysia tu. Nampak letih dan pucat je aku tengok. Lengan baju dilipat sampai ke siku. Tu la, workaholic sangat.

“Nah, makan lah. Sedap ni. Ke awak nak air or roti?” Aku hulurkan Haagen Dazs perisa cookies & cream kepada dia sebelum aku offer air dan roti.

“Kau ni, tak habis-habis dengan ice-cream kan. Haha. Takpe, letak je situ dulu. Nanti aku makan.” Senyuman manis dia bagi dekat aku. Nasib baik tak terlepas sudu haagen dazs dari tangan aku tau. Haish boleh tergugat iman kalau tak kuat sebab tengok muka dia ni. Aku fokus balik makan ice-cream.

“Kita singgah masjid dekat area sini dulu. Takut nanti tak sempat nak Asar.” Aku angguk. Wah…bagus jugak dia ni kan. sejuk pulak hati aku. Walhal sejuk sebab tengah makan ice-cream. Habis je aku makan, aku nak simpan bekas tu dalam plastik then baru aku teringat, Emir belum lagi makan.

“Awak tak nak makan ke? Minum ke? Tak penat ke? Lagipun ice-cream ni makin mencair.” Laju je mulut aku ni tanya soalan. Nampak macam prihatin sangat dekat dia. Eh, mana ade. Biasa je lah.

“Hmm… Aku puasa sunat.” Gulp! Lah, aku makan dan minum depan orang yang berpuasa rupanya. Kenapalah tak cakap tadi. Hish, takdelah aku nak makan dan minum depan dia. Emir ni pun satu.

“Kenapa tak cakap awal-awal? Takdelah saya makan and minum kat depan awak. Hmm…sorry.” Emir senyum lagi. Haish dia ni dah-dah lah senyum tu. Lesung pipit dia tu menggoda betullah. Macam aku nak korek je bagi tumbuh dekat pipi aku ni ha.

Akhirnya selepas singgah Asar di masjid, Emir decide nak hantar aku pulang ke rumah terus. Dia cakap senang aku nak balik sebab tak perlu nak singgah office ambil kereta takut nanti dah lewat sangat. Aku setuju je sebab bila fikir balik, along ada di rumah dan dia boleh je hantar aku pergi kerja pagi esok.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience