Dan dan masa tu jugak lah magnum Maira tertempek dekat dada mamat tu. Nasib baik kena baju dia je. Ikutkan hati nak je aku aim muka ala mat saleh dia tu. Kaki aku pulak automatik tak berganjak cuma tangan aku je yang aktif. Tu namanya nasib baik dia lah tu. Kalau tak, aku dah terajang keluar dari lift dah tadi. Huh.
“Oh shit! Kau ni dah kenapa!?”, soal mamat george young yang bernada marah berbaur sumpah. Aih, boleh pulak dia tanya aku kenapa? Dia tu tiba-tiba datang dekat dengan aku tu dah kenapa? Jangan pulak cakap yang dia tu ada short-term memory.
“Awak tanya saya kenapa? Yang awak tiba-tiba je datang dekat saya tu dah kenapa? Awak nak buat apa kat saya hah?!”, marah aku pula. Dia pulak tengah sibuk nak lap buangkan kesan ice-cream dekat baju.
Tinggg!!
Alhamdulillah, sampai jugak tingkat lapan. Sebaik je pintu lift buka, aku terus melangkah keluar. Rimas aku dekat mamat george young tu. Psyhco semacam.
“Oi mak kau mat saleh!”
Oh damn!!
Gila punya cepat-cepat nak keluar dari lift ni buat aku hampir tersungkur dekat pintu lift. Haish, sejak bila pulak penyakit melatah ni mula menular kat badan aku ni. Segan aku nak pandang mamat george Young tu. Ah, bukan segan tapi hati sekarang ni tengah hot macam maggi hot curry. Tapi serius, muka dia iras-iras George Young tapi versi Melayu.
Terdengar mamat George Young itu gelak kecil sambil membebel sesuatu yang aku tak dengar sangat. Dia ingat aku tengah super spontan kot kat depan dia. Ah, pedulilah dia. Aku pandang jam, oh dah hampir tengahari. Baik aku cepat sebelum Prof. Halim pergi lunch hour. Langkah kakiku di lajukan.Malu!
“Assalamualaikum prof…” Setelah mengetuk pintu pejabat Prof. Halim terus Naylie memberi salam.
“Waalaikumussalam. Yes, come in. Have a seat Naylie”, jawab Prof. Halim. “Eh, where is your the other half?” soal Prof. Halim setelah Naylie mengambil tempat duduk. Haha. Soalan ‘biasaaa dia tu’ buat aku tergelak kecil.
“Hmm…maira pergi ladies, kejap lagi dia datang”, jawabku lagi sambil membetulkan tepi tudung yang sedikit berkedut akibat beg galasku. Prof Halim pulak sedang mengemas sedikit mejanya yang agak penuh dengan kertas.
“So Naylie, what’s bring you here today? Any problems with the subject?”, aku biasa nya kalau ada masalah kefahaman pasal subjek memang aku selalu refer dengan prof. Tapi, sekarang ni aku nak refer pasal practical training.
“Hmm…prof, sorry for disturbing you today. Saya datang ni sebab nak discuss pasal practical training. Saya belum decide lagi nak pilih company.” Ujarku kepada Prof. Halim.
“Oh I see. okay, just wait for a moment. Let me get the list first. Oh, by the way what was that?” soal Prof. Halim sambil tangannya menunjuk ke arah tudungku dan kembali fokus membelek-belek beberapa kertas dari sebuah fail.
Lantas aku pandang arah tudung aku yang di tunjukkannya tadi. Alamak! Weh…ni kesan magnum maira ni. Ehh, bila masa pulak boleh tercalit kat sini. Hmm… wait! Entah-entah… weh Naylie, kau dah buat onar naylie, kau dah salah faham ni naylie. Ya Allah, aku dah aniayai mamat george young. Mesti tadi dia nak tunjuk kesan ni kot dekat lift tadi tapi aku ingat dia nak buat apa-apa dekat aku. Adoi…
“Okay, this is it. Dalam ni ada beberapa company yang I boleh recommend. Tengoklah dulu. Some of it luar dari KL or you nak company yang dekat KL je?.” Tersedar aku dari mengelamun.
“Kalau dapat yang dekat KL, tu lagi bagus prof. We can’t go too far because hmm…faham-faham je lah, family matters.” Kataku lagi. Tergelak kecil dia dengar jawapanku. Masa tu jugaklah Maira sampai dan terus mengambil tempat duduk di sebelah ku setelah uncle mempelawanya duduk.
“Okay, let me see first. So, here number 9 to 13 is located around KL and also number 18, 22 and 25.”
“Emperial Shah Holding, macam familiar je.” Aku bersuara.
Setelah berbincang, Naylie dan maira telah bersetuju memilih beberapa syarikat yang telah di cadang kan oleh Prof. Halim.
Share this novel