BAB 8

Romance Completed 72693

Sepanjang aku di tahun akhir, aku hanya fokus dengan pelajaran je. Maklum lah, final year ni nak kena struggle habis-habisan. Satu perubahan yang paling best sekali adalah aku dah ada kakak ipar. Seronok sangat! Masa cuti semester lepas, abang long langsungkan perkahwinan dia dengan kak Deena.

Aku adalah di antara orang yang paling gembira tau sebab Kak Deena dah sah jadi isteri along dan automatik jugak Kak Deena menjadi tempat untuk aku mengadu tentang hal-hal perempuan. Hehe.

Tinggal dua paper je lagi. Telekung ku buka dan dilipat kemas. Sejadah pula aku letakkan di tempat biasa aku letakkan. Aku duduk di tepi katil. Jadual final exam ku tenung. Walaupun tinggal dua paper je lagi, gap yang ada pun tak banyak. Kena study smart kalau nak berjaya.

Yang penting, yang wajib tu jangan sesekali tinggal. Ku gagahi jua kudrat untuk menghadap buku yang dah ready terletak kemas di atas meja.

Kesian dia, dari petang tadi aku rehat sampai sekarang belum lagi disentuh buku fizik tu. Meraung menangis agaknya atas meja tu kot. Cis, kerja gila kau Naylie kalau betul-betul buku tu menangis. Tak cukup tanah kot kau berlari pusing kolej ni. Nanti kecoh pulak satu kolej dengan berita “Pelajar Berlari Pusing Kolej Akibat Terkejut Buku Menangis!”. Haa, malu tak bertempat lah nanti.

Ahah, mengelamun je kerja. Bila tersedar terus aku bingkas bangun dan duduk belajar menghadap buku dan nota-nota yang telah tersedia. Aku kena usaha kuat kali ni memandang ni adalah semester terakhir aku.

**********************************

Sebulan lebih telah berlalu, akhirnya exam result telah keluar. Alhamdulillah, syukur Ya Allah. Tak sia-sia aku struggle hari tu. Result pun boleh tahan gempak. Hehe. Aku kemudiannya bertungkus-lumus membuat resume untuk bagi dekat beberapa company. Walaupun Datuk Saif offer aku kerja haritu, tapi aku still jugak nak cuba tempat lain selain ESH. Mana lah tahu rezeki aku bukan dekat ESH.

Seminggu telah berlalu, akhirnya aku dapat respons daripada ESH. Memang betul lah, Datuk Saif tu memang betul-betul nak aku kerja dekat ESH. Surat tawaran aku pandang dan baca.

Congratulations! We are pleased to inform Miss Naylie Ellysha Binti Arsyad have been selected to work for Emperial Shah Holding. We are delighted to make you the following job offer. The position we are offering is as a Civil Engineer at a salary….

Menjerit kegilaan aku bila baca surat nih. Haha. alhamdulillah, aku dah dapat kerja. Gaji pulak wow memang boleh tahan besar jugak angka. Yeay! Bergegar jugak rumah tu dengan jeritan aku. hehe, nasib baik aku sorang je kat rumah. Kalau abah tahu, memang sakit jugak telinga aku ni dengar dia berleter nanti. Eh, kejap. Abah? Terus aku capai baby one aku dan call abah sebelum aku nak call Maira.

*************************************

Hmm…penatnya! Abang Syaq ni pun satu tak bagitahu pun awal-awal nak melawat site. Kalau tak, tak adanya aku nak berlenggang keladi dengan baju kurung ni. Nak bergerak pun susah. Alahai, banyak lagi procedure nak tunggu projek tu siap.

Patut lah company ni ambil tender berpuluh juta sebab banyak perincian yang di perlukan. Kalau ikutkan jadual, lagi 5 bulan projek ni siap dan masa tu dah cukup enam bulan aku kerja kat Emperial Shah Holding nih.

Oh ya, Abang Syaq tu Encik Syaqir. Semenjak aku mula kerja dekat ESH dua bulan yang lepas, aku panggil Encik Syaqir sebagai Abang Syaq. Itupun diatas permintaan dia sebab dia kata, tak perlu lah nak formal sangat panggil encik.

“Wa’alaikummussalam…Aku dekat site ni dengan Naylie. Kau dah balik ke?”, soal Abang Syaq sambil menjawab panggilan telefon. Harap-harap dia tak bergayut lama dengan telefon tu, dahla matahari tengah terik, bayang pun tak nampak sebab matahari dah dok tegak atas kepala.

“Hahaha…Insya’Allah. nanti aku sampaikan. Okay lah, nanti aku roger kau apa-apa yang perlu. Aku dah nak balik office ni, nanti kita catch up. Ahah, sampaikan salam aku kat Prof. Zam and pesan kat dia abe macho suruh balik Malaysia kalau nak rasa nasi minyak. Hahaha…okay, I’ll hangout the phone. Assalamualaikum…” Ujar Abang Syaq sambil menekan telefonnya. Amboi, boleh tahan jugak dia ni bergosip eh.

“Kak Qisya telefon ke? Kemain lagi senyum sampai ke tulang pipi.”, soalku. Padahal dah sah-sah tu bukan Kak Qisya sebab dia guna kata ganti nama diri ‘kau’ dan ‘aku’. Oh ya, Kak Qisya tu classmate Emir. Ala, yang kiteorang pernah terserempak dekat keny Rogers beberapa tahun yang lepas. Sekarang ni dah jadi tunangan abang Syaq. Mata dia masih lagi tertatap pada skrin phone sambil jarinya masih lagi ligat bergerak menekan phone. Tersengih-sengih.

“Eh no. Err tak. Eh kejap. Yang call tadi bukan Kak Sya tapi yang mesej sekarang ni barulah Kak Sya. Hehe.” Senyuman dia tu macam ada something yang tersirat je aku tengok.

“Okay, kita balik office. Dah takde pape lagi kan? jom.” Ajak abang syaq. Aku okey je. Tak sabar rasa nak masuk kereta ambil angin aircond. Huhu.

“Oh ya Naylie, S.E.E awak kirim salam. Hehe.” Kata Abang Syaq lagi. Ada lagi nama tu muncul. Masa first day aku masuk kerja haritu pun Abang Syaq ada sebut pasal nama tu kirim salam dekat aku. Siapa dia tu? Alahaiiii…

“Wa’alaikummussalam…tapi S.E.E tu sape? Dari hari tu lagi Abang Syaq cakap S.E.E kirim salam tapi saya tak kenal pun siapa dia tu”.

“Adalah, someone! Someone that will appear soon , you just wait and see. so, kita lunch dululah. Lagipun ni kan dah lunch hour. Okay tak?”, aku angguk. Orang ajak makan mestilah aku nak je.

Balik dari kerja pada hari itu, Naylie terus merehatkan badan di sofa. Penat dirasakannya. Sebelum pukul 6 petang dia telah sampai ke rumah. Jalan tak sesak, sebab tu lah dia boleh sampai awal dirumah.

“Anak abah penat ya?”, soal Encik Arsyad sambil menghampiri Naylie di sofa. Kelihatan tangannya membawa segelas air. Naylie Cuma mengangguk dan kemudiannya terus duduk dengan elok setelah melihat abahnya membawa segelas air.

“Thanks abah! Sayanggg abah ketat-ketat!”, di ambilnya gelas tersebut dan diletakkan di atas meja. Kemudian sebelah pipi abahnya menjadi mangsa ciumannya. Manja sangat! Selepas itu, baharulah dia mengambil semula gelas tersebut dan meminumnya. “Ribena sprite! Hmm…my favourite! Sedapnya! Gulp gulp gulp hahaha…”, Naylie minum dengan gaya yang amat kehausan.

“Minum tu elok-elok la dik. Tak senonoh tau anak dara minum macam tu, abah tak ajar.” naylie tersengih mendengar bebelan abahnya. Bila bekas airforce bagi arahan, kenalah terima. Baik tuan! Hehe. “Adik nampak penat sangat ni kenapa?”.

“Tengahari tadi abang syaq bawak adik lawat site. Panas giler tau bah. Hmm…abang ngah tak balik lagi ke?”, aku tanya soalan yang aku dah tahu jawapannya. Kalau lah abang ngah dah balik, sudah tentu lah X1 velencia orange sudah terdampar kemas di luar rumah. Tapi, kalau 3series sedan merah tu memang dah lama dah terdampar kemas sebab tuan punya badan tengah fly.

“Belum lagi lah sayang. Tak nampak ke X1 dia takde kat luar tu. Hmm…Cakap pasal kereta, adik tak nak beli kereta ke? Dah 3 bulan kan adik kerja? Kalau adik nak beli, nanti abah bagi share.”

“Amboi abah, beria nampak nak adik beli kereta. Dah tak nak bagi adik pinjam Baby City eh?”, terangkat sebelah keningku.

“Ehh tak ade lah. Abah saje je tanya. Mana lah tahu kot-kot adik nak merasa kereta sendiri kan, boleh lah abah bagi share sikit.”

“Nak tu memang nak bah, tapi adik rasa tu bukan keperluan lagi buat sekarang ni. Lagipun, adik okay je guna Baby City tu walaupun abah yang punya. Hehe. Nanti, kalau income adik dah stabil, adik belilah sebuah. Abah tak payah lah nak bagi share. Adik pun nak merasa dari keringat sendiri. Lagipun, adik kan dah besar. Haha.”

“Alhamdulillah…jimat jugak duit abah ye. Haha. Hmm…bukan apa, abah boleh bagi kalau adik nak. Lagipun, nak bagi kat siapa lagi kalau bukan untuk anak-anak abah. Abah bersyukur sangat dapat tengok anak-anak abah dah berjaya. Kalaulah ibu masih ada, tentu dia bangga kan. Hmm…adik ni bila nak kahwin? Tadi cakap dah besar, entah-entah dah ada calon. ”

“Hish, abah ni. angah pun belum kahwin lagi, ni dah tanya adik nak kahwin bila. Abah suruh lah angah kahwin dulu, kang adik menyusul ye. Hihi insya’Allah kalau jodoh dah sampai, adik kahwinlah.”

“Alaa…angah tu lelaki sebab tu abah tak kisah sangat. Angah pulak hmm abah rasa dah tak lama lagi kot…”.

“Ape yang dah tak lama nya bah?”, soal satu suara yang tiba-tiba muncul. Suara angah yang baharu sahaja balik dan masuk ke dalam rumah. Tiba-tiba je menyampuk.

“Wa’alaikummusalam angah!” sindirku. Sengaja aku menjawab salam bagi memerli abang ngah. Tu lah, tiba-tiba je muncul dah lah salam tak bagi. Terus dia tersengih dan memberi salam kepada aku dan abah.

“Ni ha abah bagitahu Naylie, yang angah ni tak lama lagi nak kahwin.” Terbatuk angah dengar jawapan abah.

“Oh, hee betul lah tu. Dah tiba masanya nanti angah kahwin ye bah. Insya’Allah tak lama lagi. Doa-doa je.” Jawab angah.

“Angah dah ada calon ke?”, soalku dan angah angguk di serta dengan senyuman yang aku rasa macam mengada-ngada lah pulak. “Siapa? Cantik tak? Kenapa tak bagitahu adik? Jahatlah angah ni. Kedekut!”.

Abah sekadar geleng. “Sooner or later, I will let you know. Hehe. She is so special to me so, angah tak nak bagi tahu adik. Kan bah?”. Angah main-main mata pulak dengan abah. Eh? Abah tahu ke someone special abang ngah tu? Hish tak aci lah cenggini!

“Alaa…ape ni? Abah tahu ke? Kenapa adik tak tak tahu. Tak aci betullah.” Angah pula sakan gelakkan aku. “nanti-nanti adik tahu lah. Tak jauh pun, orang dekat je dik.” Kata abah. Orang dekat je? Banyak sangat orang dekat yang aku rasa. Angah pulak bagi signal kat abah. Siap dia buat isyarat jari diletakkan di mulut. Nak berahsia dengan aku lah tu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience