BAB 10

Romance Completed 72693

Patut lah dulu Emir macam ada sorokkan something je dan boleh pulak terjumpa dekat korea masa pergi trip dengan classmate haritu. Sakit yang naylie rasakan sekarang ini. Sakit dengan Emir dan sakit yang dia alami sekarang. Puas Naylie melepaskan geramnya dengan menangis, terus dia membasuh muka bagi menghilangkan bukti.

Ahh mata pun dah merah. Nasib baik flu, boleh jadikan sebagai alasan kenapa mata merah. Walaupun tak berapa nak bernas tapi boleh jugak diguna pakai. Agak lama naylie di dalam tandas, hampir lima belas minit. Bila dirasakan dirinya sudah bersedia, baharulah dia keluar. Naylie keluar dan terus menuju ke bilik pejabatnya.

Terus dia merebahkan mukanya ke atas meja beralaskan tangannya. Dia ingin berehat sekejap. Kepalanya dirasakan sangat berat ditambah lagi dengan kejutan emir. Tidak lama kemudian, pintu biliknya di ketuk dan kelihatan Kak Jue masuk kebiliknya. Terus Naylie angkat mukanya memandang kak jue.

“Ya Allah, Naylie. mata merah tu kenapa? Jom akak hantar Naylie pergi klinik”, desak Kak Jue.

“Err takdelah kak jue. Tadi Naylie terlelap kejap then tambah pulak dengan flu ni. Sebab tu lah kot. Takpe Kak Jue, Naylie ingat nak half day je hari ni. Habis tu, Naylie pergi klinik yea. Dont worry Kak Jue, im fine.” Im fine lah sangat Naylie. dalih ku pada Kak Jue. Masa tu jugak lah, pintu tu kena ketuk lagi. Haish, sape pulak kali nih. Kacau betol lah. Dah lah mood aku tak berapa nak okey nih.

Cis…mamat weirdo tu rupanya. Eh tak. Kena tukar nama, mat CEO.

“Assalamualaikum…boleh masuk tak?”, soal Emir.

“Waalaikummussalam…masalahnya sekarang ni, awak memang dah masuk dah pun.” Kataku. Aku terus berdiri sebaik sahaja Emir masuk. CEO lah katakan, kenalah hormat kan. nanti tuduh aku tak hormat dia lah pulak.

“Hehe. Eh hai Kak Jue. Eh, muka kau pucat kenapa? Tak sihat ke?”, soal Emir.

“Ha’ah, memang tak sihat. Baru je dapat heart attack tadi. Boss besar datang sini ada hajat ape?”.

“Amboi, perli eh. Aku datang nak mintak maaf kat kau then aku nak jelaskan semuanya. Everything that i need to clear it off.”

“Terase ke? Baguslah kalau terase. tapi sekarang ni waktu kerja. Tak sesuai.”

“But im a boss!”. Dengar je dia jawab macam tu, terus aku datang dekat pada Emir. Geram punya pasal. But still aku jaga jarak antara aku dan Emir.

“So, is that a reason for you lied to me?”, tegasku. Kecik besar kecik besar je aku tengok Emir kat depan aku sekarang nih. Ah, ni yang buat darah aku ni naik. Dia rasa dia tu boss dia ingat dia boleh nak tipu dan pergunakan aku ke? Aku rasa nak tampar pun ada tapi kesian pulak tengok orang handsome ni kena tampar. Kak Jue pulak seakan terkejut denganku.

“Nope Naylie! I do have a reasons for what i had done to you, and that’s why i want to clear it off. So, please Naylie… Listen to what im going to explain.” Kening ku angkat dah macam Ziana Zain nak menunggu explanation dari mr. CEO nih. Tapi, asal aku rasa macam berat je kepala.

“Actually, aku…”,

Bingo!

Game over! Dan masa tu lah jugak Naylie tiba-tiba rebah. Belum sempat Naylie rebah ke bumi, dia telah disambut oleh Emir. Wajah Naylie tersembam ke dada sasa emir dan dia terus tidak sedarkan diri.

“Naylie! bangun Naylie bangun!”, desak Emir sambil menampar lembut pipi Naylie.

“Ya Allah…Naylie!”, jerit Kak Jue terus menghampiri Naylie dan Emir.

“Kak Jue, badan dia panas. Emir bawak Naylie pergi hospital.” Ujar Emir setelah tangannya hinggap ke dahi Naylie. kak jue angguk dan terus membuka pintu bagi memberi laluan kepada Emir.

Atchooo!!

Alhamdulillah. Alamak! Aku yang bersin ni dah kenapa. Sejuk sangat ke bilik ni. Omel Emir. Terus dia mengambil remote aircond bagi menaikkan suhu. Nasib baik bilik, senang nak control suhu. Haa dan nasib tak baik jugak lah kalau Naylie tahu yang Emir tu pura-pura jadi suami dia. Mahu perang 12 hari 12 malam nanti.

Dia pura-pura pun sebab bimbangkan keadaan naylie dan sebab tu lah emir mengaku yang dia suami Naylie supaya dia dapat masuk bilik dan menjaga Naylie di hospital. Tidak lama kemudian, Naylie telah pun sedar dan dia dibenarkan keluar.

“Aku hantar kau balik, dah kemas cepat.” Arah Emir.

“Tak payah lah. Saya suruh abang long saya datang ambil saya.”jawabku.

“Tak payah lah susahkan abang kau, aku hantar kau balik. Muktamad.” Ish dia ni suka suki je. Tu abang aku, bukannya abang kau. Tak susahkan kau pun kan.

“susah lah nak cakap dengan awak ni. Suka hati awak lah. Oh ya. Yang awak memandai mengaku yang awak suami saya tu dah kenapa? Saya ke awak yang tak sihat sebenarnya?”, jawabku lagi dan kali ini aku pulak yang menyoalnya. Yelah, sesuka hati abah dia je pergi mengaku yang aku ni isteri dia kat nurse tu tadi.

Tu diaaa rimau dia dah keluar, ni tandanya dia dah sihat sangat lah tu. Desis Emir.

“Saje. Just for fun. Kau kan single lagi so, kau jadi bini aku je lah. Lagipun aku takut pulak nanti takde orang nak kat kau”, selamba gajah babe dia kata takut nanti takde orang nak dekat aku. Aku ape lagi, tengok je bantal terus aku nak baling kat Emir.

“Hey, wait wait! relax lah, Kitkat kan ade. Nah, nak tak? Kau ni emosi sangat kenape, aku gurau je lah. Aku risaukan kau, sebab tu lah aku mengaku kat nurse yang kau tu bini aku. kalau aku tak ngaku, aku tak boleh nak temankan kau dalam bilik ni. Faham? Dah lah. Jangan banyak bunyi lagi, kau kemas cepat aku tunggu kau kat luar.” Ujar Emir dan terus dia berlalu meninggalkan bilik itu. Naylie pula terpaksa akur.

“Yang kau tercegat kat depan pintu ke dah kenape? Nak aku bukakkan pintu tu ke?”. Tegur Emir. Terus Naylie tersedar. Lantas terus dia membuka pintu dan masuk ke dalam kereta. Tidak sampai sepuluh minit Naylie bersuara lagi. “Awak, hmm…”

“Ape lagiiiiii Cik Naylie??”, jawab emir sambil memandu keluar BMW X6 miliknya.

“Hmm…”

“Kau nak ape? Ke kau lapar?”.

“Bukanlah. Yang awak dah elok-elok drive separuh jalan ni, awak tahu tak rumah saya kat mana?”. Soal Naylie. gulp! Emir menelan air liur. Eh tapi, takkan aku nak tanya dia ‘Rumah kau kat mana?’, hish tak boleh, malulah aku nanti. Kang aku nyanyi ‘Awak Kat Mana?’ menangis pulak minah eagle eyes ni dengar kemerduan suara aku. Desis Emir dalam hati. Terselit senyuman di bibir emir yang menampakkan kedua-dua lesung pipitnya.

“Awak, awak dengar tak ni?”, mengalamun pulak dia. Dah la mood aku tengah tak okay sangat sekarang ni.

“Ya, ya. Aku dengarlah lah. Hmm…tapi sekarang ni aku nak bawak kau pergi makan. Aku laparlah. Kau mesti lapar kan?”, soal Emir. Dia sengaja menukar topik bagi mengelak malu.

“Takde selera.” Pendek jawapan Naylie dan Emir baru teringat yang dia kan tengah bawa pesakit. Akhirnya dia mengambil keputusan memilih drive thru mcD dan terus memandu ke arah rumah Naylie dengan ber GPS kan arahan dari Naylie sendiri.

Sampai di rumah Naylie, Naylie telah di sambut oleh abang long. Nasib baik juga abang long berada di rumah sebab tengah cuti. Abah naylie pula tiada di rumah kerana mengerjakan umrah.

“Terima kasih sebab tolong hantarkan Naylie.” ucap abang long kepada Emir.

“Sama-sama, dah tanggungjawab saya.” Pergh ayat, kemain main lagi. Haha.

“Tu lah, main hujan tak ingat dunia, kang dah sakit.” Perli abang long kepada Naylie. Emir pula menahan gelak. Ish budak eagle ni, dah besar panjang pun masih nak main hujan. Tak sedar tahap umur yang dah meningkat tu ke.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience