Dah masuk bulan kedua aku intern di ESH. Hmm…macam-macam hal yang aku lalui. Sekarang ni mood aku tengah lancarkan perang dengan Emir. Haritu dia kenakan aku. kalau yang biasa-biasa je aku tak kisah tapi hal ni melibatkan tuan empunya ESH ni.
“Assalamualaikum. Datuk nak jumpa saya ke?”, soal ku kepada Datuk Saif setelah masuk ke pejabatnya. Kelihatan Datin dan Encik Syaqir pun turut berada di situ. Wajah Datuk Saif pulak seakan terkejut mendengar soalanku.
“Waalaikummussalam. Er, takde lah pulak. Kenapa ye? Awak siapa?”. Soal Datuk Saif pulak. Hah, pulak dah! Naylie ternganga mendengar jawapan dan soalan Datuk Saif.
Abah!!! Malunya Naylie sekarang ni. Asal pulak Datuk cakap ‘Er, takde lah pulak’. Ish! Mamat Emir ni memang nak kena dengan aku agaknya. Ya Allah, malunya aku sekarang ni. Dah lah Encik Syaqir dan Datin pun ada sekali.
Jari ku genggam. Muka pulak aku rasa dan mendidih panas, malu. Telinga pulak terasa asap nak keluar tapi tersumbat akibat tudungku. Tapi aku tetap bersabar. Asal aku rasa panas pulak ni. Wajah Encik Syaqir ku lihat. Dia seakan teringat sesuatu. Ah!!! Menyampah nya dengan mamat tu.
“Haa…ni mesti Emir punya kerja kan?”, soal Encik Syaqir kepadaku. Aku hanya mengangguk, dah tak tahu nak bagi reaksi apa lagi sebabnya hati tengah panas seh. Encik Syaqir pulak tergelak kecil setelah aku mengangguk. Hah, ni lagi sejenis spesies yang nak menguji kesabaran aku nih.
“Hmm…dah agak dah. Pak Long, Mak long ni lah Naylie yang Syaq ceritakan tu. Emir tu suka sangat nak menyakat Naylie ni. Tak tahu kenapa. Kan Naylie?”, jelas Encik Syaqir lagi dan aku mengangguk lagi. Datuk dengan Datin pulak seakan memberikan reaksi ‘Ohh’ sebab mulut diorang muncung bulat dan lepastu melepaskan senyuman kearahku. Apa ni, diorang mengumpat aku sebelum ni rupanya. Ish. Ni yang buat aku curious nih. Tak boleh jadi macam ni.
“Cantik orangnya, sesuai sangat lah tu kan bang?” kali ni datin pulak yang menyoal Datuk. Apa barang main puji-puji bagai nih. Cakap straight je tak boleh ke? Datuk hanya senyum dan angguk mendengar pernyataan dari Datin. Baru je datin nak meneruskan kata-kata tiba-tiba pintu di ketuk oleh seseorang dari arah luar.
Dan kemudiannya ‘seseorang’ itu telah masuk sambil berdiri di sebelah aku. Senyuman diberikan kepada kami di situ. Di sebabkan ‘seseorang’ yang berdiri sebelah aku nilah yang menyebabkan aku berdiri kat sini. Ish, makin panas pulak hati aku.
“Hah, Emir. Panjang umur kau. Ni apa cerita?” soal Encik Syaqir yang dari tadi tersenyum-senyum. Kalau nak gelak tu, gelak je lah. Buruk tahu tak kalau muka tu tahan gelak di cover dengan senyum.
“Eh hai! Naylie pun ada kat sini? Hehe. Haa, Datuk ni surat yang Datuk nak tadi tu, saya bawakan.” Ujar Emir kepada Datuk sambil menyerah kan satu sampul surat. Boleh pulak dia tanyak aku kenapa aku ada kat sini? Eh mamat suku, kalau bukan kerana kau yang cakap Datuk nak jumpa aku, tak ada nya aku ada kat sini tahu tak. Ee, geramnya. Nasib baik tak terluah. Aku rasa macam nak siku je mamat kat sebelah aku ni. Kang aku bagi side kick, patah pulak kaki anak orang nih. Jenuh aku nak menjawab dekat mak bapak dia nanti. Kesian pulak dekat diorang.
“Ha, kamu ni Emir. Yang kamu pandai-pandai suruh naylie ni masuk sini datang jumpa…”
“Eh, Datuk! hmm…memang salah saya Datuk. Ingatkan dia takkan betul-betul datang sini. Tak sangka pulak betul-betul dia datang. Er, Naylie, saya mintak maaf ye. I’m so sorry. Hehe.” Kata Emir kepada naylie sambil tangannya membuat gaya memohon maaf kepada Naylie.
Boleh pulak dia kata aku takkan datang sini. Tu nak cari nahas kalau bos besar panggil tapi tak datang. Kau silap lah mamat suku. Aku ni jenis yang komited dengan arahan kau tahu tak. Tapi, tak bermakna aku ni senang dibuli. Ish, menyampahnya aku dengan mamat suku nih.
Aku bagi senyuman yang tak berapa nak ikhlas kepada Emir. Aku bagi muka sebab ada Encik Syaqir, Datuk dan datin kat depan ni. Kalau diorang takde, memang sembah bumi dah kot mamat suku ni aku kerjakan.
“Hmm…kalau macam tu, saya keluar dulu lah Datuk, datin dan Encik Syaqir. Maaf sebab menganggu.” Aku meminta kebenaran untuk beredar. Dah rasa macam masuk bilik cikgu disiplin je aku rasa. Yelah, terpaksa senyap je dan dengar apa yang cikgu nak bebelkan. Mereka semua mengangguk dan sebelum aku keluar, aku bersalaman dengan datin. Hmm…bahagia nya rasa bersalaman dengan seseorang yang bergelar ibu.
Tiba-tiba aku jadi sebak, nasib baik dapat cover. Datin pulak siap usap kepala aku bagai. Haish, lain bebenor nampak datin nih. Walhal kami baru je kenal tapi dia buat aku rasa macam dah lama je kenal dengan dia. Nampak macam datin ni baik orangnya. Sempat lagi dia cakap
“Kalau ada jodoh, nanti kita jumpa lagi ye. Boleh saya nak kenal lagi dengan awak”. Aku pulak jawab “Boleh, Insya’Allah Datin.” Senyuman aku berikan. Kemudian aku meninggalkan bilik pejabat Datuk Saif.
Semenjak dari peristiwa itu lah aku dah tak bertegur dengan Emir. Aku je yang tak tegur dia tapi dia masih je tegur tapi aku buat tak layan. Malas lah aku. Sakit hati ni masih lagi membara tahu tak. Siapa yang tak sakit hati kalau dah ditipu dah tu malu pulak dekat depan bos sendiri.
Maira pun dah perasan perubahan aku pada Emir. Tapi, yang aku perasan, aku dah takde jumpa lagi dah kelibat Emir dekat ESH. Takkan lah gara-gara hal hari tu dia kena pecat kot.
Share this novel