BAB 1

Romance Completed 72693

“Oh mak cik kau terbang!”, latahku tiba-tiba.

Shit!

Bila masa pulak aku boleh melatah ni. Tak pernah-pernah aku melatah. Ni semua gara-gara hujung pen yang tiba-tiba terpelanting sedang aku asyik leka bermain pen. Tu lah balasan kalau Prof. Halim kat dekat depan tengah mengajar tapi aku seronok-seronok je bermain dengan pen.

Budak lelaki yang duduk di hadapan aku berpaling ke arah ku. Di tangannya kelihatan tengah memegang hujung pen yang terpelanting tadi. Hebat jugak dia ni dapat kutip balik benda alah tu.

“Don’t do that again, please.” Katanya sambil menghadiahkan muka cuka. Di pulangkan balik hujung pen aku.

“A’aa…okay…sorry…”, tergagap wei nak minta maaf. Tak kenal pun siapa dia tu. Maklum lah dalam subjek ni banyak budak-budak dari course yang berbeza.

Maira yang berada si sebelah, aku pandang. Kepala dia dah geleng-geleng dah macam pelakon hindustan. Siap buat isyarat tangan lagi

“Kau ni dah kenapa? Hahh?”, aku aci redah je maksud isyarat tangan dia tu macam tu. Haha. Malas aku nak layan dia. Aku fokus balik dengan Prof. Halim kat depan tu. Kang tak pasal-pasal note book aku pulak yang terpelanting. Aku insaf.

“Okay class. Since your practical training is coming soon, does anyone doesn’t have decided yet for a company? If don’t, you may came and see me at the office. I can recommend some company for you.” Kata Prof. Halim di dalam kelas sebaik sahaja kelas tamat. Ahah, tamat jugak kelas engineering drawing ni.

“Eh, jom lah. Kita kan tak decide lagi”, ajak Maira. Aku angguk dan habis je barang-barang aku kemas, aku dan Maira bergerak menuju ke pejabat Prof. Halim. Office Prof. Halim kat tingkat lapan so, kiteorang kena beratur tunggu naik lift.

Sebelum naik lift, kiteorang singgah mini shop sekejap sebab minah Maira tu tiba-tiba nak makan ice-cream pulak. Aku pun join sekali dan pastinya aku rembat haagen dazs perisa cookies & cream. Itu memang favourite aku. Maira pulak macam biasa, ice cream magnum dia yang harga nak cekik darah tu. Padahal lebih kurang je dua-dua harga ice-cream tu. Hehe.

“Naylie…aku tak tahan lah. Kau naiklah dulu, nanti aku datang. Aku rasa urusan aku ni dah tak dapat nak di tahan lagi”, ujar maira sambil tangannya memegang perut.

“Wei, patut lah dari tadi lagi aku ada hidu bau kentut. Kau rupanya”, gelak ku pada Maira. Papp!! Tangan Maira landing dekat bahu aku. adoi! Sakit laaa Mai…

“Sukahati je eh. Aku kalau kentut, awal-awal dah aku lari tau. Blah ah, nanti aku naik. Nah, magnum aku ni kau tolong pegang kejap. Kalau takpun, kau makan je sampai habis. Ingat, jangan buang. Mahal tu.”, kata Maira lagi sambil beransur perlahan berjalan mencari tandas. Sempat lagi dia pass kan magnum dia kat aku. Weii… agak-agak la Mai.

“Kau ni Mai, biar betul kau pass magnum ni? Aku rasa, belum sampai tingkat lapan lagi dah magnum kau ni dah cair dalam lift”.

“Dah tu, takkan kau nak aku bawak masuk toilet?”

Ya tak ya jugak. “Yela- yela. Baiklah tuan puteri. Tapi aku tak janji yang magnum ni masih wujud ke tidak bila dah sampai office nanti tau. Berdoa je lah kau banyak-banyak ye.”

“Ye aku redha dengan ape je kau nak buat dengan magnum tu.” Laju kaki maira meninggalkan aku. hish…kurang garam laut betul.

Tingg!

Lift berbunyi tandanya pintu lift akan terbuka. Hmm takde orang, nampak nya aku sorang je la dalam lift ni. Serabut jugak aku nak tekan butang dekat lift dengan tangan kanan pegang haagen dazs dan tangan kiri pegang ice-cream magnum. Nombor lapan aku tekan dan butang close aku tekan.

“Waitttttt…”, aku menangkap bunyi sesuatu. Terus aku tekan butang open. Oh, mamat ni rupanya bunyi sesuatu tu. Termengah-mengah dia. Magnum Maira pulak dah condong semacam dekat tangan aku. Wehhh tak boleh jadi nih.

“Oh thanks!”, terus dia masuk ke dalam lift dan menekan butang nombor sebelas. Tiba-tiba aku rasa ‘krikk krikk krik’ pulak dalam lift ni.

“Student ke?”, kedengaran bunyi satu soalan. Soalan tu untuk aku ke? Aku angkat muka, nak cari ada tak orang lain dalam ni lift ni yang patut jawab soalan tu. Oh, lupa pulak. Hanya aku dan pemberi soalan tu je yang dalam lift ni.

“Saya ke?”, soalku bodoh. Soalan berbalas soalan. Haish, memang dah sah-sah je berdua dengan dia dalam lift ni. Yang mulut aku terlepas nak tanya soalan tu dah kenapa pulak. Dia sekadar tergelak kecil.

“Is there anyone else?”, soalnya lagi. Aku sengih. Pandangan mata dia tu. Haish tajam semacam.

“Err…takde. Oh, ha’ah…saya student.” Jawab ku ringkas. Segan pulak aku dengan dia tu. Handsome semacam je aku tengok. Entah manusia ke tidak. Eii…apa aku mengarut ni. Aku angkat muka dan pandang dia untuk kepastian.

George Young…

“Excuse me?”, soalnya lagi. Cis. Mulut aku ni nak kena plaster agak nya. Entah dia dengar ke tidak aku sebut George Young tu. Ya Allah, lamanya nak sampai tingkat lapan nih. Terus aku alih pandangan memandang pintu lift, dengan harapan cepat-cepatlah pintu tu terbuka.

“Err…nothing!”, kataku lagi. Segan!

“Tu.”

“Hah?”, soalku. Yelah, tiba-tiba je mamat tu cakap ‘tu’ sekali dengan mulut muncung dia. Apehal pulak dia ni. Haish. Tak keruan aku lama-lama dengan dia dalam lift ni.

Aku pandang dia. Dia pulak perlahan-lahan menghampiri aku. Weh, apahal ni? Aku ni dah lah lama tak buka bunga taek wan do. Dulu belajar sampai tali pinggang hitam tapi belum pernah sekali pun aku nak praktikkan benda tu dan sekarang ni aku rasa kena praktikkan jugak.

Tapi, aku tak pasti pulak sama ke tak jadinya nanti. Makin dekat dia dengan aku, aku dah ready dengan ice-cream di kedua belah-belah tangan, kaki pulak dah ready nak terajang orang. Ahah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience