BAB 7

Romance Completed 72693

Tinggal seminggu lagi je lagi nak praktikal. Bestnya! Tak sabar rasanya nak nak masuk kuliah balik. Tapi sedih pulak aku nak tinggalkan ESH nih. Banyak pahit manis suka dan duka aku kat sini. Aha, hiperbola over sangat kan. ehe.

“Assalamualaikum, selamat pagi. Oh ye Naylie. Emir kirim salam kat awak. Dia suruh saya belanja awak ice-cream magnum. Pelik saya.” Ujar encik syaqir yang baru je sampai pejabat. Tapi sempat singgah ke meja aku sebelum masuk bilik dia.

“Waalaikummussalam. Err… hmm… encik ada jumpa dia ke? Kalau ikutkan, dah lama dah saya tak nampak Emir”, aku cuba untuk tukar topik.

“Oh Emir, dia dah berhenti. Sebab tu lah awak tak nampak dia lagi”, terangkat dua-dua bahu dia sambil tayang muka comel. Haha. dah tak betul kot encik syaqir ni. Eh kejap. Dia cakap ape tadi? Berhenti eh?

“Encik cakap berhenti ke tadi? Hmm…ke kenapa ye?”

“Tanya lah dia sendiri. Haha. Okay lah, saya nak masuk bilik.” Blah macamtu je encik syaqir lepas jawab soalan aku yang tak berapa nak menjawab. Geram pulak hati itew tau. eh, tapikan hidup aku aman damai lah kan sebab Emir dah takde dekat ESH lagi. Ha. Ha. Ha. Haha seronok betul lah. Pen di tangan aku ketuk-ketukkan di atas meja sambil buat gelak jahat. Hihi.

Masa lunch pulak, Encik Syaqir ajak aku dan maira lunch sama. Nak treat kiteorang sebab kiteorang kan dah minggu terakhir kat sini. Kak Jue pun join sekali tapi yang sorang ni buat aku terkejut. Dia pun join kiteorang jugak tau.

Siapa lah tak terkejut kalau boss besar pun turun makan. Ya, boss besar yang aku maksudkan adalah Datuk Saif Edruce. Bukan setakat boss besar tapi tuan punya bangunan ni babe. Haa…gitu.

“So, ladies how was your practical? Seronok ke tak praktikal kat ESH?”, Datuk Saif Edruce membuka bicara ketika kami menjamu selera pada tengahari tersebut. Seraya je datuk tu menyoal aku dan Maira. Nampak macam dah biasa berbual dengan kami je, tapi tak pun sebenarnya.

“Alhamdulillah, it was great, datuk. Even staff dekat ESH pun semuanya layan kiteorang dengan baik.” Aku menjawab. Aku betul-betul maksudkannya tau dan bukan nak bodek datuk.

“Betul tu datuk. Encik Syaqir dan Kak Jue yang banyak bagi tunjuk ajar. Macam-macam yang kami belajar.” Kata maira pula. Memang kawan dunia akhirat lah Maira nih. Haha.

“Eh, takdelah. Lagipun Mai dengan naylie memang senang nak adapt. Bagi je apa-apa, korang dapat handle dengan baik. Progress diorang berdua ni pun bagus Pak Long.” Kali ni, Encik Syaqir pula yang puji.

“Baguslah kalau macam tu. Nanti senang lah nak kerja kan?”, Datuk Saif ni tanya aku ke tanya maira. Tapi mata dia pandang dua-dua dan kemudian memandang Encik Syaqir.

“Insya’Allah tapi lama lagi tu datuk. Kiteorang masih ada setahun lagi pengajian. Dapat praktikal kat ESH pun dah bersyukur sangat lebih-lebih lagi semua bagi kerjasama yang baik.” Aku puji balik. Mesti lah puji kan, penat-penat orang puji kita. Hidup mesti kena ada compliment. Haa..gitu tau.

“Kalau macam tu, did both of you would like to work there after finishing your study?”, soal Datuk Saif.

Erk! Nasib baik tak tersembur fresh orange ni. Kalau tak, free-free je diorang tengok waterfall dari aku. lamaran kerja kah itu? Aha, kalau ya, memang lah aku nak. Sape jelah yang tak nak kerja kat ESH. Lagi-lagi mamat Emir tu dah berhenti. Haha. memang heaven lah kot kalau aku dapat kerja kat sini.

Maira di sebelah ku pandang. Tersengih dia. Dia pandang aku, aku pandang dia balik. Dah macam orang nak usha awek je cuma mata je tak mengenyit sebelah. Speechless! Tu je yang dapat aku nak bagitahu.

Aku mula mengalihkan pandangan memandang depan. Tu diaaa 6 mata tengah memandang nak menunggu jawapan aku dan maira. Mata datuk, encik Syaqir dan kak jue. Mata maira tu dikecualikan. Hehe.

“Sebenarnya saya dan syaq dah pun berbincang. Kami decide nak ambil kamu berdua kerja di ESH bila dah habis belajar. Progress kamu berdua sangat baik sepanjang praktikal. Sebab tu la, saya dan syaq nak hire kamu berdua.”

“Err…betul ke ni datuk. Alhamdulillah. Terima kasih datuk tapi kiteorang tak dapat nak janji. Nak kena tengok keadaan dulu lah nanti. Insya’Allah kalau tak ada apa-apa halangan, kiteorang akan terima. Kan Naylie?”.

“Ha’ah, betul tu datuk. Terima kasih di atas tawaran tu tadi, nanti kiteorang bincangkan lagi. Buat masa ni nak kena fokus dengan study dulu.”

Kali ni aku bersuara. Alah, maira tu bukan apa. Sebenarnya cita-cita dia nak jadi pensyarah. Sebab tu lah dia tak dapat nak janji. Tapi aku? aku boleh je nak janji sebab cita-cita aku memang nak jadi engineer. Hehe. Tak baik tau tolak rezeki. Rugi.

“Saya harap korang tak tolak tawaran pak long tu. Bukan senang tau pak long nak ambik pekerja. Nanti, bila dah habis study, jangan lupa tau datang ESH. Bawak je resume dan apa yang patut, nanti saya uruskan.” Encik Syaqir pun dan menjelaskan cara-cara untuk mendapatkan kerja di Emperial Shah Holding. Ahah, seronok nya! Belum habis study lagi dah dapat kerja kat ESH. Huhu!

Sedih. Itu je yang dapat aku gambarkan. Saat nak melangkah keluar nak meninggalkan ESH tadi aku rasakan sangat berat. Tapi dalam pada masa yang sama, aku happy sangat! Hehe. Sebabnya, tahun depan aku datang balik kat sini. Tahun depan insya’Allah kalau takde halangan, aku akan melangkah masuk balik ke ESH sebagai staff kat sana. Huhu, seronok nya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience