“Ya Allah, kenapa aku rasa macam berat je kepala ni”, omel Naylie dalam hati. Perlahan-lahan dia bangun dan menuju ke tandas untuk mengambil wudhuk. Selesai dia menunaikan solat subuh, dia terus merebahkan diri di sejadah dan masih lengkap bertelekung.
Malas rasanya mahu untuk beralih ke katil khuatir akan sukar untuk bangun sekejap lagi. Hampir sejam Naylie tidur selepas solat subuh tadi dan akhirnya dia pun terjaga.
Bestnya tidur. Eh kejap, pukul berapa dah ni? Alamak! Dah pukul 7.20 pagi. Sarapan tak buat lagi. Nasib baik hari ni hari sabtu so tak perlu nak prepare breakfast awal. Aduh, pening masih ada lagi. Ni mesti sebab migrain buat pelan lukisan tu semalam. Desis Naylie. terus dia bangun dan membersihkan diri. Selesai mandi, dia turun ke dapur dan menyediakan breakfast.
Nak masak apa eh? Ahah, goreng roti canai segera lepas tu kuah dengan susu pekat dalam tin je. Ahah, mudah dan ringkas. Lagipun Emir tak kisah, bukannya tak pernah aku serve breakfast macam ni dekat dia. Dia tu, apa yang aku masak, semua dia makan. Part tu, aku suka.
Selesai masak, aku duduk di bangku kayu di tepi kolam renang di luar rumah sambil baca novel. Sempat aku sarungkan sweater di badanku tadi. Hoodie pula aku letakkan di kepala so, kurang sikit terkena angin sebab aku rasa badan aku ni sejuk semacam walaupun dah mandi.
Lagipun pening aku masih lagi terasa. Novel aku baca dengan perlahan sebabnya susah nak digest sebab kepala tengah serabut. Aku letakkan novel di atas meja dan menarik nafas perlahan-lahan sambil mata tertutup. Kiranya aku nak feel ambil fresh air. Nasib baik flora dekat kawasan rumah ni hidup subur. Banyak oksigen yang aku dapat.
Bshhusyhhh!!
Terkejut aku terdengar bunyi splash air. Aku pandang ke arah kolam. Cis, rupanya badak yang terjun dalam tu. Siapa lagi kalau bukan Emir.
“Tengah cari ilham ke macam mana nak pikat hati suami?”, sindir Emir. aku buat tak layan. Malaslah aku. dahlah mood aku tak okay nih. Kuat jugaklah bunyi air tu splash gara-gara Emir yang berenang macam-macam jenis renang aku rasa. Kuak lentang, anak rama-rama si kupu-kupu, kuak dada and others kuak-kuak yang ada.
“Tak nak terjun ke try air kolam tu?”, kenapa aku rasa suara Emir macam dekat je. Aku buka mata. Sah-sah dia dah duduk bertentangan dengan aku, sebab tu lah bunyi macam dekat.
“Takde kerja lah saya kalau nak try air kolam tu.” Aku pandang Emir yang hanya berseluar pendek paras lutut. Rambut dia, tak payah cakap lah. Serabai macam apa pun aku tak tahu nak describe, smart lagi rambut singa.
But still, masih kacak, malah makin kacak aku rasa. Ish, Naylie apa yang kau berangankan nih. Tak tahan tengok muka Emir yang kacak, aku terus angkat kaki dari situ. Tergugat iman aku wey…
“Nak fresh orange, thanks!”, aku yang melangkah terus terhenti. Siap bagi order dengan aku lagi tu tau. aku pandang je dia. Dia bagi senyuman versi pencair dekat aku. aku yang nak marah pun tak jadi.
Lima minit kemudian aku datang dengan membawa segelas fresh oren. Aku letakkan diatas meja. Emir pulak tiba-tiba bangun dan berdiri betul-betul depan aku. aku nak berjalan pun tersekat.
“Thanks!”
“You are already said that just now. Err, okay my pleasure… but please move, saya nak lalu ni.” Pintaku. Tapi dia masih lagi berdiri di depan aku malah makin dekat makin dekat. Aku pulak terpaksa berganjak ke belakang. Apesal pulak Emir ni. Sengih-sengih pulak, kang aku terajang bukak bunga taek kwan do baru dia tau.
Abah!!!
Akhirnya Naylie terjatuh ke dalam kolam gara-gara Emir. emir memang sengaja nak kenakan Naylie jatuh ke dalam kolam. Bukan main lagi Emir gelak tengok reaksi Naylie dalam kolam tu. Dah macam orang lemas pulak dia tengok.
Gulp! Emir telan air liur. Baru dia berfikir, Naylie sebenarnya pandai berenang ke tidak. Dilihatnya isterinya itu masih dalam keadaan tenggelam timbul tenggelam timbul. Lantas emir terjun mendapatkan Naylie. di pautnya naylie untuk berpaut padanya. Emir pula dapat merasa degupan jantung Naylie yang laju naik turun naik turun. Di pandangnya naylie yang seakan-akan tidak sedarkan diri.
Terbatuk-batuk dan menggigil naylie yang tengah duduk di tepi kolam walaupun di tutupi dengan tuala. Emir pula memeluk naylie daripada belakang. Di peluknya isteri nya yang sememangnya terkejut dengan insiden tadi.
“Naylie, abang mintak maaf. Abang mintak maaf sangat-sangat sayang. Abang taktahu yang sayang tak pandai berenang. Sorry sayang. I am so sorry and i really meant it.” kata Emir sambil menenangkan Naylie. Naylie pula tidak menjawab.
Kurang sivik betul punya laki. Ade ke tolak isteri dalam kolam renang. Kalau aku tahu berenang tu takpe lah jugak. Ni dah macam nak membunuh pun ada. Ya Allah, apa nak jadi dengan laki aku ni. Perlahan-lahan aku bangun dan berjalan menuju ke bilik.
Habis basah lantai dalam rumah. Emir di belakangku tidak dipedulikan. Aku mandi lagi untuk kali yang ke dua yang tak sampai sejam pun aku mandi tadi dan sekarang dah kena mandi lagi. Kepala pula masih sakit.
Selesai mandi aku terus ke bawah dan cari mop untuk mop lantai. Tapi? Lantai dah tak basah macam tadi. Emir tolong mop kan ke? Yelah kan, sebab mana ada orang lain lagi kat rumah ni selain aku dan Emir.
“Naylie”, baru je aku nak naik satu anak tangga untuk naik ke bilik nama aku dah pun di seru. Aku teruskan jugak nak naik ke bilit tapi tangan aku di tahan Emir. aku cuba menepis tapi tangan sasa Emir lebih kuat dan aku terpaksa berpaling menghadapnya.
Share this novel