BAB 8

Romance Series 8597

**sambungan dari bab 7 kerana ada ralat sedikit. Baru diedit semula.**

BAHU Umar ditepuk-tepuk tidak berhenti. Bimbang sekiranya mereka juga diarahkan ke tepi. "Umar, tak lawaklah. Jom patah balik."

Umar menggeleng tidak bersetuju. Kalau patah balik, memang nampak jelas mereka melakukan kesalahan. Kalau terus jugak, mahu kena tahan. Akhirnya motosikal dibelok ke sebelah kanan, memasuki kawasan kedai.

"Selama ini awak naik motor tanpa lesen?"

"Ya,"

Jatuh rahang Aaira mendengarnya. Memang tak masuk akal. Lesen dah mati pun berani bawa motor dekat jalan besar. Masalahnya, dia heret aku sekali. Entah ke mana dia mahu pergi.

"Jomlah kita balik. Kalau ada roadblock lagi dekat depan tu macam mana?"

"Jangan risau."

Motosikal ditunggang Umar melalui jalan kampung. Belok ke kanan, belok ke kiri, masuk jalan besar. Hampir 20 minit juga perjalanan sebelum mereka berhenti di suatu tempat.

Yang terbentang di hadapan mata adalah lautan biru. Pantai?

Cepat-cepat Aaira turun dari motosikal. "Kenapa awak bawa saya dekat sini?" Dia berlari teruja mendekati gigi air. Jeritan kedengaran saat ombak kecil mengenainya. Jauh-jauh naik motor cuma nak pergi pantai?

"Seronok?"

Gila tak seronok. Sudah lama dia tidak jejakkan kaki ke pantai kerana tidak dibenarkan oleh Encik Shakirin dan Puan Maisarah. Alasan? Dia juga tidak mengetahui mengapa kedua orang tuanya begitu tegas akan soal itu.

"Kenapa kita datang sini?"

"Saya ada program malam ni. Jadi, kita tidur sini sehari..." Setapak Umar melangkah ke hadapan menghampiri Aaira. Lutut dibengkokkan sedikit bagi menyamakan ketinggian dengan si isteri. "Sekali honeymoon." Bisiknya perlahan.

Air liur ditelan payah. Asal terasa berpasir?

"Jom, kita jalan-jalan. Lepastu pergi makan," Tangan Aaira digenggam erat. Senyuman diukir bahagia. Walaupun mereka tidak pernah menjalinkan kasih sebelum ini, tetapi dia akan menggunakan masa yang ada untuk mengenali isterinya dengan baik. Baginya, Aaira adalah anugerah yang dari Dia yang sangat berharga. Tanggungjawab dan amanah yang diberi akan dijalankan selagi masih bergelar seorang suami.

Momen bahagia akan dicipta sebanyak mungkin bagi menyulam rasa sayang dan cinta. Biarlah dikatakan tidak romantik kerana tidak ada percintaan 'sebelum pernikahan', kerana yang manis datang selepasnya.

"Betul ke nak tidur sini?"

"Ya. Kenapa? Tengok saya main-main ke?"

Sikap Umar memang tidak dapat ditebak. Betullah orang cakap, jangan menilai seseorang dari luaran. Wajah lelaki itu dijelingnya. Sejak kahwin ni, murah betul dia dengan senyuman. Sebelum kahwin, nak tengok dia senyum pun susah. Mana tidaknya, kalau asyik jumpa aku dia akan tunduk ke bawah.

"Kenapa senyum-senyum?"

Kepala Umar berpaling ke kanan. "Aaira,"

"Saya?"

"Tak ada apa."

Pinggang lelaki itu dicubit halus. Cakap macam keling.

"Aduh, sakit..."

"Gedik."

"Saya pulak gedik."

"Gedik."

-------------------

NOMBOR Aaira terus-terusan didail. Tetapi masih sahaja suara operator yang menjawab. Ke mana pula gadis itu menghilang? Jika mahu diikutkan, sejak kebelakangan ini panggilannya sentiasa tidak berjawab. Apabila mesej, tidak dibalas.

"Aaira, Aaira ada dekat mana?" Telefon bimbit diletakkan di atas meja. Rambut diraup ke belakang. Mungkinkah Aaira masih marah dengannya kerana dia tidak dapat dihubungi ketika gadis itu meminta menjemputnya di rumah?

Waktu itu dia sibuk dengan kerja. Telefon bimbit yang sudah lama kehabisan bateri juga tidak sempat dicas.

Tak boleh jadi.

Pantas kunci kereta dicapai. Sepanjang perjalanan mahu menuju ke rumah Aaira, nombor gadis itu didail tanpa henti. Keputusan masih sama. Hanya suara operator yang menjawab.

'Aaira, tunggu abi.'

Setelah 4 jam memandu, barulah Haiyan tiba di hadapan sebuah rumah yang berbumbung merah. Salam diberi beberapa kali sebelum seorang wanita bertudung kelihatan. Pasti itu adalah ibu kepada Aaira.

"Waalaikumsalam, ya. Cari siapa?" Soal Puan Maisarah.

"Mak cik, saya... Kawan kepada Aaira. Aaira ada? Saya nak jumpa dia."

Kawan kepada Aaira? Tetapi dari cara berpakaian lelaki di hadapannya ini tidak sama sekali dengan seorang pelajar sekolah? Lagipula sejak bila anaknya ada kawan lelaki yang sampai cari ke rumah?

"Maaf, Aaira tak ada di rumah."

"Dia ke mana mak cik?"

"Saya lupa kenalkan diri. Saya Haiyan, Haiyan Iskandar..."

Bagai terhenti degupan jantung Puan Maisarah tika ini. Sebaris nama yang tidak asing lagi. Ternyata inilah Haiyan yang menjadi pilihan Aaira selama ini. Yang buatkan anak perempuannya semakin lama semakin berubah sikap.

"Mak cik?"

Dia masih tak tahu yang Aaira dah berkahwin? Kalau tidak kenapa masih berani mencari sehingga ke sini? "Aaira tak ada bagitahu kamu apa-apa?"

"Maksud mak cik?"

"Yang dia dah kahwin?"

Lemah lutut Haiyan mendengarnya. Kahwin? Tak mungkin. Aaira dah janji yang dia takkan mencari orang lain selain dirinya.

Tak mungkin.

"Mak cik bergurau dengan saya ke? Hahaha, janganlah macam ni mak cik. Dia tak ada bagitahu saya apa-apa pun."

"Maaf Haiyan, mungkin Aaira sibuk. Mak cik harap kamu jangan cari dia lagi selepas ini. Dia dah ada suami."

Wajah Haiyan bertukar tegang. Turun naik nafasnya menahan amarah. Penumbuk dikepal.

Aaira, kau tipu aku!

"Kamu pulanglah Haiyan. Mungkin Aaira bukan jodoh kamu. Mak cik harap, kamu akan jumpa seseorang yang lebih baik lagi."

"Tak! Aaira adalah jodoh aku. Selama-lamanya dia milik aku seorang!"

"Astagfirullahalazim, Haiyan... Istighfar nak,"

"Mak cik pesan pada Aaira, selagi aku tak nampak muka dia selagi itu aku takkan balik!"

"Haiyan, Aaira dah ada suami. Tak elok kamu buat macam ni."

"Aku tak kisahlah elok atau tak. Telefon Aaira sekarang, suruh dia balik!"

"Kurang ajar!"

Encik Shakirin yang baru pulang dari masjid terus mendapatkan isterinya. Mencerlung dia ke arah lelaki muda yang tiada adab itu. Rahangnya bergerak gerak menahan amarah yang mahu meletus. "Kau jangan nak kurang ajar!"

Haiyan yang seakan-akan baru tersedar, terus meletakkan kedua tangan di atas kepala. Air mukanya berubah menjadi serba salah. Setapak dia melangkah ke hadapan. "Pak cik, mak cik." Panggilnya dengan nada rendah.

"Pergi!"

"Bagi saya jumpa dengan Aaira. Saya sayangkan dia. Sa-saya sayangkan Aaira."

Ulwan yang entah muncul dari mana, tiba-tiba sahaja melayangkan tumbukan pada pipi kanan Haiyan. Dek tidak dapat menyeimbangkan diri, Haiyan tersungkur di tanah.

"Lebih baik kau jangan ganggu adik aku."

Haiyan cuba berdiri dengan kepala yang sedikit pening. "Aaira milik aku. Selama-lamanya dia milik aku."

"Kau tak ada hak ke atas adik aku! Lebih baik kau pergi sekarang sebelum aku panggil polis."

Haiyan tergelak lucu. Sinis dia memandang ke arah Ulwan dan kedua orang tua itu.Tak ada hak? Korang tak tahu sikap sebenarnya anak kesayangan korang macam mana? Ops, lupa... Semua itu boleh ditutup dengan tudung labuh yang tersarung di kepala dia.

Tangannya didepakan. "Okay, fine... Aku pergi."

"Dan kau orang akan jumpa aku lagi suatu hari nanti." Katanya penuh makna tersirat sebelum meninggalkan perkarangan rumah itu.

Ya, semua yang terlibat hari ini akan jumpa aku suatu hari nanti. Akan melutut pada kaki aku! Aaira, kau mungkin tak kenal siapa aku. Kau akan menyesal.

Tunggu abi, Aaira.

-------------------

BUKAN yang ni.

Tak sesuai.

Eee, macam perempuan.

Umar menggulingkan bebola matanya. Sikap Aaira semasa membeli belah sebiji perangai bonda. Pilih baju pun berjam-jam. Aku rasa okay, dia pulak tak setuju. Macam-macam dibebel. Yang ni dah kedai ke 20 kita melawat hari ni.

Menyesal tak bawa baju siap-siap dari rumah.

"Cuba yang ni," Sepasang baju kemeja putih berbelang biru tua dipadankan di tubuh Umar. Hmm, panjang dah okay. Warna pun dah okay. Harga?

Astaghfirullahalazim... Baju ni sahaja dah mencecah ke seratus lebih. Baju tersebut kembali disangkut pada tempatnya.

"Kenapa letak?" Tadi dah macam berkenan. Ini letak balik. Janganlah kata nak pergi kedai lain. Mahu tercabut kaki saya, sayang.

"Kita pergi kedai lainlah."

'Krakkk!'

Hatinya berkecai mendengar ayat itu.

"Jom,"

Pantas baju kemeja tersebut kembali dicapai Umar "Eh, ambik yang ni lah. Aaira kata dah cantik dah tadi,"

"Memang lah cantik. Tetapi masalahnya harga dia..." Kaki dijengketkan. "Mahal sangat," Bisiknya. Aaira tersentak saat hidungnya dicuit Umar.

"Lebih baik mahal."

Lebih baik mahal? Apa yang mahu dimaksudkan Umar? Lebih baik mahal sebab lebih berkualiti?

'Lebih baik mahal daripada perlu pusing satu mall lagi sekali.' Getus hati Umar.

"143.90 sen. Cash or credit card?

"Credit card."

"By the way, your girlfriend so beautiful." Kata jurujual ketika menyerahkan beg pembelian baju padanya.

"She's my wife. Not my girlfriend."

"Really?"

Aaira menghampiri Umar yang masih tercegat di hadapan meja kaunter. Sekilas mata dikerling ke arah wanita cina yang sedang berbual mesra dengan si suami. Patut lama sangat bayar, tengah sembang dengan amoi rupanya.

Lengan lelaki itu dirangkulnya tanpa sedar. "Umar, saya nak makan aiskrim."

Sebelah kening Umar terangkat. Kepalanya sedikit menyenget ke tepi, menjenguk muka Aaira. "Nak aiskrim apa?"

"Apa-apa je."

"Okay,"

Sebaik sahaja keluar dari kedai pakaian tersebut, tangan Umar dilepaskan Aaira. Laju dia berjalan beberapa tapak ke hadapan mendahului lelaki itu. Telinga sengaja dipekakkan daripada mendengar panggilan Umar.

Sedang melayan perasaan, tiba-tiba sahaja bahunya dilanggar seseorang. Hampir sahaja dia terjatuh ke belakang, namun sempat disambut Umar. Sebelah tangannya melingkar pada bahu si isteri.

'Sorry, tak sengaja.'

Lihat sahaja wajah individu yang dilanggarnya, senyuman Aaira mati. Dia terkedu untuk beberapa saat sebelum menyorok di belakang Umar. Baju lelaki itu digenggam kuat. Dalam hati tidak putus berharap, bahawa perempuan itu tidak mengenalinya.

"Sorry cik. Saya tak sengaja." Perempuan berambut panjang itu bersuara lagi. Lehernya dipanjangkan ke tepi bagi membolehkannya melihat gadis yang sedang menyembunyikan diri.

Pelik.

Umar memegang tangan Aaira yang berada di pinggangnya. Kepala menoleh ke belakang. Mempersoalkan tindakan si isteri. "Aaira?"

"Aaira?" Wajah perempuan itu kelihatan teruja dan matanya bersinar-sinar. Kedua tangan disatukan di dada. "Aaira Ufairah?"

"Cik kenal ke dengan Aaira?"

"Aaira kawan saya dekat sekolah."

Genggaman pada baju Umar semakin kuat. "Umar, jom balik." Ujar Aaira dengan suara yang bergetar. Dari tadi kepala menunduk ke bawah. Tidak berani bertentangan mata dengan individu yang pernah memberi parut padanya. Individu yang mencipta sejarah hitam di sekolah.

Umar mengangguk. Walaupun tidak tahu apa yang sedang terjadi, namun hatinya berlagu bimbang dengan keadaan si isteri. "Maaf, kami perlu pergi. Aaira tak berapa sihat."

"It's okay. Kalau ada masa boleh kita lepak."

"Jumpa lagi Aaira,"

Sebaik sahaja Umar dan Aaira mula mengorak langkah, cepat-cepat telefon bimbit dikeluarkan dari kocek seluar. Aplikasi kamera dibuka lalu telefon dihalakan ke arah pasangan itu.

'Klik!'

Gambar tersebut dihantar ke dalam satu group WhatsApp.

'Gais, aku dah jumpa dia.'

'Aaira Ufairah.'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience