BAB 5

Romance Series 8597

SEPERTI yang dirancang, pada keesokan hari jamuan ringkas diadakan di rumah Encik Shakirin dan Puan Maisarah. Khusus dibuat untuk menyambut kepulangan si anak yang baru balik dari Dubai. Hanya dijemput jiran-jiran berdekatan dan rakan-rakan kepada Ulwan.

Tepat jam 12 tengah hari, seorang wanita yang lengkap mengenakan palazo nude dan kemeja putih yang baru keluar dari sebuah kereta Axia berlari-lari anak ke arah yang Aaira yang sudahpun menunggu di hadapan rumah.

“Yayang, sorry lambat sikit, aku berhenti kedai beli air. Ramai pulak waktu nak beratur beli air tadi.” Kata Safina sambil menggoyangkan tangan Aaira, memujuk dan memohon maaf atas kelewatannya. Apabila gadis itu tidak bereaksi, pipi gebu gadis itu dipegang menggunakan kedua tangannya.

“Kau merajuk ke yayang?”

Aaira mecebir bibir seraya ketawa kecil. Tangan Safina yang masih berada di pipinya, ditepis perlahan. “Yayang tak yayang.”

“Kau rehat berapa lama?"

"Sejam je.”

“Kau belum makan kan? Nah, ambik makan...” Beg kertas yang berisi makanan tersebut diangkat dan dihulurkan kepada Safina.

“Wah, kau memang yayang aku lah.” Ucap Safina penuh terharu. Dia menyambut huluran Aaira dan menghadiahkan gadis itu flying kiss. Riak geli geleman yang telakar dia wajah sahabatnya membuatkannya ketawa mengekek.

Comel!

“Dengar dekat orang, mahu dicopnya kita ini pasangan 'senget'.” Gumam Aaira sambil menampar lengan Safina. Gemar sungguh gadis itu memanggilnya dengan perkataan yayang. Simpanlah untuk bakal 'imam' kau.

“It's okay. Kau memang pasangan aku.”

“Ha.ha.ha...”

“Asal kau gelak tak ikhlas weh. HAHAHAHA!”

‘Amboi, seronoknya...’

Serta merta ketawa Safina berhenti. Kehadiran Encik Shakirin di situ membuatkannya tersipu malu. Habislah markah kau berkurang.

“Kenapa tak masuk? Panas berdiri sini."

“Tak kot pak cik. Saya rehat sekejap je. Lepasni nak masuk kerja balik."

Suara beberapa orang bersembang menarik perhatian. Kali ini muncul dua orang lelaki muda. Salah seorang daripada mereka adalah Ulwan, abang kepada Aaira. Dan seorang lagi? Aik... sejak bila Aaira ada dua orang abang?

Eh, kejap. Ulwan?!

“Ulwan balik semalam. Itu sebablah hari ni ada makan-makan sikit.” Jelas Encik Shakirin seakan-akan menjawab persoalan yang membelenggu Safina.

Safina memandang Aaira lama. Lengan baju gadis itu ditarik-tarik.

Kenapa kau tak bagitahu aku yang 'bakal imam' aku dah balik! Aku tak sediakan hadiah, atau buah tangan, atau apa-apa untuk dia.

“Apa?”

“Ha Safina, kenapa berdiri dekat sini? Jemputlah masuk dalam,” Tegur Ulwan yang baru tiba di situ.

“Eh, abang Ulwan... Saya--” Safina menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Sudah, tiba-tiba tergagap pula. Ini yang tak jadi nak balik lagi ni.

“Sa-saya nak masuk kerja balik. Terima kasih ye pak cik, abang Ulwan, Aaira. Saya pergi dulu... Assalamualaikum.” Menonong Safina berlalu pergi setelah meminta diri.

Sebaik sahaja Encik Shakirin sudahpun menghilangkan diri ke dalam rumah, setapak Wafi menghampiri Aaira yang masih berada di situ. "Adik Ulwan," Panggilnya.

"Nanti kalau Umar dah sampai tolong bagitahu dia saya ada dekat dalam ye."

Umar?

"Siapa Umar?"

"Kawan Ulwan. Semalam kita jumpak dekat masjid. Alah, yang muka dia putih, jambu-jambu sikit tu."

"Muka dia macam cina sikit kalau perasan. Ha, dia lah tu. Ada ilmu agama, penyayang, bekerjaya."

"Ooo..." Kepala Aaira terangguk-angguk mengingatkan satu figura semasa ditemui di masjid pada malam semalam.

"Kau cakap apa dengan adik aku?"

Bagi mengelakkan rancangannya diketahui Ulwan, cepat-cepat tangan lelaki itu ditarik masuk ke dalam rumah dengan alasan lapar. Kesianlah pada Umar. Umur dan tua, tapi tak ada pasangan. Siapa yang kena bebel nanti? Aku tahu tak.

-------------------

“JEMPUT lah makan Wafi. Buat macam rumah sendiri.” Pelawa Puan Maisarah sambil meletakkan sepinggan nasi putih di hadapan anak muda itu. Dituang juga dua gelas air buat Ulwan dan rakannya.

“Terima kasih mak cik. Mak cik makanlah juga.” Ramah dan sopan Wafi berkata. Mana tahu kalau ibu bapa Ulwan berkenan nak jadikan menantu.

“Makan, makan... Mak cik dah makan tadi.”

“Bukan kata kawan kamu ada dua orang? Mana seorang lagi?” Soal Puan Maisarah hairan.

“Oh, Umar... Dia datang lambat sikit. Ada hal."

“Haah mak cik. Sekejap lagi dia datang." Tokok Wafi.

“Rumah kamu dekat mana?”

“Rumah saya dekat Taman Sri Cempaka. Saya duduk dengan Umar. Lepastu ada seorang lagi kawan.”

“Jadinya tiga orang lah ye? Selalu siapa yang masak? Makan apa je?” Risik Puan Maisarah ingin tahu.

“Biasanya makan nasi bungkus. Tapi kadang-kadang tu, Umar yang masak kalau dia tak sibuk. Saya memang tak masuk dapur mak cik.”

“Betul ibu. Masa belajar dulu pun, Umar yang memasak. Bagi dia memasak ni kacang je.” Sampuk Ulwan.

“Dia sebaya kamu lah? Kerja atau belajar lagi?”

Spontan Ulwan memandang tepat Puan Maisarah. Aik, kenapa soalannya masuk ke bahagian peribadi pulak ni? Lain macam ibu ni...

“Dia tua setahun daripada saya. Saya 24, dia 25. Sebaya dengan Ulwan. Dia sekarang dah kerja. Jadi chef dekat D'L Restaurant.” Terang Wafi seakan-akan tahu pertanyaan selanjutnya daripada Puan Maisarah.

“Chef?”

“Haah, mak cik nak tengok gambar dia? Handsome tau mak cik. Tapi saya nombor satu, dia nombor dua.” Wafi menyimpan senyum. Pantas telefon bimbitnya dikeluarkan dari kocek seluar dan aplikasi galeri dibuka. Senanglah buat kerja memandangkan si empunya badan tidak ada di sini.

"Ini yang baju hitam ni dia."

"Ni dia? Segak orangnya."

"Mak cik berkenan ke? Saya boleh tolong sampaikan."

Mata Ulwan membuntang luas. Terus kulit kacang dilemparkan ke arah Wafi. Tepat mengenai hidung lelaki itu.

Kau jangan macam-macam Wafi.

Mana ada macam-macam. Aku cuma sampaikan niat baik.

Niat baik otak kau.

Ikhlas dari sudut hati.

"Berpunya atau belum?"

"Belum mak cik." Semangat Wafi menjawab. Sengaja dia buat-buat tidak nampak amaran yang diberikan Ulwan. Dia berhedem beberapa kali. "Saya pun masih belum berpunya."

'Uhukkk!'

'Uhukkk!'

Tersedak Ulwan dibuatnya. Agak-agaklah kau pun nak cuba masuk line.

"Kalau mak cik ada anak perempuan yang besar, dah lama mak cik nak jadikan kamu menantu."

Wafi menggumam bibir. Tangan digunakan untuk menekup mulut. Bimbang senyumannya dapat dilihat Puan Maisarah.

"Sudahlah sopan, peramah, baik pula orangnya." Berbakul-bakul pujian dilemparkan kepada Wafi. Apa lagi, makin seronoklah dibuatnya. Kembang kuncup kembang kuncup hidung menahan 'malu'.

"Sudah ibu, jangan puji lebih-lebih. Ada yang tak tidur lena pulak malam ni." Tempelak Ulwan sambil menjeling ke arah Wafi. Mengada je tu. Rasa nak hempuk pakai bontot kuali.

"Simpan je lah angan-angan kau."

-------------------

KERETA yang dipandu Umar diparkir di bahu jalan. Kuih-muih yang sempat dibeli dibawa bersamanya ketika dalam perjalanan menuju ke rumah Encik Shakirin dan Puan Maisarah. Baru sahaja salam mahu diberi, dia dikejutkan dengan suara seseorang.

"Umar?"

Terus kepala berpusing ke tepi. Kepala mengangguk kecil, mengiyakan pertanyaan daripada Aaira.

"Tadi abang Wafi suruh bagitahu dia ada dekat dalam."

"Ha, okay."

"Jemputlah masuk."

Kedua-dua kasut sport hitam yang tersarung di kaki, dibuka Umar.

"Kasut letak dekat rak sini. Nanti hilang monyet bawak lari." Jari Aaira menunding ke arah rak kasut di sebelah pintu masuk. Monyet dekat kawasan sini memang agresif semacam. Tak tahu kenapa dia suka sangat dengan kasut. Siang malam tak kira. Asyik mencuri je kerjanya.

Tatkala Umar masih memproses apa yang sedang dikatakan, lantas sepasang kasut sport lelaki itu dicapai Aaira dan diletakkan di rak kasut. Maaflah, saya dah panas duduk dekat luar dari tadi. Nak masuk rumah secepatnya.

"Jom masuk,"

Umar diserbu rasa malu. Lambat-lambat dia masuk juga ke dalam rumah. Terus mendapatkan Encik Shakirin yang berada di hadapan televisyen sebelum bergabung bersama Wafi di meja makan.

"Mak cik, ni Umar."

Umar tersentak apabila namanya disebut. Kepalanya ditundukkan sedikit sebagai sapaan kepada wanita itu. "Assalamualaikum mak cik." Ujarnya berserta senyuman manis. Masih tidak tahu bahawa dia sedang menjadi bahan bicara.

"Waalaikumsalam Umar. Duduk-duduk."

Ketika dia bersabung pandangan dengan Wafi, kening diangkat-angkat sebagai isyarat bertanya apa yang sedang terjadi. Dibalas Wafi dengan kenyitan mata.

Apa maksudnya?

"Tengok depan-depan lagi segak orangnya."

Kepala yang tidak gatal digaru-garu.

"Umar memang kerja area sini ke?" Soal Puan Maisarah ingin tahu.

"Tak. Saya balik jenguk bonda dekat kampung."

"Kampung dekat mana?"

"Kampung Haji Bakar. Lorong nak masuk Sekolah Rendah Islam Al-Fateh."

"Oh, di situ. Sekolah rendah Aaira. Mak kerja apa?"

"Sekarang bonda tak kerja. Dulu kerja cikgu dekat sekolah rendah Al-Fateh."

"Cikgu Aaira lah ni."

Wafi memalingkan kepalanya ke tepi. Sungguh hatinya sedang ketawa riang. Tak lama dah ni Umar. Mak si Ulwan dan berkenan habis. Ish, kalau dah jodoh tak ke mana.

Giliran Encik Shakirin pula menyertai mereka. Dia melabuhkan duduknya di sebelah Wafi. Berhadapan dengan Umar. Terus Wafi kaku tidak bergerak. Dengan Encik Shakirin, memang kecut sikit.

"Umar, kamu ada rancangan nak kahwin?"

Jelas tak bertapis soalan dari Encik Shakirin. Terus terdiam semua yang berada di meja makan. Suasana yang santai juga sudah berubah sedikit serius.

Bebola mata Wafi bergerak memandang ke arah Umar. Menantikan jawapan yang bakal diberikan.

Jangan tiba-tiba kau cakap ada. Aku kejar kau tak cukup tanah karang.

"Setakat ni belum lagi."

"Pak cik ada seorang anak perempuan. Aaira Ufairah, adik kepada Ulwan. Sekarang tingkatan 5, baru nak SPM."

Detak jantung Umar berdegup kencang secara tiba-tiba. Berdebar menantikan bait seterusnya yang bakal keluar dari mulut Encik Shakirin.

-------------------

SEJAK pulang dari rumah Encik Shakirin, fikiran Umar tidak tenang walau sesaat. Semua kerana 'lamaran' secara tiba-tiba. Memang tidak disangka bahwa jamuan makan yang diadakan pada tengah hari tadi bertukar seakan-akan jamuan melamar menantu.

Dia tidaklah keberatan kepada anak gadis mereka iaitu 'Aaira Ufairah'. Tidak dapat disangkal bahawa gadis itu cukup sempurna baginya. Tetapi berkahwin pada ketika ini tidak pernah dibayangkan sama sekali. Masih banyak perkara yang perlu dilakukan.

Nafas dihela berat. Mungkin yang terbaik buatnya adalah melakukan solat istikharah terlebih dahulu. Meminta petunjuk untuk menentukan arah kehidupannya selepas ini.

-------------------

SELESAI membersihkan diri, Aaira menghilang ke dalam bilik tidur. Seperti biasa, nombor Haiyan dihubungi terlebih dahulu sebelum tidur.

'The nombor you have dail--'

Panggilan dimatikan. Kemudian cuba dihubungi semula untuk kali kedua.

'The nombor you have dail--'

Kesal kerana masih tidak berangkat, telefon bimbit dibaling di atas katil. Aaira menghempaskan duduknya di atas kerusi meja solek. Wajah yang sedikit sembab dilihat pada pantulan cermin.

Serta-merta perbualan ayah dengan Umar pada tengah hari terngiang-ngiang di kepala.

Betul ke ayah dengan ibu nak kahwinkan aku? Aku salah dengar kan?

Sebak kembali bertandang. Tanpa dipinta, air mata mengalir laju di pipi. Kalau bukan aku yang curi-curi dengar, sampai bila perkara ni akan disembunyikan? Sampai hari aku perlu akad nikah?

Aku hanya nak kahwin dengan Haiyan. Hanya Haiyan sahaja. Tolong...

Telefon bimbit kembali dicapai di atas katil. Aplikasi WhatsApp dibuka dan nama Haiyan dicari. Laju jari jemariya menari-nari di skrin telefon.

- Haiyan, ambil saya dekat sini please.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience