BAB 15

Romance Series 8597

"OKAY, aku bagi pilihan. Aku boleh bebaskan Nabila. Tetapi kau akan ganti tempat dia. Layan aku macam mana Nabila buat."

"Hmm? Setuju?"

Aaira menahan geram yang terbuku di dada. Garang mukanya ketika ini menandakan bahawa dia bukan senang untuk ditindas. "Aku tak pernah tunduk pada orang macam kau."

"Oh ye?" Irdina ketawa. Bahu Aaira ditunjal beberapa kali untuk memprovokasi gadis itu. Namun Aaira masih bijak menahan sabar. Setiap perbuatan Irdina tidak dibalas. Sehinggalah pada saat Irdina menyentuh Nabila, marah Aaira meletus.

Tubuh tinggi lampai Irdina ditolak kasar menggunakan kedua tangan sehingga terjelopok ke belakang. Lalu dia memberanikan diri menampar pipi mulus Irdina. "Jangan cabar aku." Ucap Aaira tegas meskipun dalam hati, dia sudah ketakutan yang amat.

Rakan-rakan Irdina cuba membantu, namun Aaira terlebih dahulu meneriaki mereka semua. Setelah itu, Aaira dan Nabila pergi dari situ tanpa ada halangan daripada Irdina dan yang lain.

Disangkakan Irdina akan berhenti di situ sahaja selepas kejadian itu, namun tidak. Video berkaitan Nabila disebarkan ke media sosial. Kata Irdina itu sebagai bayaran kerana Aaira menamparnya. Kemudian, Irdina mengugut Aaira. Jika mereka dilaporkan kepada para guru, maka video Nabila tidak berbaju akan menyusul tidak lama lagi.

Aaira buntu.

Tak mungkin dia biarkan video tersebut tersebar. Bagaimana dengan maruah Nabila? Bagaimana Nabila hendak meneruskan hari-harinya di sekolah?

Tetapi dalam masa yang sama Aaira tidak mungkin biarkan Nabila terus menjadi mangsa buli Irdina dan yang lain.

Ya Allah, apa aku perlu buat...

Rintih Aaira sendirian. Sudah berapa banyak air mata yang dikeluarkan kerana masalah ini. Dia tidak tahu harus berbuat apa. Tak ada siapa yang boleh membantunya dalam keadaan ini.

"Aaira, aku ada hadiah untuk kau. Kau nak tengok tak?" Soal Irdina tiba-tiba. Senyuman yang dipamerkan penuh makna yang tersembunyi.

Tiba-tiba sahaja Aaira tak sedap hati. Jantungnya berdegup kencang tanpa sebab.

Irdina mengeluarkan telefon bimbitnya. Satu video dibuka dan dimainkan. Lalu dihalakan telefon bimbitnya ke arah Aaira. "Kau kenal ke ni siapa?"

Baru sahaja sesaat video tersebut dimainkan, raut wajah Aaira sudah berubah. Kedua tangannya menggeletar, ketakutan. Pucat tidak berdarah mukanya ketika ini. Macam mana--

Macam mana dia boleh dapat video ni?

Ma-mana dia dapat video aku berjalan-jalan dengan Haiyan?

"Kau kenal ke perempuan yang pakai tudung labuh ni? Dia dah kahwin ke dengan lelaki tu sampai pegang pegang tangan, peluk lagi."

"Hmm... Sejahil-jahil aku pun, aku tahu kalau yang boleh peluk-peluk ni orang yang dah kahwin je," Irdina mengolok-olokkan Aaira. Korang, shh! Jangan disangka air yang tenang tiada buaya. Jangan disangka tudung labuh dapat menutup keburukan seseorang.

"Agak-agaknya keluarga dia tahu ke tak? Tak silap aku, keluarga dia alim sangat sangat. Selalu ke masjid, ke majlis-majlis ilmu. Ayah dia tu siap jadi imam masjid lagi. Tapi kenapa anak perempuan dia...Hmmm,"

"Kesian sangat mak ayah dia. Anak yang paling diorang sayang buat macam ni. Mak ayah dia mesti kecewa bila tahu."

"Mmm, kau rasa patut ke aku bagitahu? Bukan apa, aku cuma kesian mak ayah dia diperbodohkan sepanjang hidup. Ye lah. Dekat rumah macam kucing yang penurut dan baik, tapi dekat sekolah dah macam rubah. Hehehe."

Air mata Aaira tumpah. Dia cuba merampas telefon bimbit Irdina dengan tangan yang menggeletar. Namun tidak berjaya.

"Kenapa kau menangis Aaira? Hmm?" Soal Irdina pura-pura terkejut.

"Na-nabila. Ak-aku mohon pada kau. Pa-padam video tu."

"Kenapa nak kena padam? Susah payah tau aku dapat."

"Ak-aku mohon pada kau, Nabila. Aku mohon." Rintih Aaira dengan suara bergetar. Air mata semakin laju mengalir di pipi.

"Kalau aku padam apa yang aku dapat?" Irdina terus bermain tarik ulur. Sengaja hendak mempermainkan Aaira. Sekarang ini Aaira ibarat sedang berada di bawah telapak kakinya. Bila-bila sahaja boleh musnah dalam sekelip mata.

Balasan sebab kau berani masuk campur urusan aku.

"Ak-aku akan buat semua yang kau minta."

"Seriously? Bukan ke kau tak pernah tunduk pada sesiapa?" Soalnya sinis.

"Ak-aku mohon pada kau Irdina. Hiks, hiks."

"Melutut."

Aaira terkedu dengan permintaan Irdina. Dia kaku tidak bergerak.

"Aku cakap melutut!"

Perlahan-lahan lutut Aaira membengkok dan akhirnya dia melutut di hadapan Irdina. Lantai ditatap dengan linangan air mata. Bimbang jika video tersebut disebarkan Irdina dan diketahui ibu ayah.

Irdina tersenyum sinis. "Lap kasut aku."

Aaira mengelap kasut Irdina dengan patuh. Tidak cukup dengan itu, dia diarahkan untuk memperagakan berbagai jenis haiwan beserta bunyi haiwan tersebut. Semuanya dirakam Irdina.

"Aaira Aaira, kau memang betul-betul dah macam anjing. Hahaha," Irdina ketawa puas hati.

"Kau dengar sini baik-baik. Kalau kau berani masuk campur urusan aku dengan Nabila dan kau berani laporkan pada sesiapa, semua video kau akan aku sebarkan. Orang pertama yang akan terima video kau adalah ibu ayah kau sendiri. Faham?"

Aaira mengangguk laju. Terangkat-angkat bahunya kerana tangisan yang semakin menjadi-jadi.

"Aku tak dengar. Faham ke tak?!"

"Fa-faham."

"Macam mana bunyi anjing?"

Aaira diam. Hanya bunyi tangisan yang masih bergema.

"Aku ulang sekali lagi. Macam mana bunyi anjing?!"

"Aukk! Aukk!"

"Hiks, hiks, hiks..."

"Hahahaha, bagus bagus. Memang sebijik sama."

Sejak daripada itu, Aaira tidak berani masuk campur urusan Irdina dan Nabila lagi. Nabila dibuli dengan lebih teruk. Malahan pelajar-pelajar yang lain juga turut mengikuti perbuatan Irdina.

Irdina tidak tepati janji. Video Nabila tidak berpakaian dijual dengan harga yang tinggi. Beberapa orang pelajar lelaki yang berduit membeli video tersebut dan menonton beramai-ramai. Setelah itu, Nabila dicemuh dan dipandang rendah. Ada juga pelajar lelaki yang cuba mendekatinya.

Kerana tidak tahan dengan keadaan itu, Aaira jatuh sakit. Dia tidak hadirkan diri ke sekolah selama seminggu kerana demam teruk. Ketakutan, kebimbangan dan stress yang amat sangat.

Hari ketika Aaira datang ke sekolah, tiba-tiba sahaja sekolah dikejutkan dengan berita Nabila hendak membunuh diri. Sudah tidak ada perkara yang hendak dipertahankan Nabila. Dia sudah tidak ada harga diri.

Terima kasih untuk segalanya, Aaira.

-------------------

PERSIAPAN terakhir sebelum percubaan SPM pada esok hari. Buku karangan bahasa melayu ditutup Aaira. Lalu dimasukkan ke dalam beg sekolah. Esok adalah hari yang dinantikan. Penat lelah tidur lewat beberapa hari ini.

"Aaira, nah minum air. Lepastu tidur." Umar menghulurkan segelas air teh panas kepada Aaira. Lalu dia melabuhkan duduknya di atas katil. Menghadap si isteri.

"Maaf Aaira, esok abang nak kena balik KL. Abang tak dapat teman Aaira seminggu ni." Berat hati Umar meminta maaf. Dia sudah lama meninggalkan restaurant di Kuala Lumpur. Meskipun ada yang menguruskan, namun sebagai bos tidak mungkin dia terus bercuti dan hanya makan gaji buta.

Akhirnya terpaksa Umar pulang, meninggalkan si isteri. Mungkin kalau tak ada urusan, hujung minggu baru dia akan pulang semula ke Perak.

Aileen tersenyum segaris. "Takpe. Bukannya saya tinggal sorang-sorang. Ada ibu ayah."

"Abang tak dapat teman Aaira waktu Aaira tengah ada exam."

Meletus ketawa Aaira. "Memang abang tak boleh masuk dewan, teman saya exam. Hahaha."

"Ish, maksud abang. Abang tak ada di sisi Aaira sepanjang tempoh Aaira exam. Bukannya masuk dalam dewan sekali."

Lagi kuat ketawa Aaira bergema. Tiba-tiba rasa terhibur tengah-tengah malam.

Seakan-akan baru teringat sesuatu, Aaira bangun dari duduknya. Lalu dia menghampiri Umar di katil. Punggung dilabuhkan di samping lelaki itu.

Kepala mendongak sedikit ke atas. Memandang Umar yang lebih tinggi daripadanya. Meskipun dalam keadaan duduk, namun ketinggian di antara mereka masih jauh ketara.

"Umar..." Kedua tangan Umar dicapai Aaira. "Saya minta maaf kalau ada buat salah silap sepanjang saya bergelar isteri. Doakan saya dapat jawab exam dengan baik."

"Ke--"

"Saya ada benda nak bagitahu awak."

hmmmmmmmmm

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience