BAB 9

Romance Series 8597

SEMENTARA menunggu azan maghrib berkumandang, Aaira melabuhkan duduk di birai katil. Telefon bimbit yang sedang dicas dicapainya. Aplikasi whatsapp dibuka untuk kali pertama pada hari ini.

Bunyi notifikasi mesej, whatsapp, panggilan telefon masuk tidak berhenti. Kebanyakannya adalah daripada 'Habibi♡'.

Haiyan.

Pasti lelaki itu risau kerana tidak dapat menghubunginya. Dia terlalu sibuk dari pagi sehingga tidak sempat memeriksa telefon bimbit. Bateri juga hanya tinggal 5 peratus sejak tadi. Itu sebablah telefon bimbit dimatikan.

Sekarang bukan masa yang tepat untuk menghubungi lelaki itu semula. Alasan yang bernas juga belum dikarang. Apa mahu jawab sekiranya disoal siasat ke mana dia menghilang.

Kalau setakat beri jawapan sibuk dan bateri telefon habis, Haiyan tidak akan mudah percaya. Silap-silap, masalah lain pula akan muncul di kemudahan hari.

Tiba-tiba sahaja telefon bimbit jenama samsung itu berdering. Terpapar nama 'habibi♡' di skrin. Serba salah Aaira mahu menjawab. Bimbang sekiranya perbualannya didengari Umar. Dalam masa yang sama risau jika Haiyan terus-menerus menghubunginya kerana melihat dia sedang online ketika ini.

Kalau mahu mematikan telefon bimbit juga sudah terlambat.

Kaki Aaira bergerak-gerak menghentak lantai. Gelisah dan cemas. Tidak mahu mengeruhkan keadaan, akhirnya panggilan daripada Haiyan diangkat.

Aaira bergerak jauh dari bilik air sebelum telefon bimbit dilekapkan ke telinga. Sekali sekala kepala akan terjengul ke arah bilik air untuk memastikan keberadaan Umar.

"Aaira minta maaf. Aaira tak tahu abi call sebab Aaira matikan telefon tadi."

"Jumpa?"

"Rasanya tak boleh harini. Aaira ada kerja perlu disiapkan."

"Kerja sekolah banyak lagi. Lagipun, minggu depan ada percubaan SPM."

"Haa, ya." Bilik air kembali diawasi. Masih selamat kerana bunyi air masih kedengaran. Tidak ada tanda-tanda Umar sudah habis mandi.

"Alah awak, jangan macam ni. Saya minta maaf sangat-sangat."

"Call malam ni?" Kepala yang tidak gatal digaru-garu. Kalau sebelum ini memanglah dia sentiasa bergayut dengan Haiyan pada setiap malam. Tetapi sekarang ni dah berubah situasinya. Macam mana pula dengan Umar nanti.

"Aaira rasa tak bolehlah. Aaira betul-betul busy. Aaira janji, esok pagi Aaira telefon abi."

"Hmm?"

'Aaira, ambilkan saya tuala.'

Mata Aaira membulat. Corong telefon ditutup untuk beberapa saat. Berdebar kencang jantungnya ketika ini.

'Aaira.'

"Haiyan, mama panggil saya. Esok pagi Aaira telefon abi lain. Assalamualaikum."

Tanpa menunggu balasan daripada Haiyan, panggilan terus dimatikan. Telefon bimbit dicampakkan ke atas katil sebelum Aaira berlari menuju ke bilik air sambil membawa sehelai tuala putih.

Huh, tenang Aaira.

Pintu bilik air diketuk beberapa kali.

'Tokkk!'

'Tokkk!'

'Tokkk!'

"Ni tuala."

Hanya sebelah tangan Umar yang keluar di sebalik pintu. Aaira kembali duduk di birai katil. Telefon bimbit dicas semula.

'Krekkk!'

Spontan kepala terangkat ke hadapan. Berbahang wajahnya ketika melihat Umar yang hanya mengenakan tuala separas pinggang. Lelaki itu tampak tenang dan bersahaja.

"Aaira, hamparkan sejadah. Dah nak masuk waktu."

Umar, aku masih budak bawah umur. Tak boleh tengok benda-benda macam ni. Tak elok.

"Aaira?"

Kening Umar terangkat sebelah. Pelik kerana Aaira tidak membalasnya. Gadis itu seakan-akan kaku. Hanya tubuh badannya sahaja yang berada di sini manakala rohnya sudah terbang ke mana entah.

"Aaira." Suara dinaikkan seoktaf kuat. Aaira yang terperanjat sudah beristighfar panjang. Dada ditepuk-tepuk perlahan.

Umar menggeleng-geleng kepala. Dia bergerak ke almari pakaian berwarna putih yang terdapat di dalam ruangan itu. Sehelai baju kemeja berbelang biru yang baru dibeli sebentar tadi dikeluarkan. "Aaira berangan apa?"

"Tak. Tak ada apa." Laju Aileen menjawab. Kepala berpaling ke arah pintu.

"Hamparkan sejadah. Dah nak masuk waktu."

"Ok."

-------------------

SEGELAS air minuman keras diteguk tanpa berhenti sehingga licin. Kemudian diisi semula sehingga penuh. Diteguk rakus untuk sekian kalinya. Lebihan air yang keluar dari mulut hanya dikesat menggunakan belakang telapak tangan.

Huh!

"Kau kenapa bro? Ada masalah?" Tegur Joi, seorang lelaki berambut keriting yang duduk di sebelahnya. Bahu Haiyan ditepuk-tepuk sebelum tangannya ditepis kasar oleh lelaki itu.

"Aaira?"

Serta merta darah Haiyan menggelegak sebaik sahaja nama Aaira disebut. Penumbuk dikepal dan gigi diketap kuat. Menahan kemarahan yang sedang membuak-buak.

Berani kau tipu aku Aaira! Aku setia tapi kau kahwin dengan orang lain belakang aku. Kau bagi alasan kononnya sibuk dengan kerja sekolah, tetapi sebenarnya kau sibuk dengan jantan tak guna tu!

"Haiyan--"

"Diam!"

"Apa dia buat? Dia tak angkat call kau lagi?"

Terus kolar baju Joi dicengkam kuat. Joi terpaksa berdiri mengikuti arah tarikan itu. Lalu kerusi disepak Haiyan sehingga terhempas di lantai. Bunyi kuat yang terhasil menarik perhatian pelanggan yang berada berdekatan.

"Kenapa dia curang dengan aku? Kenapa!" Jerkah Haiyan. Penumbuk dilayangkan tepat pada pipi Joi. Dia hilang akal waras. Yang berada di dalam fikirannya ketika ini adalah wajah Aaira. Penuh dengan wajah Aaira. Aaira yang menangis, Aaira yang marah, Aaira yang gembira.

Aaira!

-------------------

SELESAI sahaja azan maghrib, mereka berjemaah bersama. Kalau diikutkan kali ini kedua setelah bergelar suami dan isteri. Hati terasa tenang dan nikmatnya. Ditambah pula kemerduan suara Umar semasa melafazkan ayat-ayat suci.

"Aaira nak ikut saya atau nak duduk dalam bilik?" Soal Umar sambil melipat sejadah. Kopiah putih yang terletak elok di atas kepala telah dibuka dan diletakkan di atas meja solek. Rambut hitam hitamnya disekat kemas.

"Awak ada seminar apa malam ni?"

"Untuk pelajar tingkatan 5 SMK Seri Permata."

Aaira diam untuk seketika. Kalau tak ikut, bolehlah dia menghubungi Haiyan dan memujuk lelaki itu. Ini sahaja peluang yang ada sementara Umar tak ada. Tetapi seram juga tinggal seorang diri dalam bilik. Entah pukul berapa Umar balik. Kalau ada tetamu tak diundang nanti apa nak dibuat.

"Erk, habis pukul berapa?"

"Pukul 11."

"Okay, saya ikut."

"Siap-siap. Kita solat Isyak dekat masjid, lepastu baru pergi dewan. Majlis mula pukul 9."

"Nanti saya nak duduk mana?"

"Duduk dengan pelajar perempuan pun boleh. Kalau tak nak, duduk dengan saya depan depan."

Mmm, mana lebih baik. Duduk dengan pelajar perempuan ke atau duduk dengan Umar? Tapi macam menonjol sangat kalau duduk dekat depan. Kalau duduk dengan pelajar perempuan pulak tak ada kawan nak bersembang. Dengar seminar dari awal sehingga habis konferm mengantuk.

-------------------

HAMPIR JAM 9 malam, barulah para jemaah mula bersuarai setelah selsai bersalam-salaman. Aaira membetulkan tudungnya di hadapan cermin sebelum terburu-buru keluar dari bahagian solat wanita. Bimbang sekiranya Umar menunggu lama.

Meliar matanya ke sekitar perkarangan masjid. Mencari kelibat Umar di sebalik orang ramai. Lampu yang diletakkan di kawasan masjid membantu pencariannya.

Sebaik sahaja menjumpai figura Umar, langkah terus diatur menghampiri lelaki itu bersama 2 orang lagi individu yang sedang bergaul bergaul di bawah pokok rendang. Seorang daripada mereka adalah lelaki berjanggut yang memakai serban dan jubah putih, manakala seorang lagi sekitar 40an memakai kurta maroon dan berkaca mata.

Semakin menghampiri ketiga-tiga individu itu, tiba-tiba sahaja mereka mengalihkan pandangan ke arah belakang. Memandang Aaira yang hanya berjarak beberapa tapak sahaja.

Aaira hanya menunduk sebagai tanda menyapa sebelum mendapatkan Umar. Kunci motor yang sudah dikeluarkan dari beg galasnya diberikan kepada lelaki itu.

"Ini ke orang rumah kamu? Molek orangnya." Puji lelaki memakai kurta maroon itu.

Umar tersenyum kecil. "Dialah orang rumah saya."

"Pengantin baru sibuk juga ni. Muda lagi. Masih panjang jalan yang kamu perlu tempuh."

"Betul tu pak haji. Banyak lagi yang menanti."

"Takpe, jodoh awal. Nanti biarkan lama-lama, berputih mata pula."

"Hahaha,"

"Apa nama orang rumah?"

"Aaira Ufairah."

"Selamat pengantin baru buat kamu berdua. Saya doakan Umar Aidan dan Aira Ufairah berjaya dan bahagia dunia akhirat. Berada di bawah lindunganNya. Semoga Jodoh kamu berkekalan sehingga ke akhirnya."

"Aamiin."

"Aamiin."

"Selamat menempuh alam perkahwinan." Bahu Umar ditepuk-tepuk lelaki berjanggut itu. Lalu mereka bersalaman dan berpelukan.

"Terima kasih pak haji."

"Terima kasih pak cik Rahmat."

"Sama-sama."

"Kamu ada program kan pukul 9? Pergilah. Nanti lambat pula kamu sampai."

"Kalau macam tu saya gerak dululah. Terima kasih sekali lagi Pak Haji, Pak Cik Rahmat. Nanti kalau free, saya datang melawat."

"Ish kamu ni. Nanti-nantilah kamu fikir lain. Tak penting pun. Kamu baru kahwin, itu lagi penting."

"Betul tu. Bila-bila pun boleh datang ke sini."

"Hahaha, baiklah."

Tidak sampai dua minit kemudian, mereka tiba di dewan tertutup sederhana besar yang berada di kawasan tersebut. Sebelum masuk ke dalam dewan, mereka disambut meriah oleh beberapa orang pihak sekolah yang sudah menunggu terlebih dahulu. Turut serta adalah sekumpulan pelajar lelaki berbaju melayu dan bertanjak.

Aaira berjalan rapat dengan Umar. Lengan lelaki itu juga dirangkulnya. Gerun tatkala melihat ramai orang di situ. Disangkakan Umar akan terlibat dengan program biasa sahaja. Tetapi tidak disangka bahawa program tersebut 'luar biasa'. Sudah seakan-akan majlis kecemerlangan di sekolahnya kerana begitu mewah.

"Selamat datang ustaz Umar."

Ustaz?

Terus kepala Aaira berpaling ke tepi. Sejak bila pula Umar adalah ustaz?

Umar tergelak kecil. "Panggil Umar saja. Jauh lagi nak dapat gelaran ustaz."

Umar bersalaman dengan seorang lelaki yang menyapanya. Yakni adalah cikgu Khairul selaku guru yang bertanggungjawab mengurus majlis pada malam ini.

"Kamu dari dulu suka merendah. Kamu memang dah level ustaz-ustaz. Kalah saya."

"Jangan begitu cikgu."

"Eh, ustaz Umar datang dengan siapa ni?"

Kini Aaira pula menjadi tumpuan. Berpasang-pasang mata tepat memandangnya.

"Ini wife saya cikgu. Saya ada maklumkan pada cikgu sebelum ni."

"Lah, wife ke. Muda bebeno."

"Baru nak SPM cikgu tahun ni."

"SPM?"

Aaira hanya mampu tersenyum nipis. Tidak tahu mahu memberi reaksi apa. Setiap kali orang tahu umur sebenar aku, mesti diorang terkejut. Mana tidaknya kalau budak baru nak ambik SPM dah kahwin. Kalau dapat dekat geng makcik makcik, mahu dilabelnya aku 'miang' sebab kahwin awal.

"Haah cikgu."

"Ye ke. Kalau macam tu pelajar saya juga ni. Kamu sekolah mana?"

Umar memandang Aaira yang jauh lebih rendah darinya. Kelopak mata dikerdipkan. Menghantar isyarat supaya gadis itu menjawab soalan yang diajukan.

"SMK Abu Bakar."

"Abu Bakar? Dekat je dengan rumah saya tu. Rumah saya dekat Taman Sri Cempaka."

"Oh, belakang sekolah saya."

"Ye betul."

Seorang pelajar yang baru keluar dari dewan datang menghampiri dan memberitahu bahawa majlis akan bermula. Sekumpulan pelajar lelaki berbaju melayu dan bertanjak sedang bersedia di barisan hadapan. Diikuti dengan beberapa wakil pihak sekolah mengiringi Umar dan Aaira.

Manakala Aaira mengikuti dari belakang. Katanya dia tidak mahu duduk di hadapan dan akan duduk bersama para pelajar perempuan yang lain.

masih ada ke yang setia dgn bidadari untuk umar?(/。\)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience