Kelam kabut Aaira meneruskan kerjanya yang tergendala. Umar tergelak kecil. Lucu melihat tingkah malu-malu kucing isterinya. Bila malu, mesti mukanya akan jadi merah.
Tidak mahu menyusahkan Aaira, akhirnya Umar dengan patuh duduk di meja makan. "Maaf susahkan Aaira." Ujarnya ketika Aaira sedang menuang air teh panas di dalam mug kaca. Lalu mug kaca tersebut diletakkan di hadapannya.
Aaira mengambil tempat duduk bertentangan dengan Umar. Dia tersenyum nipis. "Takpe, saya okay je. Awak cepat makan, lepastu kita tidur."
Lihat muka kantuk si isteri, cepat-cepat Umar menghabiskan sepinggan nasi. Sempat dia mempelawa Aaira untuk makan, namun ditolak ditolak gadis itu. 5 minit kemudian barulah makanannya dihabiskan. Kedua-dua mereka bergerak ke bilik tidur untuk melelapkan mata.
-------------------
BUNYI penggemar telefon bimbit berkali-kali bergema kuat memenuhi seisi bilik tidur Aaira dan Umar. Namun kedua-dua mereka masih nyenyak dibuai mimpi. Sedikitpun tidak terganggu dengan bunyi tersebut.
Matahari juga sudah menegak di atas kepala. Bilik tidur yang pada mulanya gelap sudah terang benderang dengan pancaran cahaya matahari.
'Kringgg!'
'Tokkk!'
'Tokkk!'
'Tokkk!'
'Aaira, Umar. Bangun makan.'
'Aaira, Umar. Bangun.' Suara Puan Maisarah semakin lantang memanggil dari luar.
Perlahan-lahan kelopak mata Umar terangkat. Dahinya berkerut halus tatkala sinaran matahari menusuk tepat ke dalam matanya. Jam yang tergantung di dinding dilirik.
10.15 pagi?
Kepala Umar berpaling ke kanan. Lihat sahaja si isteri sedang pulas tidur di sampingnya, automatik bibir menarik senyuman lebar. Lalu tubuh Aaira ditarik ke dalam pelukan. "Aaira, bangun. Dah pagi,"
Aaira hanya bergerak kecil. Namun matanya masih terpejam rapat.
"Aaira sayang, dah pukul 10 pagi."
Tiba-tiba sahaja mata Aaira mencelik luas. Dah pukul 10?
Umar tertawa kecil. Lucu dengan tingkah Aaira. Tanpa dapat ditahan, pipi gebu Aaira dicuitnya. "Aaira ponteng sekolah harini."
Terus Aaira terduduk. "Kenapa awak tak kejut saya?"
"Saya dah kejut Aaira banyak kali. Aaira yang tak bangun."
"Tapi saya kena pergi sekolah harini. Mesti cikgu ada bagitahu topik apa yang masuk exam. Esok dahlah hari Sabtu. Huwaaa,"
Umar juga bangun sambil menggaru-garu kepala yang tidak gatal. "Takpe, nanti belajar dengan saya."
"Awak bukannya tahu masuk exam tajuk apa." Marah Aaira sambil menampar dada Umar. Terbatuk-batuk lelaki itu dibuatnya. Bukan kerana sakit tetapi terkejut.
"Semua salah awak tak kejut saya banyak banyak banyak kali."
Umar tersentak. Erk, memang aku ke yang salah?
'Umar, Aaira. Bangun. Dah pagi.' Sekali lagi suara Puan Maisarah kedengaran.
"Baik ibu. Kami dah bangun." Jawab Umar sedikit kuat. Matanya masih tidak lepas memandang Aaira. Masam mencuka sahaja wajah gadis itu ketika ini. Macam nak menangis pun ada.
Aduhai. "Kawan saya cikgu sekolah menengah. Nak saya tanyakan dia ke?" Duga Umar.
Terus mata Aaira bersinar-sinar. Berubah terus air mukanya. "Nak."
"Saya siapa bagi Aaira?"
"Suami."
"Jadi, kalau panggilan untuk suami apa dia?"
"Abang."
"Ye sayang,"
"Eee," Aaira beriak jengkel. Tetiba meremang bulu roma. Dari mana dia belajar benda-benda macam ni. "Jangan lupa mesej kawan awak."
"Sebagai bayaran, panggil saya abang dulu."
"Tak nak."
"Kalau macam tu, tajuk untuk masuk exam pun..."
"Panggil Umar je lah. Senang."
"Tapi saya tua lagi daripada Aaira."
"Cepat. Nak ke tak nak?" Pancing Umar. Satu-satunya cara agar Aaira mengubah panggilannya. Sampai bila hendak ber-awak saya.
Aaira menghela nafas. "Okay, abang."
Melebar senyuman Umar. Aih, sedap pula telinga ni dengar. "Aaira nak apa sayang?"
"Mesej kawan awak--"
"Hmm?"
"Jangan lupa mesej kawan ab-abang," Tergeliat lidah nak sebut 'abang'. Selalunya panggil Ulwan dengan panggilan abang senang sahaja.
"Okay sayang,"
"Eee,"
"HAHAHA,"
-------------------
"TERIMA kasih cikgu."
Sebaik sahaja seorang guru perempuan melangkah keluar dari kelas 5 Jupiter, bunyi riuh rendah kedengaran. Tidak terkawal murid-murid di dalam kelas tersebut membuat bising. Sebiji seperti keadaan di pasar.
Seorang pelajar perempuan yang memakai tag nama 'Irdina' mendekati meja guru. Dia melabuhkan punggung di atas kerusi empuk milik guru. Lalu berpusing-pusing dia ke kiri dan kanan, bahagia.
Haih, akhirnya aku jumpa kau semula.
"Dina, apa yang seronok sangat?" Tegur Fatin, rakan baiknya.
Kedua tangan Irdina pakukan pada meja. Dia menghantar isyarat mata agar Fatin menghampirinya. "Aku dah jumpa dia." Bisik Irdina.
Sebelah kening Fatin terangkat. "Siapa?"
"Aaira Ufairah."
Mulut Fatin terbuka besar. Kiri kanan dilihat sebelum wajah Irdina dipandang tepat. "Kau jumpa dia dekat mana?"
"Dekat mall. Dia berdua-duaan dengan lelaki."
"Siapa? Kau kenal?"
"Tak tahu. Aku tak pernah tengok."
"Dia okay ke sekarang? Maksud aku--'
"Dia takut jumpa aku. Hahahaha," Irdina ketawa besar. Setiap kali terbayang kan wajah Aaira ketika terserempak dengannya, perut bagai digetek seseorang. Lucu sangat. Dah macam tikus jumpa harimau.
"Agaknya, dia masih tak boleh terima Nabila bunuh diri dan terus salahkan diri sendiri. Padahal Nabila bunuh diri sebab kita."
"Shh!"
Terus Fatin menekup mulutnya. Masih segar lagi di ingatannya tentang kejadian tahun lepas. Nabila yang dibuli oleh mereka, tetapi Aaira boleh tunjuk hero nak selamatkan. Konon kakak senior yang baik.
Setahun yang lepas~
"Sampah macam kau, tak layak jejak kaki dekat sekolah! " Tubuh kurus Nabila ditolak kasar ke dinding. Kini Irdina berdiri betul-betul di hadapan Nabila. Pipi cengkung gadis itu dicengkam kuat. "Kau tahu aku jijik tengok muka kau dekat sini."
Puih!
Muka Nabila diludah. Ketawa besar Irdina dan rakan-rakannya melihat Nabila diperlakukan sebegitu rupa. Nabila yang tidak melawan semakin membuatkan mereka gian untuk terus membuli gadis itu.
Mereka semakin bertindak agresif. Kali ini butang baju kemeja Nabila cuba dibuka paksa. Teresak-esak Nabila menangis namun tidak diendahkahkan. Dia tidak berdaya mempertahankan dirinya. Tangan kiri dan kanannya dipegang kuat oleh dua orang pelajar perempuan lain.
Irdina ketawa lagi. Dia sudah bersiap sedia dengan telefon bimbit. Untuk merakam kejadian 'indah' itu. Pasti Nabila takkan berani datang ke sekolah lagi selepas ini.
"Hahaha, cepat korang. Bukak butang dia sampai habis."
"Hahaha,"
Tawa mereka termati tatkala pintu stor tiba-tiba sahaja ditolak seseorang dari luar. Mereka saling berpandangan sesama sendiri. Saling menyalahkan kerana terlepas pandang mengunci pintu.
Muncul seorang individu berpakaian seragam pengawas.
Keempat-empat mereka berubah cuak.
"Korang buat apa dekat sini?" Soal Aaira aneh. Bunyi tangisan seseorang sayup-sayup menusuk ke pendengaran. Terus pandangannya jatuh pada seorang pelajar perempuan yang tidak terurus keadaannya, sedang meringkuk di sudut stor.
Tanpa membuang masa, pantas Aaira mendapatkan pelajar perempuan itu.
Irdina memandang Fatin lama. Penuh makna tersurat.
Fatin mengangguk. Perlahan-lahan dia menapak ke arah pintu dan mengunci pintu tersebut.
'Klakkk!'
"Apa yang korang buat?!" Marah Aaira dengan hati yang membara. Dia agak terperanjat dengan keadaan Nabila ketika ini. Pelajar perempuan itu sangat tidak bermaya dan lemah. Lebam di beberapa bahagian di tubuhnya. Belum lagi luka di bahagian mulut.
"Tak buat apa. Kitorang cuma main dengan Nabila je kan?" Jawab Irdina selamba.
Aaira berubah cemas tatkala baru menyedari bahawa pintu stor telah dikunci. Dia membetulkan pakaian di tubuh Nabila sebelum berdiri betul-betul berhadapan dengan Irdina. "Aku akan laporkan pada cikgu. Korang semua takkan terlepas."
"Okay, pergilah."
Aaira membantu Nabila untuk bangun berdiri. Dia cuba meyakinkan dirinya untuk tetap positif meskipun hatinya sudah merasa tidak enak. Irdina tidak akan melepaskannya dan Nabila begitu sahaja.
Baru sahaja beberapa tapak Aaira berjalan, dia dihentikan Nabila. "Aku tak boleh pergi." Ujar Nabila lemah.
"Kenapa? Kau takut? Jangan risau, aku ada."
Nabila menggeleng-geleng. "Aku tak boleh pergi." Ulangnya.
Irdina tersenyum kemenangan. "Tengok, bukan aku yang tak bagi dia pergi. Dia sendiri yang tak nak pergi."
"Okay, aku bagi pilihan. Aku boleh bebaskan Nabila. Tetapi kau akan ganti tempat dia. Layan aku macam mana Nabila buat."
"Hmm? Setuju?"
Share this novel