"BERHENTI Haiyan. Saya nak keluar!"
"Berhenti!"
Raungan Aaira tidak diendahkan Haiyan. Kelajuan kereta ditingkatkan. Apa yang difikirkan ketika ini hanyalah untuk bersama-sama dengan Aaira. Selama-lamanya Aaira adalah miliknya seorang.
"Haiyan!"
Haiyan brek mengejut apabila tiba-tiba sahaja ada sebuah motor yang berhenti di hadapannya. Seorang lelaki yang memakai helmet turun dari motor tersebut dan menapak ke arahnya.
Di kesempatan itu, Aaira keluar dari kereta. Dia kenal pemilik motosikal tersebut.
"Abang!" Panggilnya dengan nada yang agak tinggi. Berlari-lari dia mendapatkan Ulwan. Bimbang jika lelaki itu akan bertindak luar batas. "Jom balik,"
"Biar abang jumpa lelaki tu dulu." Ujar Ulwan mendatar. Kalau nak diikutkan hatinya, sudah lama dia mengamuk sakan. Bengang kerana lelaki yang pernah kurang ajar dengan kedua ibu-bapanya kini mencari pasal pula dengan si adik.
Nasib baik sahajalah dia ikut dari belakang. Kalau tidak, entah ke mana lelaki itu mahu membawa Aaira. Lelaki psiko macam dia memang tak layak berdampingan dengan sesiapa.
Tingkap kereta sebelah pemandu diketuk-ketuk. Mahu tidak mahu, terpaksa juga Haiyan menurunkan tingkap. Kalau nak teruskan perjalanan pun tak boleh memandangkan masih ada motosikal Ulwan yang menghalangi jalannya.
"Kau nak bawak adik aku pergi mana?" Soal Ulwan garang.
"Makan."
"Kau nak bohong siapa bro? Aku pernah cakap sebelum ni, kalau kau ganggu family aku lagi, aku akan lapor polis."
"Adik kau yang nak ikut aku." Haiyan menjual nama Aaira. Tenang dia menjawab sambil tersenyum 'mengejek'. Sengaja mahu mencabar ego Ulwan. Seingatnya Aaira pernah bercerita bahawa lelaki itu seorang yang lembut dan penuh sopan santun. Nak tengok jugak sisi berbezanya macam mana.
Aaira sudah menggeleng-menggeleng kepala. Bukan macam yang Haiyan cakap. Aaira terpaksa ikut dia. Aaira bukan--
Tangan Ulwan ditarik-tarik. "Abang, jom balik."
"Kau restu je lah hubungan aku dengan Aaira. Nanti-nanti dia jadi milik aku jugak."
Automatik sebuah tumbukan dihadiahkan mengenai rahang Haiyan. "Kau jangan cabar aku!"
"Abang!"
Haiyan tertawa kecil. Bahagian yang ditumbuk Haiyan dipegangnya. Boleh tahan jugak tumbukan dia. Tak apa, akan aku hitung satu-satu. Sejak dari aku datang dekat rumah, sampai sekarang. Semua bukti ada. "Nanti kita jumpak dekat balai. Okay?"
"Kau--"
"Abang, jom balik." Gesa Aaira, sebak. Tangan Ulwan ditarik menggunakan sepenuh tenaga yang dia ada sehingga lelaki itu mula bergerak pergi.
"Bye Aaira. Nanti abi telefon. Kita jumpak lagi tau." Teriak Haiyan lantang. Ulwan mahu kembali membelasah Haiyan, namun dihentikan Aaira. Lelaki itu ditenangkan agar tidak terbawa emosi. Mereka masih berada di tepi jalan dan diperhatikan orang ramai.
Haiyan ketawa lagi. Bibirnya yang sedikit pecah ditumbuk diperhatikan dan dibelek-belek melalui pantulan cermin. Berkerut dahinya menahan kepedihan.
Tak apa, tumbukan yang bagus.
Keluarga Shakirin memang kelakar semuanya. Dari mak bapak, sehingga ke anak-anaknya. Dah anak perempuan mereka yang terhegeh-hegeh dekatnya. Tetapi dia pula yang dipersalahkan.
Belum lagi tahu 'rahsia' terbesar Aaira dengannya. Eee, tak sabar.
-------------------
"Abang!"
Panggilan Aaira tidak diendahkan Ulwan. Menonong dia masuk ke dalam rumah tanpa menoleh ke arah belakang. Masing bengang dengan kejadian yang terjadi sebentar tadi. Lebih bengang kerana Aaira masih membela lelaki itu.
Cepat-cepat Aaira membuka kasut hitam sekolah yang tersarung di kaki sebelum berlari masuk ke dalam rumah. Tubuh badan Ulwan didakap dari belakang. "Abang, Aaira mintak maaf. Aaira salah,"
"Aaira kecewakan abang." Luah Ulwan, kesal.
"Maaf abang. Aa-aira mintak maaf."
"Aaira tak nak abang bergaduh dengan dia sebab... sebab Aaira tak nak dia dapat banyak kesalahan abang."
"Aa--aira kenal dia. Dia takkan lupakan apa yang abang buat dekat dia." Tangis Aaira tersedu-sedan.
Tangan Aaira yang berada di pinggang Ulwan ditarik sehingga pinggangnya dilepaskan. Lalu badan dipalingkan ke belakang. "Jadi, apa abang buat tu salah? Yang dia bawak lari Aaira tu betul?"
Aaira menggeleng-geleng laju dengan tangisan yang semakin menggila. "Bb-bukan macam tu abang. Aaira--"
"Lelaki kurang ajar macam dia memang patut kena belasah. Dia kurang ajar dengan ibu abah, berani bawak lari isteri orang. Yang tu pun tak salah?!"
"Abang..."
Ulwan yang seakan-akan baru tersedar, segera beristighfar panjang. Tubuh kecil Aaira ditarik ke dalam pelukan. Belakang badan gadis itu diusap-usap lembut. "Abang mintak maaf. Abang terlalu marah sebab dia berani buat macam ni."
"Abang mintak maaf."
Aaira menghamburkan tangisan di dalam pelukan. "Aa-aira dah bagitahu dekat dia Aaira dah kahwin. Tt-tapi dia marah."
"Shh, biarlah dekat lelaki gila tu. Yang pasti Aaira dah tak ada apa-apa hubungan dengan dia sekarang. Jangan jumpak dia lagi. Okay?"
"Dd-dia yang datang jumpak Aaira."
"Abang tahu. Dia psiko Aaira."
"Ab-abang ja-jangan bagitahu ibu abah."
Ulwan melonggarkan pelukan. Terus tangannya dipegang Aaira. Matanya menikam lembut sepasang mata merah milik gadis itu. "Abang janji tak bagitahu ibu ayah."
"Tapi Aaira kena bagitahu dekat Umar. Dia suami Aaira. Keselamatan Aaira lebih penting."
Aaira bungkam. Bukannya dia tak nak cerita dekat Umar, tetapi cerita ini terasa amat memalukan. Dia pernah janji dengan Umar takkan ada apa-apa hubungan lagi dengan Haiyan. Tetapi--
"Bagitahu Umar okay? Hmm?"
-------------------
HAMPIR jam 1 pagi, barulah Umar tiba di rumah Encik Shakirin dan Puan Maisarah. Seluruh rumah sudahpun gelap gelita kecuali dapur yang masih bercahaya dipasang lampu. Mungkin semua sudahpun dibuai mimpi memandangkan sudah lewat. Tanpa menunggu lebih lama, langkah diatur menuju ke bilik tidurnya bersama si isteri. Badan yang sudahpun berlengas membuatkan dirinya mahu cepat-cepat membersihkan diri.
Tombol pintu dipulas dan pintu ditolak ke dalam. Bibir menarik senyuman lebar tatkala mata menyapa sekujur tubuh yang sedang terbaring di atas katil. Perlahan-lahan kaki menapak ke arah katil. Niatnya hanya mahu melihat seketika wajah Aaira kerana rindu yang menggunung, namun tidak sangka pula gadis itu tiba-tiba sahaja terjaga.
"Umar," Perlahan sahaja suara Aaira menyapa.
Lihat sahaja si isteri mahu bangun dari tidur, pantas Umar menegah. "Aaira tak perlu bangun. Tidurlah,"
Kata-kata Umar ibarat masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri. Aaira tetap bangun dari pembaringannya dan bersandar di kepala katil. Tidak lepas matanya memandang Umar yang masih segak dengan pakaian yang sama dengan pagi tadi. Tak bertukar dari pagi?
"Lambatnya awak balik." Ujar Aaira dengan suara serak basah.
Sinaran lampu jalan di luar rumah membuatkan wajah kantuk Aaira samar-samar kelihatan. Umar mencapai kedua tangan si isteri dan menggenggam lembut. "Maaf. Tadi jalan jem sebab ada kemalangan. Itu saya lambat sampai."
"Takpe. Awak dah makan? Nak saya panaskan makanan?"
Sekali lagi Umar menegah Aaira dari bergerak. "Kejap lagi saya panaskan sendiri. Aaira tidurlah. Esok nak sekolah."
"Takpe Umar. Awak pergi mandi dulu. Lepastu makan."
"Ta--"
"Shh, jangan bising. Ibu abah dah tidur." Pintas Aaira. Tangan Umar ditepuk-tepuk, lalu Aaira turun dari katil. Cepat-cepat dia keluar dari bilik sebelum Umar menghalangnya.
Sedang Aaira bancuh air teh di dapur, tiba-tiba sahaja pinggangnya terasa dipeluk Umar dari belakang. Terasa hembusan nafas lelaki itu di pipinya.
Aaira kaku.
"Aaira, pergilah tidur. Saya boleh buat sendiri."
Gulp!
Meremang habis bulu roma. Dengan suara husky milik lelaki itu yang menampar gegendang telinga.
Terus Aaira menarik tangan milik Umar di pinggangnya sehingga terlepas. Wajah lelaki itu hanya mampu dilihat sesaat sebelum Aaira melarikan pasangan ke arah lain. "Aw-awak duduk du-dulu. Saya dah nak siap."
Kelam kabut Aaira meneruskan kerjanya yang tergendala.
Ada yang rindu Umar dan Aaira? Dah setahun rupanya tak update :3 Kalau ada yang masih membaca, baru saya akan teruskan menulis. ;)
Share this novel