"Seperti yang kamu buat pada arwah Nabila?"
Kenapa balik-balik aku yang dipersalahkan atas kematian Nabila?
“Tak cikgu,"
"Kamu seorang pengawas, tapi kamu tak pernah laporkan tentang dia dibuli. Malahan kamu--"
Aaira tertunduk ke bawah. Belakang telapak tangan dicubit-cubit.
“Aaira, kamu seorang yang bijak. Kamu tahu apa yang saya tengah bicarakan.”
“Saya minta maaf cikgu."
“Saya harap perkara macam ni takkan berulang lagi. Sebagai peringatan, jawatan pengawas kamu akan dicabut selama sebulan."
“Terima kasih cikgu."
Setelah keluar dari bilik guru, Aaira tidak menuju ke kelas. Dia perlukan ketenangan. Kecewa? Siapa sahaja tidak kecewa dengan keputusan yang diputuskan tanpa menyiasat terlebih dahulu.
Kenapa aku yang menegur pelajar membuang sampah merata-rata dikira mencederakannya? Kenapa aku yang tidak terlibat dengan buli dianggap punca kematian Nabila?
Kenapa?
Tanpa sedar cecair jernih mengalir di pipinya. Tidak sudah-sudah Aaira memaki dirinya sendiri.
Aaira, Aaira... Kau memang bodoh. Sangat bodoh! Laung hatinya melepaskan kemarahan yang ditahan selama ini. Terlalu lembut hati, mudah mengalah dan hanya menerima semua dengan mudah walaupun tidak rela.
Ya, aku akui. Aku takut nak membantah kerana takut semua orang membenci dan semakin menjauh. Aku menerima kerana mahu disayangi dan disenangi orang sekeliling. Tetapi semua itu pun salah?
Salah?!
Dia tiba di belakang bangunan stor lama. Tubuhnya disandarkan lemah di dinding. Di sinilah tempatnya melepak ketika mahu menenangkan diri, melepaskan segala kesedihan dan kemarahan. Kalau tertangkap dengan rakan-rakannya dia sedang menangis, pasti akan ditertawakan kerana Aaira yang dikenali mereka adalah Aaira yang tenang dan ceria.
Lutut dipeluk dan mukanya disembamkan di situ. Teresak-esak dia menangis sebaik sahaja mengingatkan fitnah yang dilemparkan padanya. Bagaimana dia mahu menghadapi guru-guru selepas ini? Bagaimana jika perkara ini diketahui oleh rakan sekelasnya. Paling teruk apabila diketahui oleh ibu dan ayah.
“Ibu, apa Aileen perlu buat... Hiks...hiks...hiks...”
-------------------
BAKI 10 ringgit yang diterima dari bayaran air, dimasukkan ke dalam satu tabung kayu yang terdapat di situ. Tanpa membuang masa, segera dia melangkah keluar dari cafe.
Kereta Honda Civic putih yang terparkir di bahu jalan dihampiri.
“Aku ingat kau dah tertidur dalam kedai tu. Beli air macam buat air.” Perli Wafi sebaik sahaja Umar memasuki perut kereta. Tingkap kereta dinaikkan dan kereta Honda Civic berwarna putih miliknya mula bergerak di atas jalan raya.
Umar meletakkan kerepek pisang yang sempat dibeli daripada seorang wanita di tempat duduk belakang.
“Oi, aku cakap dengan kau.” Wafi beriak tidak puas hati. Cakap dengan orang tak ada beza macam cakap dengan tunggul. Ada mulut, tidak digunakan dengan sebaiknya. Nak jugak jadi bisu. Jadi bisu betul-betul nanti, barulah kau menyesal.
Nikmat mana yang kau dustakan? Ini yang ustaz Al-Wafi nak bagi ceramah ini.
“Apa?” Soal Umar malas. Tidak ada mood mahu melayan perlian Wafi memandangkan dia sudah lewat dan terlambat. Dua perkataan yang serupa.
“Ish kau ni. Aku cakap dengan kau, boleh pulak kau termenung. Kau teringat awek mana pulak ni?” Usik Wafi tidak sudah. Inilah hobinya. Suka menyakat dan mengusik Umar Aidan. Malu-malu kucing dia mengalahkan orang perempuan, hidup macam mayat hidup yang tak berperasaan, dinginnya seperti beruang kutub selatan sana yang hidup menyendiri, suara dia ibarat sangat berharga dan mahal. Hanya cakap benda-benda yang berfaedah dan penting.
Boring bukan? Jangan cari suami macam Umar. Nanti hidup kau sebijik macam tiang pokok, tiang elektrik, semua tiang lah. Tanya panjang lebar, dia jawab sepatah. Tiada warna warni dalam kehidupanmu. Atau kata lain adalah B.O.S.A.N.
“Apa-apa je lah.”
Umar menyandarkan badannya pada kerusi. Kelopak mata terpejam rapat untuk menenangkan fikirannya buat seketika waktu.
“Kau ni, tak menarik langsung.” Kutuk Wafi terus menerus. Selamba air yang dibeli Umar disedut menggunakan straw.
Hmm?
“Sejak bila kau minum mocha?” Tanya Wafi pelik sebelum kembali menyisip minuman itu sehingga tinggal separuh cawan. Sekilas cawan jernih itu dilihat.
“Uhukkk! Uhukkk! Uhukkk!”
“Baca bismillah.” Tegur Umar yang masih memejamkan matanya.
“Wow, Umar! Seriously?!”
Umar yang terganggu dengan jeritan Wafi, mengeluh berat. Mengecil matanya memandang si sahabat yang sedang memandu.
“Apa?”
“Khayra Adelia? Siapa ni? Wow! Kau ada awek dalam diam eh. Asal tak bagitahu aku do!”
Terus cawan jernih di tangan Wafi dirampas Umar. Dahinya ditepuk melihat nama seorang perempuan yang tertera pada cawan tersebut. Macam mana boleh lupa pulak tentang ni. Ya Allah, makin 'menggedik' lah Wafi nanti.
“Siapa dia?”
“Apa yang siapa dia?”
“Sudah tahu, pura-pura tanya pulak. Uhukkk, uhukkk...”
Aku dah kata yang Wafi ni akan menggedik, merenyam. Pasal aku, laju je kau nak menyibuk. Kalau aku bagitahu benda betul pun, kau takkan percaya. Lepastu main putar-belit cerita. Itulah Zafuan Al-Wafi.
“Kau share lah dengan aku. Atau, kau nak aku bagitahu dekat mak su dan pak su?” Ugut Wafi menggunakan otaknya yang bernas lagi cerdas. Laju sahaja Umar membidas.
“Kau jangan buat pasal.”
Wafi tersenyum jahat, menantikan jawapan yang akan diberikan Umar. Dia sudah dapat mengagak bahawa cara ini akan berkesan pada Umar. Mana tidaknya kerana sekarang ini kedua ibu bapa Umar asyik bertanya tentang bakal menantu. Disebabkan itulah, lelaki itu sensitif sedikit soal ini.
“Dia pelanggan dekat kedai tadi. Tertukar air dengan aku.”
“Ooo,” Memuncung mulut Wafi ke hadapan.
“Lama dah ke korang kenal? Kenal dekat mana? Setakat mana hubungan korang?”
Umar memutarkan bebola matanya. Cakap dengan Wafi memang tidak pernah habis. Telefon bimbit dikeluarkan dari kocek seluar setelah bunyi notifikasi whatsapp kedengaran.
-Ulwan-
Esok awal pagi aku naik flight
Laju Umar menaip pada papan kekunci.
Stay sini berapa lama?
Sementara menunggu balasan mesej daripada Ulwan, Umar menyisip minumannya. Lalu dia merenung tajam Wafi yang sedang memandu.
“Kau tahu tak aku dah lambat sekarang ni?”
Wafi buat bodoh. Kereta terus dipandu dengan kelajuan yang sangat perlahan, persis seperti seseorang yang baru belajar memandu. Sengaja mahu memanaskan keadaan.
“Zafuan Al-Wafi.”
“Ya saya...”
Huh, sabar Umar. Macam kau tidak kenal sahaja dengan seekor manusia ini.
“Aku dah lambat.” Gumamnya penuh geram.
“Aku berhati-hati di jalan raya. Bak kata pepatah, biar lambat asal selamat.”
“Oh ya? Kau nak rasa kau selamat atau tak sekarang ni?” Umar meregangkan otot-otot lengan dan badannya. Serta merta Wafi menekan minyak.
Risau!
-------------------
“IBU, Aaira dah balik.” Teriak Aaira sedikit kuat sebelum tubuhnya dihempaskan di atas sofa. Kedua tangan didepakan dan mata dipejam rapat. Penat kerana banyak perkara perlu diuruskan. Namun begitu, hasil yang diterima sangat memuaskan hati. Akhirnya, kebenaran berpihak kepadanya.
Pelajar perempuan tingkatan dua yang terlibat dengannya dicari dan mereka berbincang tentang salah faham yang terjadi. Ternyata pelajar itu sakit hati dengannya kerana ditegur dan terasa dimalukan. Selepas itu, laporan dibuat kepada Puan Shidah kononnya pelajar itu dibuli. Hanya kerana ingin membalas dendam.
Pada mulanya, pelajar tingkatan 2 itu tidak mahu bekerjasama. Tetapi selepas dinasihati, barulah masalah berjaya diselesaikan.
“Bahagia semacam nampak.” Tegur Puan Maisarah yang baru tiba di ruang tamu.
Bahagia?
Laju Aaira mengangguk. Hari ini memang dia bahagia walaupun sedikit terluka. Bahagia kerana akhirnya kes ini sudah selesai. Namanya telah dibersihkan.
“Ada apa? Ceritalah dekat ibu,"
Tanpa menjawab soalan Puan Maisarah, tubuh si ibu dipeluk manja. Al-maklumlah, dia seorang sahaja anak perempuan. Dengan siapa lagi mahu bermanja.
Oh ya, Haiyan!
“Ibu, Aaira masuk bilik dulu ye.” Sempat pipi Puan Maisarah dikucup. Kemudian, terburu-buru dia menuju ke bilik tidur berdekatan dengan dapur. Beg sekolahnya hanya dibaling di atas katil. Laci meja solek diselongkar dan dikeluarkan telefon bimbit jenama Oppo yang diberikan Haiyan.
Haiyan adalah bakal imamnya. Mereka sudah hampir dua tahun berkenalan. Walaupun lelaki itu tua 6 tahun daripadanya, namun tidak menjejaskan hubungan mereka. Dia bercadang mahu memperkenalkan lelaki itu pada ibu dan ayah sahaja tamat SPM. Pasti ibu dan ayah akan gembira dengan perkara itu.
Haiyan yang dikenali adalah seorang yang menghormatinya, baik hati dan juga menjaga solat. Lengkap.
Nama ‘Habibi’ dicari di aplikasi WhatsApp kemudian dibuat video call. Serta merta panggilannya berjawab.
Aaira tersengih melihat keadaan Haiyan yang agak berserabut. Butang baju kemeja yang dibuka dua dari atas. Rambut yang serabai. Tali leher juga senget.
“Abi, awak ada dekat mana? Kerja ke? Kenapa serabut sangat?”
Dia tergelak kecil saat Haiyan membuat muka cemberut. Bibirnya muncung sedikit ke hadapan dan dahinya berkerut.
‘Abi hilangkan fail penting untuk mesyuarat sekejap lagi. Sekarang kena buat semula. Aaira baru balik sekolah ke?’
“Haah, Aaira baru balik sekolah. Huhuhu, penat...”
‘Kalau Aaira ada dekat sini, boleh abi belanja Aaira.’
“Belanja? Belanja apa? Shopping?” Teruja Aaira bertanya. Disebabkan dia sudah berpindah sekolah, jadi jaraknya dengan Haiyan agak jauh. Mungkin sukar mahu bertemu seperti sebelumnya.
‘Cukuplah abi belanja kasih sayang.’
“Hahaha, diterima dengan hati yang terbuka.”
Aaira tersipu malu ketika Haiyan membuat flying kiss padanya. Dia berpura-pura menangkap, kemudiannya dimasukkan ke dalam hati.
“Abi dah makan belum?”
‘Abi tak sempat lagi makan... Sibuk,'
“Halahai, siannya bakal imam saya ini.”
‘Ingatkan Aaira dah tak ingat pada abi.’
“Mana boleh Aaira tak ingat pada abi. Abi cinta hati Aaira. Selamanya akan Aaira ingat walaupun kita berjauhan.” Manis mulut Aaira berbicara. Disambut baik oleh Haiyan.
Mereka tertawa lucu.
Dua kali lima miang kepiang dua orang manusia ni.
‘Tokkk!'
‘Tokkk!'
‘Tokkk!'
‘Aaira, keluar makan dulu. Ibu dah siap masak.’
Laungan Puan Maisarah dari luar bilik membuatkan Aaira meletakkan jari di hadapan bibir, mengarahkan supaya Haiyan tidak bersuara.
‘Aaira tidur ke?’
“Tak ibu. Aaira tengah kemas-kemas. Kejap lagi Aaira makan."
‘Jangan lama-lama sangat. Sejuk makanan nanti.’
“Baik ibu."
Keadaan jeda. Setelah yakin bahawa Puan Maisarah sudah pergi, dia kembali memandang ke arah skrin telefon bimbitnya.
“Eee, kenapa pandang Aaira macam tu...”
‘Awak cantik sangat, ayang. Mesti dekat luar sana ramai gilakan awak. Saya pun begitu. Inikan pula yang lain.’
“Jangan risau Abi. Aaira milik abi seorang. Aaira setia dengan abi. Takkan cari yang lain...”
‘Macam mana abi boleh percayakan Aaira?’
“Abi ni. Pura-pura tak tahu pula. Abi sendiri tahu Aaira takkan boleh lari dari abi."
‘Kenapa?’
“Aip, suka lah usik kite dia ni.”
‘Hahaha, awak malu ke ayang?’
“Mengada eh... Aaira nak turun makan dulu, mama panggil tadi. Abi jangan lupa makan pula.”
‘Tak ada awak, tak lalu nak makan.’
“Nanti kita sembang lain tahu. Bye habibi. Assalamualaikum... Jangan lupa solat dan makan.”
Telefon canggih itu kembali disimpan di dalam laci meja solek. Telefon bimbit itu adalah pemberian Haiyan semasa hari lahirnya baru-baru ini. Kata Haiyan, supaya mereka lebih senang untuk bertanya khabar dan mengeratkan silaturrahim.
Oh ya, lupa... Malam ini dia masih perlu mendengar Haiyan mengaji. Sudah menjadi rutin harian baginya untuk membimbing Haiyan membaca Al-Quran.
Dia tersenyum sendirian membayangkan wajah Haiyan. Walaupun muka Abi tak sehensem Park Jongkong, tapi Abi tetap ada di dalam hati Aaira. Selamanya...
-------------------
SEGELAS air kopi diletakkan di atas meja kecil di antara sofa. Kemudian Puan Maisarah berlabuh di sisi Encik Shakirin dan lengan si suami dipicit-picit lembut.
“Awak ada nak bagitahu apa-apa ke pada abang?” Soal Encik Shakirin seakan-akan tahu akan masalah yang menganggu fikiran isterinya. Bukan dia tidak perasan, sejak tadi si isteri seperti tidak senang duduk. Semua perkara yang dilakukannya, tidak menjadi.
Cawan berisi air kopi diangkat, lalu dibawa ke pinggir bibir. Disisip dengan tertib.
Tawar.
Buat aku kopi pun tak menjadi malam ini. Teruk sangat masalah isteri aku. Cawan tersebut kembali diletakkan di atas meja.
“Abang tahu tak--"
“Tak.”
“Abang dengarlah saya habis cakap dulu.”
“Ha, sila-sila...” Air kopi kembali dihirup. Minum je lah walaupun tawar. Sayang...
“Tengah hari tadi saya ada kemas bilik Aaira. Saya terjumpa telefon mahal dalam laci dia. Lepastu saya dengar dia bersembang dengan seseorang. Siap berhabibi dan bersayang”
‘Pruhhh!'
Share this novel