Aku dan Amran berdiri tidak jauh dari pentas bagi menyaksikan persembahan kumpulan buskers. Kemudian mataku beralih ke arah dua orang anakku yang duduk agak jauh dari khalayak penonton. Mereka menghadap ke arah pantai, membelakangkan kami. Dari jauh aku nampak mereka sedang rancak berborak.
“Abang, kan bagus kalau dua orang tu kahwin je.” Aku memecah sepi antara kami.
“Siapa?” tanya Amran hairan. Tumpuannya beralih kepada isterinya.
“Anak kita tu lah. Mereka berdua tu.”
“Kalau mereka suka sama suka takpelah. Tapi awak janganlah fikir bukan-bukan. Saya rasa mereka takde perasaan pun antara satu sama lain.”
“Kalau Isra, Ima tak sure sebab dia pernah cakap dia tak nak kahwin. Tapi kalau Aakil, Ima rasa dia ada taruh perasaan la kat Is.”
“Apa yang buat awak yakin sangat Aakil tu ‘suka’ kat Isra?”
“Firasat saya je. Tapi, awak tengok la cara dia layan Isra macam mana. Bukan main sweet~, baik lagi. Setiap kali balik rumah je, mesti ada je hadiah yang dia bagi kat Isra.”
Amran menghela nafas panjang.
“Awak tak payah fikir bukan-bukan la. Saya tak kisah diaorang suka sama suka ke atau just anggap diri masing-masing sebagai abang dan adik. Tugas kita cuma pastikan diaorang jaga batas pergaulan. Awak jangan masuk campur la pasal urusan hati mereka. Biar mereka sendiri yang uruskan. Saya tak nak awak kecewa je sebab mengharap.” Nasihat Amran panjang lebar.
“Tapi firasat saya kuat menga…,”
“Sudah.” Potong Amran.
Aku mengetap bibir tanda faham.
‘Tak mungkin firasat aku salah.’ Desis aku dalam hati.
***
Pagi keesokkannya, ketika aku sedang menghirup air the di dapur, Aakil muncul untuk mengisi perutnya yang kosong.
“Mama dah makan?” tanya dia sambil menarik kerusi untuk duduk.
“Hurm, dah. Bawah tudung saji tu ada nasi minyak.”
“Papa ngan Isra dah makan ke?” tanya Aakil lagi.
“Dua-dua dah makan. Papa kamu kat laman belakang tu, tengah jaga pokok-pokok bunga dia. Is pulak lepas Subuh tadi dah balik Kuantan.”
“Hah!? Is dah balik?”
“Hurm…, dia ada kerja nak uruskan kat kedai buku dia tu.” Aku perasan wajah Aakil berubah monyok sebaik mendengar berita itu.
“Sayang sangat Aakil kat Isra? Dia takde je terus sedih.” Aku mengambil kesempatan itu untuk mengorek isi hati anak teruna aku itu. Dalam hati aku sebenarnya masih mengharap firasat aku betul.
“Hurm, sayang. Papa banyak berubah lepas Isra tinggal serumah dengan kita dulu.”
“Maksud kamu?” Berkerut kening aku, tidak mengerti.
“Cara Papa layan Aakil sebelum dan selepas Isra tinggal dengan kita kan lain. Dulu Papa pemarah, kuat rotan Aakil.
Lepas Isra datang, Papa dah jadi seorang yang lembut, penyabar dan penyayang. Takde marah-marah lagi dah, rotan pun terus dibuangnya.” Cerita Aakil mengimbau memori lama.
Aku ketawa kecil mendengar cerita itu. Betul juga apa yang dicakap anaknya itu. Amran lah yang paling banyak berubah semenjak Isra hadir dalam keluarga mereka. Betullah orang kata, kasih sayang seorang ayah terhadap anak perempuan ni lain daripada apa yang dicurahkan pada anak lelaki.
Siap sahaja Aakil makan, dia duduk menemani aku di dapur sambil menikmati air teh yang masih panas.
“Kamu masuk kerja terus ke esok?” aku menyoal Aakil.
“Haah, Ma. Lagipun Aakil kena briefing staff-staff dari Bera yang Aakil pindahkan ke sini.”
“Rumah sewa kamu tu macam mana? Dah ada kerusi meja belum?”
“Ah! Sebenarnya Ma, Aakil tak jadi sewa rumah. Sebab Papa suruh beli je rumah kat Kuantan. Sorry, Aakil tak sempat nak beritahu Mama pasal perkara ni.”
“La yeke. Kamu dah beli ke rumah tu? Kat mana?”
“Kat sebelah rumah lama kita,” Aakil melepaskan ketawa hambar.
“Apa!? Sebelah rumah yang Isra duduk tu?” Aku terkejut dengan berita itu.
“Abang yang suruh dia beli rumah tu.”
Amran masuk dari pintu dapur yang terbuka lalu duduk di kerusi bersebelahan Aakil. Aku mengangkat kening, mengisyaratkan Amran untuk menerangkan perkara itu.
“Abang tak senang hati lah biarkan dia tinggal sorang-sorang dengan bibik. Bibik tu dah tua. Kalau apa-apa jadi nanti kan susah. Kalau Aakil duduk dekat-dekat situ, senang sikit hati abang. Lagipun dia boleh tolong tengok-tengokan Isra.”
Aku menggelengkan kepala mendengar penjelasan Amran. Biarlah. Ada betul juga apa yang dikatanya tadi. Aku menarik nafas panjang sebelum berkata,
“Sayang betul kamu berdua kat Is. Jealous Mama, tau.” Luah aku.
“Aakil sayang Mama so~ much.”
“Abang pun sayang Ima jugak,” kata Amran sambil menuangkan air teh ke dalam cawan aku. Cuba nak ambil hati lah tu. Aku tersengih lebar melihat karenah dua beranak itu.
“Isra tahu tak yang kamu duduk sebelah rumah dengan dia?” aku tanya lagi.
“Belum. Biarlah. Nanti Aakil nak surprise kan dia dengan bibik.” Rancang Aakil.
“Nak surprise boleh, tapi jangan melebih sangat. Is tu tak suka surprise-surprise ni.” Aku berpesan. Takut Aakil sudah lupa penyakit yang dihidapi Isra, panic attack. Walaupun simptom-nya sudah tidak teruk seperti dulu, tapi masih perlu berjaga-jaga. Bila-bila masa sahaja boleh diserang.
“Ya, Aakil tahu. Aakil kan sayang dia, mestilah Aakil tahu.” Jawab Aakil pula.
“Ei, kamu ni. Kamu cakap kamu sayang dia, tapi bab mengusik adik kamu tu bukan main lagi. Hairan Mama.”
Kata-kata aku mengundang ketawa dua beranak itu.
Share this novel