Tergamam aku sebaik mendengar ucapan terima kasih Isra. Tetapi entah mengapa hanya ungkapan ‘I love you’ sahaja yang terngiang-ngiang di telinganya. Aih, jangan fikir bukan-bukan Aakil! Isra tu cuma seorang adik aje. Ya. Adik. Apabila aku sedar dari lamunan, Isra sudah berlalu pergi ke muka pintu.
“Hei, beg kamu ni. Tertinggal.” Aku cuba memanggilnya semula. Mungkin Is tidak dengar kerana dia terus berjalan keluar dari rumah.
“Biarkan aja. Nanti bibik bawa pulang begnya.” Ujar bibik yang keluar dari dapur. Daripada tadi, wanita itu sibuk mengemas dan mencuci pinggan mangkuk.
“Yelah. Bibik, beritahu Isra, Aakil ajak dia breakfast kat luar esok.”
“Baik. Nanti bibik sampaikan,” jawab bibik lalu mengambil beg Isra yang tertinggal dan pulang ke rumah sebelah.
***
Kami sampai di JUD Hotel bersama kenderaan masing-masing. Aku memarkir kenderaan dan menunggu Isra di kaunter valet sebelum bergerak masuk ke restoran bersama-sama. Kami berjalan melalui ruang lobi yang luas dan tampak mewah serta elegan. Aku memerhati muka Isra yang agak kecewa.
“Wah, tak sangka abang bawak Is breakfast kat sini hari ni.” Nada suaranya seperti memerli. Aku tahu sangat apa yang dimaksudkannya. Kalau mengikut cita rasa Isra, dia bukannya mahu makan di tempat-tempat mewah. Apatah lagi kalau pagi-pagi begini. Cukup sekadar membeli sarapan di gerai-gerai biasa sahaja. Haih, kalau perempuan lain ni bukan main suka lagi makan kat hotel. Lain pula dengan Isra.
“Ala, Is tolonglah abang. I really need your advice. Abang tengah try nak impress Papa ni. Malam Jumaat ni ada Majlis Perasmian Hotel dan Open Concert. So, I really need to improve the customer survey report. Is boleh tolong abang, kan? Kan?” aku merayu sedaya upaya.
“Tapi Is sekretari Papa je pun. Takkan lah berharga sangat advice Is.” Isra membentak.
“Is dah kerja lama dengan Papa, kan. Mesti dah familiar dengan taste dan standard Papa macam mana. Please~.”
Isra hanya diam tidak menjawab. Diam maknanya setuju lah kan? Mukanya masih masam kerana tidak puas hati.
“Give and take. Apa yang Is dapat kalau Is tolong abang?”
“Is nak apa?”
“Hurm, jadi kuli Is untuk satu hari, boleh?”
‘Aku kena jadi kuli? Biar betul?’
“Tak nak? Kalau tak nak, Is nak balik.” Dia mengacah apabila lama aku berdiam diri.
“Ok! Ok! Ok! Abang setuju. Boleh kita masuk sekarang?” tanpa berfikir panjang aku hanya akur.
Isra hanya ketawa geli hati sebelum melangkah masuk ke dalam restoran. Ah, alamak! Adakah aku dah terkena dengan lakonan dia? Aku menggeleng kepala mematikan lamunan aku. Apa-apa je lah. Janji tetap janji.
Baru sahaja aku ingin melangkah mengekori langkah Isra apabila ada seorang lelaki menepuk bahu aku.
“Morning.” Ucap lelaki itu.
“Morning, Harith. Kalau pasal kerja, nantilah. Aku nak breakfast dulu.” kata aku, cuba lari dari dia.
“Eh, nantilah dulu. Siapa yang kau bawak tu? Girlfriend kau ke?”
“Bukanlah. Dia daripada Group HQ, kerja bawah bapak aku.” ujar aku cuba mematikan perbualan kami.
“Ei, jangan nak tipu lah. Aku nak join sekali kau breakfast boleh?”
“Ok. Jomlah. Jangan cakap aku tak bagi warning pulak nanti.”
Kami berdua berjalan memasuki restoran dan duduk di sebuah meja yang mempunyai empat kerusi. Dari jauh aku melihat Isra mengarahkan seorang waiter lelaki untuk mengambil pelbagai jenis makanan dan diletakkan di atas dulang agar senang dibawa. Tidak lama kemudian, Isra datang dan duduk di meja. Dia menawarkan senyuman kepada Harith yang duduk bertentangan dengan dia. Kemudian, dia memberi muka kepada aku dan menggumam sesuatu,
“Siapa?” gumam Isra kepada aku sambil tersenyum manis.
“Oh, kenalkan. Isra, ni Harith, Sales Manager.”
“Hi,” sapa Isra mesra sambil melambai kecil.
“Hi, Ms. Girlfriend. I, Harith. Kawan Aakil.”
Saat itu, aku sudah memejam mata sambil menggelengkan kepala aku kecil. Tidak percaya dengan apa yang keluar dari mulut Harith. Hai, Harith, kena lah kau. Aku mengetap bibir menahan gelak.
“Sorry?You realize that you’re being very rude, right? What makes you think I am his girlfriend ?”
“Then, you … are…?” Harith membetulkan duduknya, sedikit terkejut kerana tekaannya salah.
“Isra. Group Secretary untuk Tuan Amran.” Isra memperkenalkan diri dia.
“Ah, sorry. Saya minta maaf, sebab salah faham.” Kata Harith menundukkan kepala lalu melirik matanya kepada aku.
‘Kan aku dah cakap.’ Aku mengumam. Siapa suruh tak percaya cakap aku tadi. Haha. Aku ketawa berdekah di dalam hati. Seronok dapat mengenakan Harith.
“Cik Isra datang sini untuk apa?” soal Harith untuk mengubah topik.
“Taste test. Your GM said he needs my advice.”
“Oh,” katanya agak kaku.
“Haha, tak payah la serius sangat. Saya tak marah, just gurau je tadi.” Kata Isra lagi lalu dia mula menyuap juadah di hadapannya. Dari nasi lemak, sandwich, bubur, sambal, kuih-muih dan mee goreng mamak. Semuanya diletakkan di atas piring kecil memenuhi meja.
“Abang tak makan ke?” tanya Isra kepada aku. Kening Harith naik sedikit apabila mendengar panggilan ‘abang’ itu. Aku buat tidak endah sahaja.
“Isra tak dapat habiskan makanan tu jugak kan. I’ll just take any leftover. Makanlah. Nanti lewat pulak pergi kerja.”
Isra merasa satu persatu juadah sambil memberikan pendapatnya. Banyak juga yang dikomennya. Taste takde masalah, cuma perlu letakkan variety lagi dalam menu. Dia juga mencadangkan agar hotel meletakkan dua menu, western dan local cuisine untuk tarik minat customer makan.
“So, tu ajelah yang Is komen. Kalau takde apa-apa lagi, Is nak pergi kerja dah.” Ujar Isra.
“Hurm, ok.”
Isra bangun dari kerusi dan berlalu pergi. Tinggal aku dan Harith sahaja di meja. Aku menghabiskan sandwich dan kuih muih yang tidak dimakan Isra.
“Apa sebenarnya hubungan kau dengan sekretari Papa kau tu? Siap ber’abang-abang’ lagi tadi kat depan aku.”
“Kenapa? Kau jealous ke? Nak panggil aku ‘abang’ jugak ke?” usik aku.
“Giler kau. Aku tak serong ke situ lah.” Bentak Harith.
Aku ketawa sahaja.
“Bila anak Datuk Zaid masuk kerja? Erina, nama dia kan?” aku mengutarakan soalan.
“Haah, Erina. Kenapa kau tanya?”
“Sebab Datuk Zaid tengah jalan ke arah kita dengan anak dia.” Bisik aku. Aku bangun dari kerusi dan bersalaman dengan Datuk Zaid dan mempelawa dia duduk. Mujur sahaja meja itu sudah dibersihkan oleh waiter.
“Kenalkan, ni anak saya Erina. I harap you boleh jaga dia kat kerja. Ajar dia apa yang patut, ya?”
“Baik Datuk. Datuk jangan risau.” Aku meyakinkan Datuk. Erina yang berdiri di belakang ayahnya tersenyum lebar. Aku pula lekas menyepak kaki Harith dan memberi isyarat supaya dia melayan Erina.
“Erm, Datuk, saya rasa tak elok pula Erina berdiri kat sini lama-lama. Saya bawa dia ke office dulu? Datuk boleh lah berborak dengan Tuan Aakil kan.” Begitu Harith menyusun kata-kata kerana tidak mahu menyinggung perasaan lelaki tua itu. Lagipun, Datuk Zaid ni salah seorang daripada major shareholder syarikat. Memang tiada siapa yang berani lawan.
“Betul jugak tu. Erin, kamu pergi ikut Harith. Biasa-biasakan diri dengan pejabat kamu dulu.” Arah Datuk Zaid kepada anaknya, Erina. Erina menturuti langkah Harith menaiki lif ke pejabat di tingkat tiga. Tinggal aku sahaja berborak dengan Datuk Zaid.
***
Aku kembali ke pejabat aku sebaik menghantar Datuk Zaid pergi. Tidak lama kemudian, Alex, sekretari aku masuk ke dalam pejabat membawa sebuah kotak hadiah yang siap dibalut dengan reben.
“Oh, dah sampai. Just on time. You boleh bagi pada Jeff, suruh dia hantar pada alamat yang I dah tulis kat kertas tu.” Ujar aku menghulurkan sekeping kertas.
Alex mengangguk kecil dan berlalu keluar bersama kotak hadiah itu.
Share this novel