BAB 1 : POV Isra

Romance Series 2056

“Adik, seronok dapat main kat karnival hari ni?” tanya Ummi yang duduk di sebelah kanan aku.
Aku menganggukkan kepala beberapa kali, keriangan. Memang aku gembira hari ini sebab Ummi dan Abbi bawa aku bermain di karnival yang dianjurkan sempena Hari Kanak-kanak di Dataran Majlis Perbandaran Kuantan. Bermacam-macam permainan telah aku cuba sehingga puas hati aku. Bukan selalu dapat main macam ni, kan?
“Adik dah habis makan gula-gula kapas tu?” Abbi pula bertanyakan soalan.
“Dah.” Jawabku pendek. Ummi mengelap sisa-sisa gula di tepi bibir aku dengan tisu.
“Kalau macam tu, jom balik. Hari pun dah gelap. Esok Abbi dan Ummi kena kerja lagi.”
Aku tidak membantah ajakan Abbi kerana aku pun sudah puas main sebentar tadi. Kami menaiki kereta untuk balik ke rumah. Sebaik sahaja angin daripada penghawa dingin kereta menyentuh kulitku, mataku mulai layu dibuai mengantuk, lalu aku tertidur keletihan.

BANG!!!

Aku membuka kelopak mata perlahan-lahan. Apa yang aku lihat hanyalah siling putih dan kipas yang berpusing. Aku membetulkan badan lalu duduk dan memandang ke kiri dan kanan bilik. Kosong. Tiada orang. Tangan kiri aku dicucuk jarum dan ada tiub panjang bersambung padanya.
“Aku kat hospital ke?” tanyaku di dalam hati.
Mana Ummi dan Abbi? Apa yang berlaku sebenarnya? Satu demi satu persoalan mula berputar di fikiran aku. Aku cuba ingat kembali peristiwa yang berlaku. Aku mengerutkan mata dan dahi apabila tiba-tiba kepalaku berdenyut kuat.
Ya. Aku, Ummi dan Abbi keluar jalan-jalan di karnival. Hari bertukar malam dan kami menaiki kereta untuk balik ke rumah. Kemudian, aku tertidur di dalam kereta di tempat duduk belakang. Kemudian, kemudian, kemu…
Ahhh!
Bunyi deringan kuat dan kepalaku berdenyut ibarat beribu-ribu jarum tertusuk di kepala membuatkan tanganku mengenggam kuat rambut. Mataku terpejam rapat cuba menahan sakit. Aku menarik nafas pendek berkali-kali. Perlahan-lahan denyutan di kepala mulai reda dan aku melepaskan genggaman pada rambut. Nafasku juga kembali normal.
Aku cuba ingat lagi.
Apa yang berlaku selepas aku tertidur di dalam kereta? Berkali-kali aku cuba berfikir, namun tidak berjaya.
“Isra?” panggil suara seorang wanita. Aku mengangkat muka sambil tersenyum untuk berpaling ke arah pintu. Senyuman aku mati kerana bukan Ummi yang berdiri di muka pintu yang terlopong luas. Namun aku memang kenal dengan wanita itu, majikan dan kawan Ummi dan Abbi.
“Makcik Ima?”
Wanita itu berpaling keluar dan berteriak memanggil jururawat dan doktor. Kemudian, Makcik Ima berlari-lari anak ke arahku lalu memegang kedua-dua belah bahuku.
“Isra, ok?” tanya dia khuatir. Aku mengangguk kecil.
“Mana Ummi dan Abbi?”
Aku dapat melihat matanya membesar sedikit. Belum sempat Makcik Ima menjawab pertanyaan aku, seorang jururawat dan doktor perempuan muncul untuk memeriksa keadaan aku. Aku membiarkan mereka membuat kerja mereka. Mereka ada juga bertanyakan beberapa soalan yang aku jawab dengan mudah.
“Puan Fatima, keadaan Isra baik. Cuma ingatan dia berkaitan dengan…,”
Doktor Lee menoleh ke arahku kemudian berpaling semula ke arah Makcik Ima lalu menggelengkan kepala. Makcik Ima mengeluarkan keluhan panjang.
“Ada beberapa checkup dan test lagi yang perlu dibuat sebelum kita betul-betul pasti. So, kena stay warded dulu untuk beberapa hari lagi. Jangan risau, keadaan Isra sekarang sangat memberangsangkan. Kalau jadi apa-apa, segera panggil saya.”
“Baik, Dok.” Balas Makcik Ima. Doktor Lee dan jururawat tadi berlalu keluar dari bilik itu sebaik menerangkan keadaan aku. Aku berpaling kepada Makcik Ima.

“Makcik Ima, mana Ummi dan Abbi?” aku tanya lagi.
Puan Fatima mengetap bibir bawah, lalu,
“Makcik Ima ada nak beritahu something kat Isra. Isra bertenang ya?” katanya perlahan.
Sebaik mendengar penerangan Puan Fatima, tangan aku mula menggeletar. Air mata mula berlinangan. Aku menggelengkan kepala berkali-kali cuba menafikan semua yang aku dengar sebentar tadi. Tak mungkin. Tak mungkin. Tak mungkin!
“Makcik Ima tipu Isra, kan? Kan?” Gesa aku cuba mendapatkan kepastian. Dia cuma menggelengkan kepala. Air matanya turut membasahi pipi yang sudah kemerahan. Kami sama-sama menangisi pemergian arwah Ummi dan Abbi.
Puan Fatima memeluk aku erat. Tangannya menggosok belakang badanku berkali-kali. Aku menanamkan muka di dadanya dan tenggelam dalam kesedihan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience