BAB 14 : POV Isra

Romance Series 2056

Selepas bersarapan dengan Abang Aakil, aku terus ke pejabat. Harap-haraplah tidak lewat untuk meeting dengan Penulis Zed.

Hampir jam 10 pagi, aku sampai di pejabat. Mujur sahaja tidak lewat. Tahu-tahu jelah, jalan di kawasan bandar memang akan jammed pagi-pagi macam ni.

“Cik Isra, saya ada nak bincang sikit pasal pekerja part-time untuk launching novel Penulis Zed pada hujung minggu depan.” Minta Nina, yang turut bekerja dalam team sales.

“Ya, Nina. Duduklah.” Aku mengarah.

“Saya dah discuss dengan Amir, dia cakap kami perlukan sekurang-kurangnya tiga orang pekerja part-time untuk event tu. Jadi, saya datang ni untuk minta approval Cik Is.”

Nina menghulurkan beberapa keping kertas untuk ditandatangani. Aku meneliti isi kandungan tersebut dan terus meletakkan tandatangan selepas melihat tiada sebarang masalah.

“Oh, nanti saya bawak seorang lagi part-timer. Beritahu tu pada Amir, sebab itinerary dan distribution kerja dia yang buat nanti.”

“Gaji part-timer tu macam mana? Nak saya buatkan ke?” tanya Nina pula.

“Oh. Tak payah. Budak tu jadi kuli sehari sebab nak balas jasa saya. So, takde gaji. Hehe.”

“Ouh…”

Aku tersengih melihat reaksi Nina. Ketika itu, bunyi ketukan pada pintu pejabat aku. Amir sedang berdiri di hadapan pintu yang kini terbuka luas.

“Cik Isra, Penulis Zed dah sampai.”

***

Perjumpaan dengan Penulis Zed tamat menjelang tengah hari. Aku kembali ke pejabat untuk menguruskan kerja-kerja aku yang lain sebelum rehat tengah hari. Rasanya aku dah tak makan lunch sebab perut masih kenyang gara-gara taste test kat hotel pagi tadi.

Sedang aku tekun meneliti dokumen-dokumen di atas meja, telefon aku bergetar. Ada panggilan masuk daripada Mama.

“Waalaikummussalam, Mama.” aku menjawab salam Mama.

“Mama call masa Is tengah busy ke?”

“Eh, takdelah Ma. Ada apa Mama call ni?”

“Mama nak beritahu kamu, malam Jumaat ni ada Open Concert di JUD Kuantan. Sempena perasmian pembukaan hotel abang kamu tu. Jadi Papa nak kamu hadir jugak. Baru lengkap family kita.”

“Of course-lah Is datang. Mama jangan risau. Kita jumpa kat sana nanti ya.”

Selepas berborak sebentar dengan Mama baru aku menamatkan panggilan. Dokumen yang berada di atas meja masih terbengkalai, tidak berusik. Aku termenungkan sesuatu selepas perbualan dengan Mama sebentar tadi.

“Open concert? Perasmian hotel? Bukan kena pakai dress ke untuk majlis macam tu? Aku mengeluh panjang. Aku ada ke dress yang sesuai untuk majlis macam tu. Kalau takde, maksudnya aku kena shopping dress la ni? Alah, taste aku bukannya glamour sangat pun. Macam mana ni?

Laju aku menggelengkan kepala untuk mematikan lamunan yang makin panjang. Kerja. Ya, kerja. Kerja dulu baru fikir pasal dress ke apa ke. Aku kembali membuka dan meneliti dokumen yang terbengkalai di atas meja tadi.

***

“Bibik, Is dah balik.” Ujar aku sebaik muncul di dapur. Bibik Chandie sedang menyediakan lauk untuk makan malam.

“Kenapa mukanya sedih begitu? Ada masalah di tempat kerja, ya?” Bibik Chandie mengajukan soalan.

“Kerja takde masalah. Masalahnya dress. Is takde dress yang sesuai untuk event hari Jumaat ni.” Aku mengadu kepada bibik.
“Senang aje. Isra cuma perlu pergi shopping aje.”

“Hurm, tapi Is tak tahu nak beli yang macam mana. Setakat dress yang biasa-biasa orang pakai pergi kenduri-kendara tu biasalah Is beli. Tapi ni untuk event kat hotel. Takkan nak pakai dress macam tu, buat malu Papa dan Mama je nanti.”

“Kalau begitu, minta tolong aje dengan Aakil. Mesti dia bisa bantu. Udahlah, tak usah di fikir lagi. Nanti Aakil datang makan malam di sini, Is tanya saja sama dia.”

“Abang Aakil makan malam kat sini? Hari ni?”

“Iya. Bibik ajak dia makan di sini.”

“Kalau macam tu, Isra naik ke bilik dulu lah. Nak mandi dan salin baju.”

Pantas aku bangun dari kerusi menuju ke bilikku di tingkat atas. Aku membuka pintu bilik tidur dan menekan suis lampu di dinding. Ketika aku mahu meletakkan beg di atas meja, aku perasan ada sebuah kotak hadiah yang siap berikat reben diletakkan di atas katil.

‘Aik, siapa pula bagi hadiah kat aku ni? Secret admirer ke?’

Aku membuka ikatan reben dan membuka penutup kotak hadiah itu. Di dalamnya, terlipat dengan kemas sehelai gaun berlengan panjang berwarna seakan-akan pink cair yang hampir putih. Pada kain tersebut pula, dipenuhi dengan sulaman manik-manik paillettes kecil berwarna gold dan pink. Mata aku membulat melihat hasil sulaman yang begitu teliti pada baju tersebut. Kemasan dia sahaja sudah cukup untuk menggambarkan betapa mahal harganya. Aku membuka nota kecil yang berlipat di atas baju tadi.

“I thought you will need one, so here is a gift. From – Aakil.”

“Hurm, dah agak dah. Abang Aakil je yang tahu apa yang aku perlukan.”

Aku membawa dress itu turun ke dapur untuk ditunjukkan kepada Bibik Chandie.

“Bibik, problem solved. Tengoklah ni, bik. Hadiah daripada Abang Aakil.”

“Ya ampun, cantik sekali dress-nya. Berapa tu harganya? Mesti mahal kalau udah cantik begitu.” Soalan bibik mematikan keterujaan aku.

“Hurm, baju Ralph & Russo. Mesti mahal kalau dah brand luxury.”

Aku mengetap gigi, tidak mampu membayangkan semahal mana harga gaun itu. Layak ke aku nak pakai baju mahal-mahal macam ni? Patut ke aku pulangkan kepada Abang Aakil semula? Aku tidak sedap hati, bermacam-macam soalan mula timbul di benak kepala aku.

Pada ketika itu, kedengaran suara orang memberi salam. Abang Aakil muncul di pintu hadapan yang terbuka. Panjang betul umur dia.

“Oh, Is dah buka hadiah abang.”

“Abang Aakil! Thanks hadiahkan Is dress ni. Lawa. Cantik. Pandai abang pilih.”

“Tapi muka Is macam tak suka je dress tu?”

‘Alamak, Abang Aakil perasan ke muka aku yang buat-buat senyum ni?’ desis aku.

“Eh, mana ada. Is suka sangat. Hurm… abang takkan suruh Is bayar balik duit beli baju ni kat abang, kan?” berhati-hati aku mengajukan soalan.

“Kenapa Is nak bayar pulak. Hadiah daripada abang tu, ambiklah.”

“Ya ke, kalau camtu. Thanks, abang.” Barulah aku bersuara riang.

“Tapi kan abang, lain kali biarlah Is belikan sendiri. Lagipun Is dah kerja sendiri. Tujuan Is buat bisnes sendiri pun sebab tak mengharapkan duit Mama dan Papa, termasuklah Abang Aakil.”

Sebenarnya aku agak keberatan menerima pemberian Abang Aakil. Yelah, aku pun sudah berkerja dan mampu menanggung sendiri pendapatan. Tidak perlu lagi bergantung pada keluarga Abang Aakil.

Bagai dapat membaca fikiran aku, Abang Aakil bersuara,

“Is, Is dah macam ahli keluarga kami dah. Is memang ada hak untuk dimanjakan dengan hadiah macam ni. Bukan setakat baju, kalau Is nak rumah pun kami akan bagi. Kalau Is tolak hadiah abang tu, kecik hati abang.”

“Is terima. Is terima. Siapa kata Is tolak? Is pergi simpan baju ni kat atas dulu. Abang tunggu Is salin baju dulu ya. Nanti kita makan sama-sama.”

Kecil hati? Perkara macam tu lah yang last sekali aku mintak dari dia, Mama dan Papa. Mana mungkin aku biarkan mereka rasa kecil hati dengan aku, setelah apa yang mereka dah bagi pada aku selama ni. Aku betul-betul terhutang budi dengan mereka. Kalau mereka tidak mengambil aku menjadi anak angkat mereka, entah apalah nasib aku sekarang.

Aku sanggup buat apa sahaja untuk menjaga hubungan kekeluargaan kami. Ya. Apa sahaja!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience