“Yes, you’re beautiful.”
Kata-kata Abang Aakil masih nyaring di telinganya.
Nada suaranya yang ikhlas dan yakin menuturkan ayat itu membuatkan aku merah padam. Serius aku happy dengar dia cakap macam tu.
“Jomlah. Majlis pun dah nak start ni.” Ajak Abang Aakil. Kami berjalan bersebelahan menuju ke arah dewan. Apabila kami sampai, hanya ada beberapa orang sahaja lagi di luar dewan. Yang lain sudah memenuhi tempat duduk di dalam. Abang Aakil membawa aku kepada Mama dan Papa. Kami berborak sambil menanti persembahan bermula.
Setelah hampir dua jam di dalam dewan, aku mula berasa lemas dan tidak selesa kerana suasana yang hingar-bingar dengan bunyi sorakan dan tepukan daripada setiap penonton. Aku ingin ambil udara segar. Selepas menyatakan hasrat aku kepada Mama, aku berlalu keluar dari dewan, berseorangan.
Aku memikirkan beberapa tempat yang sesuai untuk aku duduk bersendirian tanpa gangguan. “Takde orang kacau aku kan, kalau kat restoran?” Akhirnya aku menaiki lif ke restoran di tingkat 2. Aku mengambil tempat di sebelah tingkap kaca yang mempamerkan pemandangan bandar raya Kuantan pada waktu malam. Aku memesan secawan latte untuk sekadar membasahkan tekak yang haus.
Hampir satu jam juga aku duduk di restoran itu. Tiba-tiba, wanita yang aku nampak bersama dengan Abang Aakil di lobi hotel tadi mengambil tempat duduk di hadapan aku.
“Hi, I Erina. You?”
“Isra.” Aku mula tidak sedap hati dengan gerangan wanita muda itu, ibarat sesuatu bakal terjadi.
“You buat apa kat sini? Bosan dengan persembahan artis ke?”
“Urm, lebih kuranglah.” Jawab aku perlahan.
“Kenapa you tak bawak Aakil sekali datang sini? Bergaduh?”
“Tak. I cuma nak ambik angin je sekejap.”
“You tipu. Mesti you gaduh dengan dia kan? Mesti gaduh ni. Kalau tak kenapa you duduk sini sorang-sorang? Cakaplah yang you gaduh. Baru I percaya.”
Bentakan Erina agak kuat sehingga mata-mata orang yang berada di dalam restoran tertumpu pada kami berdua. Aku dapat merasa pipi aku semakin merah menahan malu. Aku tak kenal pun perempuan ni, tiba-tiba duduk kat aku cakap benda yang tak masuk akal. Aku mengetap bibir sebelum mengajukan soalan kepada Erina.
“Erina nak jumpa Aakil ke? I boleh tolong panggilkan dia datang sini. Nak tak?”
“You boleh tolong I ke? Perempuan miskin…macam you ni? Ada hati nak tolong I. I rela mati dari mengalah kepada pelacur…”
Erina tidak sempat menghabiskan ayatnya apabila Abang Aakil menolak kuat pipinya membuatkan kami berdua terkesima. Aku menekup mulut kerana terkejut. Kenapa Abang Aakil tiba-tiba muncul pulak kat sini? Tiba-tiba pulak tu.
“Watch your mouth! She is very dear to our family. Aku takkan biar kau calar maruah dia.”
Satu restoran yang heboh tiba-tiba sunyi sepi. Aku cuba tidak memandang kiri dan kanan kerana perasan banyak mata yang melihat.
“I hope that will sober you up. When you come to your senses, find me to apologize.”
“Jom, Is.”
Aakil menarik lengan aku. Sebenarnya aku masih kaku di situ kalau dia tidak menarik lengan aku untuk keluar dari restoran tadi. Sebaik kami di luar, Abang Aakil melepaskan lengan aku. Dia merenung ke dalam mata aku lama.
“Is bodoh ke? Kenapa tak lawan bila ada orang hina Is depan-depan?” suaranya agak kasar.
Aku menundukkan mata aku ke lantai. Terpegun kenapa pula aku yang dimarahnya. Aku pun masih hairan dengan apa yang jadi kat dalam tadi.
“Kenapa diam? Bisu dah?”
Aku berasa geram apabila tidak semena-mena dipanggil bisu. Aku mengepal tanganku sambil merenung tajam ke muka Abang Aakil tanpa bercakap sepatah perkataan pun. Ah. Tak guna juga aku marah Abang Aakil kalau dia tidak melakukan salah apa-apa.
Aku mematikan renungan aku dan berjalan pergi dari situ.
“Hei, cakaplah something. Apa yang jadi kat dalam tadi?” Dia berlari mengejar aku lalu berdiri di hadapan aku membuatkan aku berhenti.
“Is tak marah Erina sebab Is tak faham apa yang dia cakap. Is marah dengan abang. Kenapa tiba-tiba abang marah Is?”
“Eh? Is marah dengan abang?” wajahnya jelas terpinga-pinga.
“Sorry. I didn’t mean to.. I mean, I am not mad at you. Boleh Is cerita kat abang apa yang berlaku kat dalam tadi, sebelum abang sampai?” Kali ini dia bertanya dengan tenang.
Aku menghembus keluhan pendek sebelum bercerita.
“Is duduk kat dalam tu hampir satu jam dah. Then, Erina duduk dan start cakap yang bukan-bukan. Lepas tu, abang datang dan tampar dia tiba-tiba.”
“Oh, macam tu ke. Kalau mabuk pun, abang tak suka dia hina Isra depan orang ramai macam tu.”
“Eh? Erina mabuk? Dia minum arak?” aku terkejut.
Abang Aakil menganggukkan kepalanya.
“First time ke tengok orang mabuk?”
Laju aku menganggukkan kepala kepada soalan itu. Melihat reaksi aku, Abang Aakil ketawa terbahak-bahak.
“Dah lah. Jom pergi kat Mama dan Papa. Cerita apa yang berlaku.” Ajak Abang Aakil.
“Eh, kena cerita ke? Biarlah habis kat situ. Kenapa nak dibesar-besarkan lagi?”
“Abang tak kisah kalau dia just orang biasa. Tapi dia anak Datuk Zaid. Takut nanti dia cerita lain pulak kat Papa dan Mama.”
“Eh? Kalau abang tahu, kenapa abang tampar dia?”
“Abang tak tampar lah. Abang just tolak pipi dia, agak kuat. Abang tak dapat nak control tangan abang bila dia cakap Isra … Sudah lah. Kita pergi cerita kat Papa dan Mama dulu.”
Kami mengayun langkah laju menuju ke dewan.
Share this novel