Isra turun semula selepas mandi dan menyalin baju kerja. Selepas makan, kami duduk berborak sebentar di ruang tamu sambil makan butir kuaci dan menonton TV.
“Abang, bila nak balik?” Isra mengajukan soalan.
“Halau abang ek? Kalau ya pun, tunggulah abang habiskan kuaci ni dulu. Kenapa abang tak boleh duduk sini lama-lama ke?” aju aku pula, agak terasa dengan soalan Isra.
“Hurm,” Isra angguk kepala. Dia tenung sahaja muka aku tanpa bercakap.
“Yelah. Yelah. Abang balik.” Aku meletakkan butir kuaci, berdiri dari sofa dan keluar dari rumah Isra. Wah, aku ingatkan dia bergurau suruh aku balik. Dia tak halang pun aku keluar tadi, maksudnya dia serius la halau aku ni?
Aku menutup pintu rumah aku lalu menghempas punggung ke sofa di ruang tamu. TV dipasang dan aircond dibuka bagi menyejukkan badan aku yang panas. Aku masih memikirkan sebab kenapa aku disuruhnya balik. Aku ada buat salah apa-apa ke? Ketika itu, telefonku berdering. Pada skrin telefon, tertera nama Mama. Lekas sahaja aku mengangkat panggilan itu.
“Ya, Ma. Aakil dah balik kerja. Ada apa Mama call ni?”
“Mama dah ajak Isra datang ke Open Concert di hotel kamu tu, tapi katanya takde dress yang sesuai. Kamu kenalkan lah pada dia, kawan-kawan kamu yang ada butik, senang dia nak cari dress yang dia berkenan.”
“Oh, sebenarnya Ma, Aakil dah belikan dress untuk dia. So, Mama tak payah risau lah.”
“Oh, ya ke. Baguslah kalau macam tu.”
“Ni, Mama nak tahu tak?”
“Apa dia?”
“Tadi lepas balik kerja, Aakil pergi makan malam kat rumah Isra. Tu pun sebab Bibik Chandie yang ajak. Lepas makan tu kan, kami duduk berborak sambil makan kuaci. Lepas tu Mama tahu tak apa yang Isra cakap kat Aakil? Tiba-tiba je tau, dia tanya Aakil bila nak balik. Lepas tu, bila Aakil tanya dia halau Aakil ke, dia cakap ‘hurm’ pastu dia angguk kepala. Aakil ingat dia gurau, Aakil acah la keluar. Pastu dia tak halang pun Aakil balik.”
Nafas aku laju sebaik aku selesai bercerita.
“Pastu, kamu ada kat rumah kamu la ni?” soal Mama pula.
“Yelah, Aakil dah balik lah. Terasa hati Aakil, tahu tak Ma.”
Kedengaran gelak ketawa Mama dia hujung talian.
“Dah kenapa Mama gelakkan Aakil ni?” dengan hairan aku bertanya.
“Adoi, memang patut pun kamu kena halau.” Mamanya masih ketawa sedikit.
“Huh? Maksud Mama?” aku betul-betul hairan.
“Walaupun kamu tu abang angkat dia, dia tetap bukan Mahram kamu. Pergaulan masih kena jaga, faham dah?”
“Oh! Patutlah.”
“Kamu ni. Is tu tahu kamu ada ego sebagai lelaki, sebab tu dia tak sebut terang-terangan. Lain kali beringatlah. Jangan ulang kesalahan yang sama. Ni Mama nak pesan jugak. Jangan selalu pergi sangat rumah Is duduk tu, apatah lagi kalau waktu malam. Nasib baiklah Is tu pandai jaga diri dia sendiri. Ok-lah. Mama pun tak nak cakap panjang, Mama pun ada kerja ni. Jumpa kamu hari Jumaat nanti.” Pesan Mama sebelum menamatkan panggilan.
Jadi, dia suruh aku balik bukan sebab tak suka aku duduk situ lama-lama tapi, sebab nak jaga batas pergaulan. Entah kenapa aku menarik nafas lega. Aku pun patut lebih beringat lain kali.
***
Sedar tak sedar, sudah hari Jumaat.
Tetamu-tetamu yang dijemput hadir menonton persembahan di Open Concert malam ini sudah mula membanjiri kawasan dewan sejak jam 7 petang tadi. Sejak Mama dan Papa tiba, mereka terus berbual dengan ahli-ahli syarikat yang turut dijemput hadir menyaksikan persembahan pada malam ini. Aku turut menturuti mereka berjumpa dan melayan semua VIP yang dijemput hadir.
Lebih kurang pada jam 8 malam, Mama menarik aku jauh daripada Papa yang masih berborak dengan orang-orang VIP.
“Isra belum sampai, Mama risau ni.”
“Aakil dah mesej dia. Katanya dalam perjalanan. Aakil pun memang ingat nak pergi jemput dia kat lobi nanti. Mama tahu je lah Isra tu macam mana. Takut tak jumpa cari kita je nanti.”
“Yelah. Kamu pergilah sekarang. Biar Mama dan Papa je yang handle VIP tu. Kamu pergi jemput Isra kat depan.”
“Ok,” aku bergerak meninggalkan Mama dan terus ke lobi. Sedang aku berjalan mendekati pintu keluar hotel untuk ke kaunter valet, Erina berjalan ke arahku sambil melambai tangan.
“Tuan Aakil. Tuan ada nampak Papa I tak? Dia sampai dulu daripada I.” aju Erina.
“Oh, Datuk Zaid. Dia tengah berborak kat luar dewan.”
“You boleh teman I ke sana tak?” Erina bersuara manja.
‘Perempuan ni dah kenapa?’ desis aku dalam hati sahaja.
“Sorry, I tak dapat teman you. I tengah tunggu someone.”
“Seriously? Siapa? Your girlfriend ?” soalnya teruja.
“Not my girlfriend, but someone important. Now, if you please…”
“Abang Aakil?”
Aku menoleh ke arah suara yang memanggil aku, tidak mengendahkan Erina yang masih berada di situ. Isra berdiri di situ sambil tersenyum lebar dan melambai tangannya. Dia tampak ayu dan lawa menggayakan dress daripada Ralph & Russo itu. Aku terpegun sekejap melihat gaya yang jarang Isra pamerkan di badannya.
“If you’ll excuse me,” aku meninggalkan Erina dan mendekati Isra.
“Senyum. Senyum. Senyum.” Mulut aku mengumam perkataan itu kepada Isra agar tidak didengari Erina. Isra terus mengukir senyuman manis walau disuruh berpura-pura. Sekali lagi aku terpesona melihat raut wajahnya yang cantik.
“Dia ada lagi ke kat situ?” aku tanya Isra.
Isra mengintai dari tepi bahu aku dan menggelengkan kepalanya. Maksudnya Erina sudah pergi.
“Siapa tadi tu? Beria abang lari daripada dia.”
“Anak Datuk Zaid. Seminggu dah dia kerja sini. Abang tak pandai handle dia. Manja plus gedik. Nasib baik Is sampai. Thanks. You saved me.”
“Ah, abang. Tengok ni. What do you think?” Isra menggayakan dress di badannya.
“Hurm, tak rugi duit abang beli.”
Kata-kata aku membuatkan Isra memukul bahu aku.
“Susah ke nak cakap Is lawa pakai baju ni?”
“Yes, you’re beautiful.” Ikhlas aku ucap.
Muka Isra berubah agak merah. Tetapi dia kelihatan gembira mendengar pujian itu. Menyaksikan keadaan itu, entah kenapa jantung aku tiba-tiba berdegup laju. Aku ni dah kenapa? Tak. Tak. Tak. Tak mungkin aku… Tidak!
Share this novel