BAB 12 : POV Isra

Romance Series 2056

“Cik Isra, kita ada masalah dengan Penulis Ayreen!”

Kelam-kabut sekretarinya, Adila masuk ke dalam pejabat aku.

“Tenang Adila. Masalah apa tu?” tanya aku dengan tenang.

“Dia tiba-tiba call dan cakap dia tak jadi nak sign kontrak dengan kita.”

“Apa!?” aku terkejut dengan perkabaran itu. Aku cuba bertenang dengan menarik nafas panjang.

“Awak confirm ke dia cakap tak nak sign kontrak? Awak tak salah dengar?”

“Betul Cik Is.”

“Dia ada beritahu sebab apa-apa tak?” soal aku lagi hampir mengigit jari. Adila hanya menggeleng kepada pertanyaan aku.

“Macam ni, saya nak awak telefon dia. Cuba tanya dia sebab musabab dia tak jadi sign kontrak dengan kita. Kalau boleh hari ni jugak saya mahu jawapan dari dia, so kalau jadi apa-apa saya boleh go through plan lain.”

“Baik Cik Is.”

“Tunggu dulu.” Aku menghalang Adila daripada keluar.

“Panggil Kak Mel dengan team marketing dia, suruh mereka datang ke office saya.” Arah aku.

Beberapa minit kemudian tiga orang perempuan dan seorang lelaki masuk dan duduk mengelilingi meja aku. Aku memberitahu mereka perkabaran daripada Adila sebentar tadi. Mereka semua kelihatan terkejut dan hampa. Mata aku beralih kepada Kak Mel.

“Kak Mel, apa akan jadi kalau kita cancel pelancaran novel baru untuk bulan ni?”

“Saya takut kita tak dapat nak capai target sales dan revenue yang Cik Isra sudah set.”

“Cik Isra, saya ada cadangan. Apa kata kita ambik Penulis Zed dan lancarkan novel dia. Since kita belum release apa-apa official announcement di website and social media platform, saya rasa takde masalah untuk kita tukar penulis.” Amir menyuarakan pendapatnya.

Aku mengeleh semula kepada Kak Mel untuk mendapatkan kepastian.

“Betul cakap Amir tu Cik Is. Tapi kalau Cik Is confirm nak sign Zed, kita ada masa seminggu sebelum official announcement. Kalau kita lambat sign dia, kita terpaksa postpone announcement kat media sosial.”

“Amir, memandangkan awak yang bagi cadangan ni. Saya letak awak untuk in-charge. Ahli team bantu Amir apa yang perlu, ok?”

“Baik Cik Is!” kata mereka sepakat.

Aku menamatkan meeting itu dan mereka kembali ke pejabat mereka. Petang itu, Adila masuk ke office aku dan mengatakan Penulis Ayreen tidak dapat dihubungi. Amir juga menyampaikan berita yang kurang menyenangkan. Penulis Zed juga tidak dapat dihubungi. Ini membuatkan aku buntu. Selepas mengarahkan Amir supaya tidak berputus asa dan terus mencuba menghubunginya pada keesokan harinya, aku pulang ke rumah dalam keadaan monyok.

Aku mematikan enjin dan keluar dari kereta. Belum sempat aku membuka pintu untuk masuk ke rumah, telefon aku bergetar. Panggilan daripada Abang Aakil. Aku terus menjawab panggilan itu.

“Hai lambat balik kerja?” soal dia di hujung talian. Pertanyaannya membuatkan aku mengerut kening.

“Ha? Camne abang tahu Is baru balik kerja ni?”

“Hurm, macam mana abang tahu? Sebab abang nampak Is lah.” Jawab dia, berbunyi seperti usikan.

“Abang nampak Is kat mana?” tanya aku lagi, sudah pelik dengan kata-kata Aakil.

“Abang nampak Is kat rumah lah. Cuba Is pusing kiri.”

Walaupun aku tak faham apa yang dikatanya, aku menoleh juga kepalaku ke arah kiri dari tempat aku berdiri.

“Oh, Abang Aakil!” laung aku sedikit menjerit. Aakil meletak telefonnya sambil membawa jari telunjuknya ke arah bibirnya, menyuruh aku untuk memperlahankan suara.

“Abang Aakil buat apa kat situ?” aku tanya apabila melihat dia berdiri di laman rumah sebelah.

“Abang baru pindah ke rumah sebelah.” Ujarnya bersahaja sambil tersengih lebar.

“Huh?”

“Marilah makan malam kat sini. Abang dah mintak Bibik Chandie masakkan lauk.”

“Huh?” aku semakin pelik. Bibik Chandie dah masak lauk?

“Kenapa duduk tercegat lagi kat situ tu. Mari sini makan nasi dulu.” Abang Aakil sudah ketawa terkekek-kekek melihat reaksi aku.

Aku akur lalu keluar dari pintu pagar untuk ke rumah sebelah. Abang Aakil mengunci pintu pagar hadapan sebelum kami masuk ke dalam rumah. Aku memandang ke sekeliling rumah sebaik sahaja melangkah kaki masuk ke dalam. Bahagian ruang tamu sudah dilengkapi dengan sofa, TV dan meja.

‘Perabot semua dah lengkap. Tak mungkin Abang Aakil tipu aku. Dia tak pernah tipu aku pun selama ni.’ Desis aku dalam hati, masih tidak percaya dengan situasi itu.

Aku berlalu pula ke dapur diekori oleh Abang Aakil di belakang aku. Masuk sahaja ke dapur, kelihatan Bibik Chandie sedang menghidangkan makanan di meja.

“Aik, Bibik tahu ke Abang Aakil pindah sini?”

Bibik memejam mata sambil menganggukkan kepalanya. Aku menoleh pada Abang Aakil yang sudah duduk di meja makan.

“Sur~prise~!”

Wah, aku tak boleh nak cakap apa-apa sebab terkejut. Memang aku tak sangka dia akan berpindah ke sebelah rumah. Aku menarik kerusi makan di hadapannya lalu duduk di situ.

“Wah! Susah Is nak percaya abang pindah sini. How could you not say anything? Mama dan Papa tahu tak?”

“Diaorang tahu.”

“So, Isra je lah yang tak tahu ni. Wah~!” ujar aku masih terkejut.

“Sebab tu lah, sur~prise~.” Usik Abang Aakil lagi.

Aku menelan air masak yang sudah dituang ke dalam gelas untuk membasahkan tekak yang kering.

“Kenapa abang pindah kat rumah sebelah ni?”

“Papa yang suruh. Lagipun boleh tengok-tengokkan Isra. Bahaya anak dara duduk sorang-sorang kat bandar ni.”

“Bibik kan ada.” Aku mengutarakan fakta itu.

“Papa cakap bibik tu dah tua. Kalau jadi apa-apa kan susah. Lagipun abang ni lelaki. Selamat sikit kalau abang duduk dekat-dekat.” Terang Abang Aakil.

“Ouh~,” aku mula menyuap nasi ke dalam mulut.

***

“Kenapa Isra balik lambat hari ni? Banyak kerja ke?” duga Aakil selepas kami selesai makan.

“Takdelah banyak sangat kerja. Tapi ada masalah sikit kat office tadi.” Luah aku.

“Oh, masalah apa? Ceritalah. Mana tahu abang boleh tolong.”

Aku pun menceritakan masalah yang aku hadapi. Abang Aakil tekun mendengar cerita sambil menghirup air. Habis segelas cawan dia telan.

“Jadi, Penulis Zed lah jalan penyelesaian Is, tapi tak dapat contact dia, ya. Sebab tu monyok je keluar dari kereta tadi.”

“Hurm.”

“Nama dan alamat rumah dia takde ke? Kalau tak dapat contact dia, hantar je lah staff pergi rumah dia.”

“Pen name ‘Zed’, nama sebenar Daliyah Daud. Alamat takde, tu yang Is stress sangat tu. Alamat dia tak letak kat application dia.”

“Daliyah Daud? Daud? Ah!” Aakil menepuk tangannya seperti teringat sesuatu.

“Kenapa abang ni, terkejut Isra tau,”

“Kejap. Abang call kawan abang jap,”

Aakil mengeluarkan telefon dari poket seluarnya dan mendail nombor kawannya. Tidak lama kemudian, telefon di sebelah talian diangkat dan kedengaran suara lelaki.

“Ada apa kau call malam-malam ni, esok la kita cerita hal kerja.” Rungut lelaki di hujung talian.

“Bukan pasal kerja lah. Eh, kau ada adik perempuan nama Daliyah kan?”

“Haah, kenapa?”

“Dia ada tak? Kau panggil dia sekejap. Ada orang nak cakap dengan dia ni.” Ujar Aakil.

“Ada. Kejap aku panggil.”

Kedengaran lelaki itu memanggil adiknya. Seminit kemudian, telefon itu beralih suara.

“Ya? Saya Daliyah bercakap.”

Aakil menghulurkan telefon dia kepada aku.

“Saya Isra dari Safa Bookstore & Café di Kuantan. Saya bercakap dengan Penulis ‘Zed’ ke ni?” soal aku untuk kepastian. Berdebar-debar jantung aku menanti jawapannya.

“Ya, saya.”

Aku berteriak di dalam hati kegirangan. Ya Allah, terima kasih sangat dah bantu selesaikan masalah aku. At the very least, aku dapat contact dia. Aku menenangkan diri sebelum kembali bercakap,

“Saya berminat nak publish novel Daliyah di bawah Safa Bookstore. Daliyah berminat tak?”

Aku mendengar teriakan gembira dari hujung talian. Aku menarik nafas lega. Maknanya dia berminat la tu kan?

“Mestilah saya berminat. Apa yang saya perlu buat?”

“Oh, apa kata kita bincang kat office saya esok? Daliyah free tak esok pagi?”

“Free. Free!” jawab dia dengan teruja.

“Kalau macam tu, nanti saya mesej alamat dan nombor telefon saya di nombor ni. Kita jumpa esok ya. Ok. Bye.”

Aku menamatkan panggilan dan meletakkan telefon Abang Aakil di atas meja sambil bangun dari kerusi untuk berdiri. Aku menoleh ke arah Abang Aakil dengan mata bulat dan tersenyum lebar. Aku menjerit kecil, kesukaan.

“Wow, tak sangka ada kebetulan macam tu. Thank you abang sebab tolong Is. I love you!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience