Part 4

Romance Completed 28791

" Mestilah aku hafal Putri. Dia tu hensem gila " .

Putri mencebikkan bibirnya.

" Poyo jer lebih dia tu " .

" Ish kau ni Putri kalau aku lah yang ada kat tempat kau, langgar berkali-kali pun aku sanggup " kata Aina.

Putri membuat muka pelik.

???

Semua pelajar yang menjalani minggu orientasi pergi ke masjid berdekatan untuk menunaikan solat zohor berjemaah.

" Putri kau boleh solat tak? " soal Aina.

" Tak boleh lah Aina. Aku cuti " .

" Okay takpalah. Kau tunggu jer kat luar. Nanti dah sudah solat aku datang " .

Putri mengangguk. Dia duduk sendirian di luar masjid.

Terdapat juga beberapa orang pelajar perempuan yang tidak boleh solat duduk sekelompok jauh sedikit jaraknya daripada Putri.

" Ni kenapa tak masuk solat? " soal Faris.

Putri mengangkat muka memandang pemilik suara itu.

Aduhh dia lagi. Keluhnya sendirian sebaik melihat Faris.

" Saya..saya er..er " teragak-agak untuk Putri menjawab.

" Aku rasa simple jer soalan aku. Kenapa tak masuk solat? " .

" Saya tak boleh " jawab Putri.

" Kenapa pulak tak boleh? " soal Faris lagi.

" Saya cuti " .

" Ohh. Cakaplah. Kenapa kau duduk sini seorang-seorang? Duduklah sekali dengan dia orang tu " Faris menujukkan ke arah sekelompok pelajar perempuan.

Putri mengangguk perlahan. Kakinya melangkah ke arah sekelompok pelajar itu.

" Eh Faris, so lepas ni aktiviti apa untuk budak-budak ni? " soal Hafiq.

" Lepas ni aktiviti kita ringkas jer, sesi perkenalan antara pelajar dan fasi. Dia orang akan dibahagikan beberapa kumpulan dan setiap kumpulan ada seorang fasi " jelas Faris.

Hafiq mengangguk faham.

" Okay bro thanks " bahu Faris ditepuk perlahan.

???

Setelah selesai menunaikan solat zohor, semua pelajar diarah berkumpul semula di dewan utama.

" Assalamualaikum semua. Selepas ini saya akan bahagikan kamu semua kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan akan ada seorang fasi. Fasi kamu akan bersama-sama dengan kamu sehingga lah berakhirnya minggu orientasi kita. Pelbagai aktiviti dan pertandingan akan dijalankan, kumpulan yang mendapat markah tertinggi akan menjadi juara. Oleh itu kamu semua harus bekerjasama dengan ahli kumpulan kamu. Faham? " jelas Faris panjang lebar.

" Faham " jawab pelajar-pelajar.

" Bagus. Kalau tak ada apa-apa, saya akan mula bahagikan kumpulan sekarang " .

Senarai nama ditangannya dibaca satu persatu.

" Aina, aku harap sangat dapat satu kumpulan dengan kau " kata Putri.

" Iyalah aku pun. Harap macam tu lah. Tapi kan Putri, aku harap sangat dapat abang Faris sebagai fasi " .

Putri mencebikkan bibirnya. Tak habis-habis dengan Faris.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience