Part 20.

Romance Completed 28791

Faris mengajak Putri masuk ke dalam sebuah kedai tudung berjenama.

" Buat apa kat sini? " soal Putri.

" Aku nak belikan kau shawl. Tak pernah tengok kau pakai shawl. Tak habis-habis dengan tudung bawal kau jer " .

" Tak payah lah Faris. Saya memang tak suka pakai shawl lah. Lagipun kedai ni mahal lah " .

" Alah takpa aku belanja. Jom lah pilih".

" Ya encik cari apa? " soal pekerja di kedai itu.

" Saya nak cari shawl untuk bakal isteri saya ni. Kalau boleh nak yang simple tapi cantik " jawab Faris.

Putri tersenyum sendiri apabila mendengar Faris memanggilnya dengan panggilan 'bakal isteri'.

" Sekejap ya saya ambilkan beberapa design baru kami " .

Faris mengangguk.

" Faris, buat apa awak membazir duit nak belikan untuk saya? " .

" Salah ke aku belikan untuk orang yang aku sayang? " .

" Encik ni ada beberapa design terbaru kami. Encik boleh pilih yang mana satu " gadis itu menghulurkan beberapa helai shawl satin kepada Faris.

" Saya nak yang ni " Faris memilih sehelai shawl berwarna ungu lembut bercorak bunga orked di hujung nya.

" Okay boleh " .

Faris terus membuat pembayaran di kaunter. Putri pula hanya menanti di luar kedai.

" Nah " Faris menghulurkan beg kertas yang berisi shawl itu kepada Putri.

" Awak ni, saya tak sukalah awak membazir macam ni " .

" Ambil lah. Kali ni jer aku belikan untuk kau " .

Putri menyambut juga huluran itu.

" Terima kasih " .

" Sama-sama. Aku nak tengok kau pakai nanti. Mesti cantik " .

" Saya belum pakai lagi awak dah cakap cantik " .

" Sebab kau pakai apa pun, tetap cantik " puji Faris.

Merah wajah Putri kerana malu.

???

Faris tersenyum sendiri membaca mesej daripada Putri. Rindu pula pada gadis itu. Sudah seminggu mereka tidak berjumpa kerana sekarang cuti pertengahan semester.

" Amboi anak bujang mama ni, bukan main lagi tersenyum seorang-seorang" tegur Puan Zahrah.

Faris ketawa kecil.

" Tak ada lah ma. Mesej kawan jer " .

" Kawan ke teman istimewa ni? " .

" Lebih kurang macam tu lah ma " .

Puan Zahrah mengangguk faham.

" Dah berapa lama dengan dia? " .

" Baru jer ma. Dia junior Faris. Waktu orientasi hari tu, Faris jadi fasi dia " cerita Faris.

" Maknanya dia baru semester satu lah ya? Muda lagi. Mama ingat sama dengan Faris, dah tahun akhir " .

" Tak adalah ma. Dia baru jer tahun pertama kat kolej tu " .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience