Part 11.

Romance Completed 28791

" Ya Allah beruntungnya kau Putri " sejak daripada tadi itulah ayat yang keluar daripada mulut Aina.

" Aina, dah 59 kali kau ulang benda yang sama " .

" Kau kira ea? Untungkan kau, dapat fasi hensem. Lepas tu dia siap hantar pergi klinik. Faris tu actually caring jugak kan " .

" Entahlah. Alah lagipun kaki aku jadi macam ni pun disebabkan dia. Dia kena lah bertanggungjawab " .

" Betul jugak. Tapi takpalah dah rezeki kau dapat Faris. Aku dapat kawan dia pun dah cukup " .

" Haaa? " ternganga luas mulut Putri.

" Tutuplah sikit mulut tu. Lalat masuk nanti ".

" Baik kau bagitahu aku apa maksud kau? Dapat kawan dia pun dah cukup? Kau ada apa-apa ke dengan Idham? " soal Putri.

Aina mengangguk perlahan.

" Actually dia mintak nombor aku dulu. Kita orang baru jer kenal hati budi masing-masing sekarang ni " .

" Amboi bukan main lagi. Kuliah pun belum start, dah ada cowok dekatin ".

Aina ketawa kecil.

" Eleh sama lah dengan kau " .

" Eh tak sama. Kau orang suka sama suka, dalam kes aku pulak saling membenci " .

" Oh macam tu ea? " .

" Iya-iya dong " .

Bilik itu riuh dengan gelak tawa mereka berdua.

" Habis tu esok kau join tak? " soal Aina.

" Join apa? Aktiviti tu? " .

" Iyalah " .

" Tak! Faris serba salah. Mula-mula dia nak hantar aku balik rumah sebenarnya. Tapi aku sebagai anak yang solehah tak nak menyusahkan mak ayah aku. So dia bagi aku rehat kat bilik jer esok " .

" Wahhh untunglah " .

" Of course " .

???

" Faris, macam mana keadaan budak tu? " soal Idham.

" Budak mana? " soal Faris semula.

" Putri tu lah. Yang kau dera tu " .

" Eh cakap baik sikit ea. Bila masak pulak aku dera dia? Dia dah okay. Tapi esok aku bagi dia rehat kat bilik jer " .

" Kejap-kejap. Sejak bila pulak kau baik sangat bagi dia rehat ni ? Selalunya kau tetap paksa budak tu join walaupun tengah sakit " perli Idham.

" Kau tak payah nak perli sangat ea. Aku ni siap offer nak hantar dia balik rumah lagi. Tapi dia yang tak nak " .

" Nanti mak ayah dia ingat kau dera anak dia pulak. Semalam elok jer mak ayah dia hantar, tiba-tiba hari ni kaki dah tempang pulak. Lagi lah susah " .

" Ha'ah jugak kan. Bijak betul kau ni ".

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience