Part 2.

Romance Completed 28791

" Weh Faris, intake kali ni ramai ke? " soal Idham.

" Entah. Ramai lah kot. Kenapa? " .

" Iyalah kita kan bertugas sebagai fasi. Kalau ramai sangat ni, pening kepala otak aku " .

" Eleh pening konon. Kalau dah nampak junior cantik-cantik, hilang pening kau tu " perli Faris.

Bukannya dia tidak kenal dengan kawan baiknya itu. Setiap tahun mereka akan bertugas menjadi fasi, setiap kali pelajar baru masuk setiap kali itulah Idham cuba menjual minyak.

Dah berapa ramai agaknya gadis yang sangkut dengan dia memandangkan Idham pandai mengayat dan wajahnya juga agak tampan. Tapi masih tidak boleh melawan ketampanan Faris.

Terbalik dengan Faris, setiap kali dia bertugas menjadi fasi setiap kali itulah dia di ngorat oleh junior-junior nya. Namun seorang pun Faris tidak melayan. Dia hanya menjalankan tugasnya saja.

" Eh dah pukul 12 lah Am. Budak-budak ni mesti dah tunggu. Jom " ajak Faris.

Idham mengangguk. Mereka berdua terus melangkah ke dewan utama.

???

" Assalamualaikum semua. Selamat datang saya ucapkan. Sebelum kita mulakan minggu orientasi kita, saya sebagai ketua fasi anda ingin memperkenalkan fasi-fasi yang akan menjaga anda semua sepanjang berjalannya minggu orientasi ini. Okay jadi saya mulakan dengan diri saya dulu, nama saya Faris Iskandar Bin Fauzi. Sepanjang berjalannya minggu orientasi ini, anda semua jika ada masalah boleh terus berjumpa dengan saya " .

Faris menghulurkan mikrofon pada Idham pula.

" Assalamualaikum nama saya Muhamad Idham Bin Fauzi. Ya nama ayah saya memang sama dengan saudara Faris tapi kami bukan adik beradik. Sebagai fasi kamu semua, saya harap kamu semua dapat memberikan kerja sama pada kami sepanjang berjalannya minggu orientasi kita. Terima kasih " mikrofon dihulurkan pada fasi yang seterusnya.

Setelah selesai sesi perkenalan antara fasi, semua pelajar diarahkan ke dewan makan untuk menikmati hidangan makanan tengahari.

" Putri, aku nak pergi tandas lah. Dah lama aku tahan ni " beritahu Aina.

" Haa jom lah kita pergi " jawab Putri.

Mereka berdua melangkah ke tandas berdekatan dengan dewan makan.

" Kau nak masuk tak? " soal Aina.

" Takpa lah aku tunggu kau kat luar jer " .

" Okay aku masuk dulu " Aina terus berlalu masuk ke dalam tandas.

Sementara menunggu Aina, Putri membuka aplikasi instagram di telefon pintarnya. Sambil itu kakinya sekejap melangkah ke kiri, sekejap melangkah ke kanan.

Kerana terlalu leka melihat skrin telefon, Putri telah melanggar seseorang.

" Woi buta ke?! " .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience