Bab 1

Humor Completed 21602

“Sebenarnya, adik beradik mama ada lima termasuk mama. Tiga orang perempuan dan dua orang lelaki. Mama anak bongsu. Arwah datuk dan nenek kamu, sayang dengan kami berlima. Tetapi, datuk dan nenek kamu lebih sayang akan anak bongsu iaitu mama. Mereka sangat manja kan mama sehingga kakak dan abang mama cemburu dengan mama dan memberontak habis habisan suatu malam.” Kata mama ku sebelum air matanya mengalir laju ke pipinya.

“Malam itu juga la datuk kamu meninggal disebabkan darah tinggi. Kakak dan abang mama segera membawa datuk kamu ke rumah sakit. Mama di tinggalkan seorang diri di rumah besar itu. Kakak ku kata mereka akan menelefon sekiranya ada apa-apa berlaku kepada datuk kamu. Mama sangat takut pada masa itu. Mama berdoa supaya datuk kamu tidak ada apa-apa. Berjam-jam mama tunggu, tetapi telefon tidak juga berbunyi. So, mama mengambil keputusan untuk pergi ke rumah sakit. Apabila mama hendak mengambil kunci kereta, telefon rumah berbunyi. Mama segera berlari mendapatkannya.

Mama menarik nafas panjang-panjang lalu mengangkatnya.” Mama ku berhenti berkata lalu mengesat air matanya. Dia menghembus nafas dalam-dalam lalu menghembusnya.

“Kakak ku kata, datuk kamu dah tak ada di dunia ini lagi. Mama terkejut lalu terduduk di situ. Mama menangis tanpa henti. Mama juga tak tahu nak buat apa pada masa itu. Apabila jenazah datuk kamu sampai, mama segera berlari mendapatkan tubuh datuk kamu. Tetapi dihalang oleh abang ku.”

FLASHBACK (15 tahun yang lalu)

(Mia as Mama kepada Amelia)

“AYAHH! Ayah tak boleh tinggalkan Mia. Ayah!” kata Mia sebelum Henry abangnya menahan Mia dari menyentuh tubuh ayah mereka. Henry menarik tangan adiknya kuat. Mia meronta-ronta untuk lepas dari genggaman abangnya. Apabila sampai di stor, Henry menolak Mia. Mia terjatuh lalu tangannya berdarah terkena besi tajam.

“Weik! Apa awak buat ahh! Aku nak peluk ayah aku!” teriak Mia sambil memegang tangannya yang berdarah itu. Henry menampar pipi Mia kuat. Mia terkejut lalu memegang pipinya.

“Woi perempuan! Awak tak sedar diri ke? Ini semua salah awak! Kalau ayah dan ibu tidak memanja kan awak, hal ini tidak akan terjadi!” kata Henry lalu menutup pintu stor itu erat. Henry kemudiannya mengunci Mia di stor itu. Mia menangis teresak-esak.

Apabila reda tangisan Mia dia berdiri untuk mencari jalan keluar. Dia hendak berjumpa dengan ayahnya. Dia nak minta maaf. Mia berputus asa lalu memegang kepalanya. Dia
kemudiannya terduduk lalu mendengus.

“AYAHHHHH!” teriak Mia. Mia menangis. Mia kemudiannya memikir kata-kata abangnya tadi. “Ini semua salah awak! Kalau ayah dan ibu tidak memanja kan awak, hal ini tidak akan terjadi!” Adakah semua ini salah aku? Kata Mia dalam hati sebelum dia terlelap.

xxxxxx

Mia membuka matanya perlahan-lahan. Dia melihat sekelilinya sambil memegang tangannya yang luka terkenakan besi semalam. Mia segera duduk lalu melihat tangannya yang luka. Nampaknya darah dah berhenti mengalir. Kata Mia dalam hati. Dia perlahan-lahan berdiri lalu mengetuk kuat pintu itu. “Woii! Ada sesiapa kat luar ker? Keluar kan aku dari sini!” teriak Mia sekuat hati. Berharap sangat ada orang yang mendengar.

“Siapa tu?” suara perempuan kedengaran.

Mia segera berdiri lalu mengetuk pintu. “Ibu. Bu.. buka pintu ne!” teriak Mia. Ibunya terkejut beruk lalu segera membuka pintu itu. “Ibuu!” kata Mia lalu memeluk ibunya.

“Siapa yang buat awak macam ne?” Tanya ibu Mia selepas dia meleraikan pelukkannya.

“Errr, Abang..Hen..ryy!” kata Mia ragu-ragu. “Bertuah punya anak. Siap kau!” kata Ibu Mia sebelum menarik lengan Mia.

“Aduh! Ibu sakit la!” kata Mia. Ibu Mia melihat Mia lalu matanya melihat lengan yang di pegang olehnya.

“Ya Ampun!” kata Ibunya lalu memeriksa tangan anaknya yang bongsu itu. “Angkara siapa ini Mia?” Tanya ibunya yang meninggikan suaranya. Mia menelan air liurnya.

“Jangan cakap abang awak yang buat!” kata Ibu Mia lagi. “Err, ini Mia jatuh terkena besi sebelum abang menarik Mia ke dalam stor itu.” Mia menipu. Harap sangat ibunya percaya kata-katanya.

“Baiklah, ibu percaya. Kalau ibu dapat tahu yang luka itu ada kaitan dengan abang kamu, siap abang awak!” tegas Ibu Mia. Mia menelan air liur lalu terfikir akan ayahnya.

“Ibu.. mana ayah?” Tanya Mia. Ibunya menunjukkan ke arah ruang tamu. Mia segera berlari ke arah jasad ayahnya.

“AYAHH! Mia nak minta maaf kalau Mia ada buat salah dengan ayah. Mia dah lepaskan ayah. Mia akan doakan keamanan ayah.” kata Mia lalu memeluk tubuh ayahnya. Kakak dan abang nya melihat Mia dengan mata yang tajam.

~~~

Apabila selesai sahaja majlis pengebumian itu, Mia mengesat air matanya yang tersisa di pipinya.

“Weik! Siapa suruh awak pegang-pegang ayah? Hah?” Tanya Henry. Mia yang terkejut itu, kemudian dia melihat abangnya dengan mata yang tajam.

“Salah ker? Saya lihat ayah saya sendiri? Salah ker saya peluk ayah saya? Sebenarnya, kenapa korang selalu sahaja benci saya? Apa saya dah buat dengan korang?” Tanya Mia lalu melepaskan tangan yang dipegang oleh Henry sebentar tadi. Henry terkejut lalu mengetap bibirnya.

“Ohh, sekarang awak berani lah nak lawan kitaorang! Sini saya jawab pertanyaan kau. Ya, awak salah memeluk dan melihat ayah. Ya, kitaorang benci awak kerana awak telah mengambil ibu kami dan ayah kami! Mereka selalu memanjakan kau. Kita selalu dihiraukan! Disebabkan itu lah kitaorang benci kau!” kata kakaknya, Sherry. Mia melihat Serry lalu menjeling tajam.

“Kurang ajar kau!” kata Sherry lalu menarik rambut Mia kuat.

“WOI! Sakitlah Bodoh!” teriak Mia lalu menggaru tangan kakaknya. “ADUH!” kata Sherry lalu memegang tangannya. Herman abang keduanya datang melihat kejadian itu. Begitu juga dengan Sarah dan Chelle. Mereka berlima semua ada di ruang tamu.

“Apa yang jadi ne?” Tanya Herman lalu berpeluk tubuh. “Ne budak yang tak sedar diri buat hal!” kata Sherry lalu menolak kepala Mia. Mia hanya mengetap bibirnya.

“Baik, kalau itu yang korang semua mahu kan! Aku kan keluar dari rumah ini! Dan jangan pulak korang menyesal suatu hari nanti!” kata Mia lalu berlalu pergi. Abang dan kakaknya senyum. Mia segera ke bilik nya lalu mengambil beg besar untuk pergi dari situ. Setelah selesai, Mia mengambil kunci keretanya lalu segera turun. Abang dan kakaknya tengah tunggu di sofa yang mahal itu.

“Wahh! Nampaknya adik kitaorang pergi jua dari hidup kita!” kata Chelle sambil berdiri melihat Mia. Ibunya yang baru sahaja keluar dari bilik langsung sahaja melihat anak-anaknya.

“Mia nak kemana tu?” Tanya Ibunya lalu segera menaiki tangga. Mia mengetap bibirnya.

“Mia nak tinggalkan tempat ne!” kata Mia lalu berjalan melimpasi ibunya. Ibunya terkejut.

“Mia jangan pergi! Awak nak ke mana kalau awak pergi!” Ibunya terduduk sambil menangis. Sarah segera mengusap-usap belakang ibunya. Herman dan Henry segera berlari mendapatkan Mia.

“Woi! Tunggu!” teriak Henry. Mia menberhentikan kakinya lalu melihat kebelakang.

“Apa lagi awak nak?” Tanya Mia. “Bak sini pakaian awak, duit-duit awak, kunci kereta, dompet dan handphone awak!” kata Henry. Mia membesarkan matanya.

“Woi! Dah tak cukup ker saya pergi dari sini?” Tanya Mia.

“Aku kata bagi, BAGI LAH!” teriak Henry.

Mia mendengus lalu memberi semua barang yang diingini oleh mereka. Setelah mereka mengambil barang Mia, Mia pergi dari situ. Belum sempat dia nak keluar dari situ, Ibunya berlari ke arah Mia.

“Mia tolong jangan pergi tinggalkan ibu!” rayu ibu Mia. Mia senyum lalu mengesat air mata ibunya. “Ibu jaga diri baik-baik yer! Mia sayang Ibu!” kata Mia lalu berlalu pergi.

Ibunya menangis teresak-esak. “MIAAAA!” teriak ibunya sebelum matanya tertutup.

“IBUU!” teriak kakak dan abangnya.

END OF FLASHBACK

Ibu ku mengesat air matanya. Aku senyum lalu memeluk ibu ku. “Ibu, sekarang Lia dah faham.” Kata aku lalu mengusap belakang ibu ku. Ibunya senyum.

“Ibu, ibu nak balik Malaysia ker? Jumpa kakak dan abang ibu?” Tanya aku. Ibu nya menarik nafas lalu menganggukkan kepalanya tanda setuju. Aku senyum. Besok aku dapat jumpa sepupuku. Fuhh harap mereka semua baik dekat kami sekeluarga.

“Dah, Dah! Lia awak pergi mandi. Kita nak jalan makan malam.” Kata mama ku. Aku menganggukkan kepalanya lalu segera mendapatkan tuala yang bersangkut dekat almari. Aku mengambil masa 20 minit untuk membersihkan badan ku. Selesai sahaja, aku segera ke bilik pakaian ku. Aku memakai gaun yang dibelikan oleh ayah ku tempoh hari. Selepas itu, aku segera ke meja make up ku lalu aku memakai celak dan lip gloss. Aku sebenarnya tidak suka memakai make up, tetapi kalau aku tidak memakai muka ku Nampak pucat.

“LIAAA! TIME TO GO!” teriak mama ku. “YER MAA.. KEJAP!” teriak aku. Aku kemudiannya mengambil beg tanganku lalu menyarung ke lengan kanan ku. Aku kemudiannya turun dari tangga lalu segera berlari ke arah kereta ayah ku.

“Wahh, cantik anak mama ne!” kata mama ku memuji aku. Aku tersengih-sengih lalu melihat handphoneku. Aku segera menekan ‘candy crush’ permainan aku dehh. Beberapa minit kemudian, kami sampai di satu restoran mewah milik ayahku. Aku segera turun dari kereta lalu menuju ke restoran itu.

“Hello Amelia.” Kata tukang masak itu menyapa aku. Aku melambai-lambaikan tangan ku kea rah tukang masak itu. “Hye Amelia, how was your day today?” kata pelayan lelaki itu. Aku senyum lalu berkata “Fine!” kata aku senyum. Aku kemudiannya mengambil pesanan sambil menunggu ibu bapaku. Lambat juga diorang ne! rungut aku sambil melilau mecari kelibat mama dan ayah ku.

“Hello Lia. Dah pesan makanan?” Tanya mama ku lalu duduk di hadapanku. Ayah ku duduk di sebelah aku. “Dah, korang ja belum.” Kata aku. Mereka senyum lalu melihat menu itu. Pelayan segera sampai selepas sahaja ayah memanggil pelayan itu.

“Give me Chicken Chop and Orange Juice.” Kata Mamaku. “Give me western food that I like and some coffee.” Kata ayahku. Memang dia akan berkata macam tu. Kerana mereka tahu yang kegemaran ayah apa.

Sekarang ne kami berada di America di mana ayah ku dilahirkan. Sudah lima tahun kami berada di sini kerana ada ayah dapat tawaran berkerja di sini. Belum sampai 3 tahun awak sudah ada restoran sendiri. Ini kerana hasil kerja dia. Sebelum ne, kami tinggal di Singapore. Itu kerana mamaku dapat tawaran kerja di sana. Mamaku berkerja sebagai tukang jahit professional katakan. Apabila ayah dapat kerja di America, berat hati mama meninggalkan kerjanya. Tetapi apa kan daya, dia terpaksa meninggalkan kerjanya demi ayah dan aku. Apabila boss ayahku beri kami rumah yang besar, kami sangat bersyukur.

Beberapa bulan kemudian, mama ku dapat tawaran kerja. Dan sekarang mamaku ada kedai jahit tersendiri. Kalau aku, aku hanya berkurung di rumah. Aku tidak pergi sekolah. Mama dan ayahku mengupah guru untuk mengajar aku. Aku pun tak tahu kenapa ayah dan mama tak mahu aku pergi ke sekolah. Aku cuma mengikut sahaja kata-kata mereka. Dan besok, aku akan balik ke Malaysia untuk melihat Sepupu ku dan kakak dan abang ibuku.

“Lia.. Ameliaaa!” panggil mama ku. Aku terkejut lalu melihat mamaku. Mamaku tengah memegang pisau dan garpu. “Tak nak makan ker makan awak?” Tanya mamaku. Aku senyum lalu mengambil pisau dan garpu lalu memotong daging ayam itu. Selesai sahaja kami menjemu selera, kami berdiri lalu beredar dari situ. Ayah ku langsung tak bayar disebabkan restoran ini satu peratus milik ayah. Haha bertuahnya aku.

Kami bertiga menaiki kereta ayah lalu memecut laju. Sampai sahaja di rumah, aku segera ke bilik aku untuk packing barang-barang aku dan juga pakaian ku.

“Honey!” kata mama ku.

“Yes?” Tanya ku sambil aku melipat baju-baju ku yang berada di katil. “Bawa lebih baju kay, mana tau sampai sana Lia nak panjangkan
lagi cuti!” kata mama ku. Aku mengangguk-anggukkan kepala ku lalu berjalan mengambil baju lebih.

“Fuhh! Penatnya!” kata ku selepas sahaja aku zip beg besar itu. Aku kemudiannya membaringkan badan ku lalu aku tertidur.

xxxxxxxx

Dah dua kali aku check bilik aku. Harap takda yang lupa. Selepas itu, aku mengangkat beg aku dan aku membawa beg besar itu.

“Ready honey?” Tanya mamaku. Aku mengangguk-anggukkan kepala ku lalu keluar dari situ. Ayah ku tolong mengangkat beg besar itu ke dalam kereta.

“Beratnya beg awak!” kata ayah ku. Aku menjeling lalu berkata. “Mama kata, bawa baju lebih, dah saya rembat sahaja baju aku!” kata aku lalu masuk ke dalam kereta itu. Ayah ku tersengih-sengih.

Dia kemudiannya menghidupkan enjin kereta lalu memecut laju. Aku melihat rumah kesayanganku lama sehingga la kelibatnya hilang dari pandanganku. Aku mengeluh. Berat hati nak tinggalkan tempat tu. Aku kemudiannya mengambil headphone aku lalu meletakkan di telinga aku. Aku mendegar lagu sehinggalah sampai di airport.

(MALAYSIA)

Aku menuruni anak tangga itu, lalu menghirup udara segar. “Malaysia here I come!” kata Aku teruja.

“Excited Nampak!” kata ayahku lalu mengambil beg besar untuk aku. Aku kemudiannya mengambil beg itu. Aku melihat mama dan ayah ku hanya membawa satu sahaja beg. Itupun hanya kongsi. Kata mahu cuti panjang kat Malaysia. Aku dah la bawa dua beg pakaian. Kataku dalam hati.

Apabila kitaorang nak keluar dari pintu itu, tiba-tiba ada suara lelaki memanggil mamaku. “Anty Mia. Sini!” kata lelaki itu. Kami bertiga segera mendaptkan lelaki itu.

“Hai anty, Hai uncle!” kata lelaki itu. Aku hanya berdiri di sana melihat peluk-pelukan mereka. Hensem juga mamat satu ne. Kacak, ada lesung pipit, badan yang sasa. Fuhh kalau ada perempuan nampak dia, confirm cair. Kata ku dalam hati sebelum mama ku memegang bahuku. Aku tersentak.

“Kenalkan ne anak anty, Amelia. Amelia ne Kevin.” Kata mamaku. Aku melihat Kevin.

Kevin kemudiannya senyum ke arah ku lalu dia menghulurkan tangannya untuk bersalam. Aku senyum dan menyalam tangannya balik.

“Dah jom, keluarga yang lain tengah tunggu kat villa tu.!” Kata Kevin lalu segera mengangkat beg besar aku. Aku terkejut dengan tindakannya. “Tak apa! Aku tolong!” katanya lalu meninggalkan aku sendiri. Aku kemudiannya berlari ke arah mama ku yang tengah asyik bercerita dengan Kevin.

“Ayah!” panggil aku. Ayah ku menoleh lalu senyum kepadaku. “Siapa budak lelaki ne?” Tanya aku sambil menunjukkan badan si Kevin. “Ohh, itu anak kakak Chelle, sepupu kamu tu!” kata ayahku.

Aku terkejut Yoo. Aku ada sepupu lelaki hot lah! Kata ku dalam hati. Apabila sampai di keretanya, dia membuka pintu untuk aku. Aku menundukkan kepala ku lalu aku masuk ke dalam kereta itu. Mama dan ayahku duduk di belakang. Manakala aku dan Kevin duduk di hadapan.

Kevin menghidupkan enjin keretanya lalu memecut laju dari airport itu. Sampai sahaja di villa itu, aku membulatkan mata ku. Mansion! Kata ku dalam hati. Apabila gate itu dibuka oleh pengawal, Kevin segera memandu ke garaj kereta. Wahh, banyaknya kereta mewah. Kataku dalam hati ku lagi. Kevin mematikan keretanya lalu turun dari kereta.

Kami bertiga juga begitu. Mama ku ragu-ragu untuk turun. Aku senyum lalu menarik tangan mamaku supaya dia turun. Mama ku menarik nafas kemudian dia turun.

“MIAAAAA!” teriak tiga kakaknya. Sherry, Chelle dan Sarah. Mereka bertiga segera berlutut untuk mama ku memaafkan mereka. Kami sekeluarga terkejut. Kevin pun sudah memegang bahu ku.

“Mia, kitaorang minta maaf atas perbuatan yang kami lakukan. Tolong maafkan kitaorang. Kitaorang berjanji tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi. Maafkan kitaorang!” kata Sherry. Mama ku senyum lalu mengangkat satu persatu kakaknya.

“Terima kasih Tuhan, kerana Engkau telah mendengar doa-doa saya! Aku maafkan korang dah lama dah! Dah,dah,dah jangan menagis. Kesian anak awak tu!” kata mama ku lalu memeluk mereka bertiga. Aku lega kerana mereka dah berbaikan. Harap sangat mereka akan kekal begitu. Aku kemudiannya melihat dua orang lelaki berjalan ke arah mamaku. Dua lelaki itu kemudian memeluk erat mama ku. Mungkin itu abang-abangnya.

“Mia, maafkan kitaorang yer. Kita lupakan la masalah itu dan kita buka buku baru!” kata Herman. Mama ku senyum lalu mengangguk-anggukkan kepalanya.

“Dah jom kita masuk ke dalam!” kata Anty Chelle lalu menarik tangan mama ku. Herman menarik tangan ayahku. Kevin pula menarik lenganku.

Sampai sahaja di rumah itu, aku melihat ada enam orang lelaki yang tengah duduk di situ menunggu ketibaan kami. Kevin menarik tangan ku lalu dia menyuruh aku duduk di sebelahnya.

“Ehhh, siapa perempuan ne?” Tanya Anty Sherry. Mama ku melihat aku.

“Itu anak aku la!” kata mama ku. “Wahh, tak sangka awak ada anak perempuan. Kitaorang semua lelaki.” Kata Aunty Sarah lalu mencubit pipi ku.

Ohh, jadi yang semua lelaki ne anak mereka lah ne. Kata ku dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience