Bab 7

Humor Completed 21602

KEVIN POV

Recap :

Aku melihat gambar itu kemudian aku terkejut melihat gambar itu. Terbeliak mataku.

“Ini….”

“KEVINN!” Panggil auntie Sherry. Aku tersentak lalu aku segera menyimpan gambar itu ke dalam poket seluar aku. Aku berlari menuju ke dalam rumah lalu aku pergi ke tempat di mana auntie Sherry berada.

“Yer auntie?” kataku sambil melihatnya.

“Nah! Bagi teh ini dengan Amelia.” Kata auntie Sherry sambil menghulurkan segelas cawan kepadaku. “Teh ini untuk mengurangkan rasa sakit kepala Amelia.” Kata auntie Sherry lagi.

“Baiklah auntie!” kataku lalu mengambil cawan itu. Aku berjalan menuju ke bilik ku dengan berhati-hati. Aku memulas tombol pintu itu dengan perlahan-lahan. Pengasuh-pengasuh itu segera keluar. Aku berjalan menuju ke tempat Amelia.

“Ameliaa!” kataku perlahan-lahan.

AMELIA POV

“Ameliaa!”

Aku mendengar nama ku di panggil. Aku segera membuka mataku. Aku mengosok-gosokkan mataku lalu aku melihat gerangan siapakah yang telah bangunkan aku.

“Oh Kevin!” kataku lalu aku segera duduk.

“Nah, minum teh ne! ini mengurangkan sedikit pening kat kepala awak!” kata Kevin sambil menghulurkan segelas cawan kepadaku. Aku senyum lalu mengambil cawan itu. Aku perlahan-lahan minum teh itu.

“Hmm, siapa buat ne?” tanyaku.

“Auntie Sherry yang bagi kata awak!” kata Kevin.

“Ohh,” kataku lalu aku meneguk air teh itu.

“Bila yang lain sampai?” tanya ku.

“Jam 11.30 tengah hari mereka keluar dari sekolah. Awak nak ikut aku ambil mereka ker?” tanya Kevin sambil mengambil cawan yang berada di tangan ku. Kemudian, dia meletakkan cawan itu di meja nya.

“Boleh jugak!” kataku lalu aku melihat ke arah jam dinding bilik Kevin. Jam menunjukkan jam 11.15 tengah hari.

“Jom la, dah 11.15 tengah hari dah ne!” kataku.

“Ha’ah lah. lupa pula nak check jam!” kata Kevin lalu berdiri.

“Jomm!” kata ku sambil membawa dompet dan telefon bimbit ku.

Kami berdua berjalan menuruni tangga sehingga lah auntie Chelle menyapa kitaorang. “hah? Nak pergi mana lagi ne?” tanya auntie Chelle.

“Pergi jemput yang lain di sekolah. Boleh kan aku bawa Amelia pergi ke sekolah? Kitaorang tak turun pun!” kata Kevin.

“hmm, boleh. Jaga Amelia dengan baik. Hati-hati di jalan raya okay!” kata auntie Chelle lalu dia berlalu di situ. Kitaorang berjalan menuju ke kereta Kevin lalu kitaorang pun menuju ke destinasi yang ditujui.

DI SEKOLAH..

Tepat jam 11.30 tengah hari, lonceng pun berbunyi menandakkan waktu persekolahan dah selesai. Ramai pelajar-pelajar keluar dengan hati yang gembira.

“Want to see some magic?” tanya Kevin.

“What magic?” tanyaku lagi.

“Awak tengok di pintu utama sekolah ne. aku kira sampai tiga. Awak tengok apa yang terjadi.” Kata Kevin sambil senyum. Aku pun melihat ke arah pintu utama itu. Kevin mula mengira.

“1..2..3!” selesai sahaja Kevin mengira tetiba ramai pelajar perempuan berkumpul di pintu utama.

“Wow!” kataku apabila melihat sebaik sahaja sepupuku keluar, fangirls sepupuku mengepung mereka. “Hebatkan?” kata Kevin sambil mengenyitkan matanya.

“Eleh, dah hari-hari macam begitu. Biasalah” kataku sambil senyum. Apabila aku tengah asyik melihat sepupuku dikepung oleh fangirls mereka, tiba-tiba pintu di buka. Aku melihat ke belakang.

“Ehh, Jamess?” kata Kevin.

“Weik, aku tumpang ehh! Ayah aku tak dapat jemput aku lah. hehe!” kata James sambil tersengih-sengih. “Banyak cantik aku nak tumpangkan awak!” kata Kevin bergurau senda.

“Ehh, Amelia pun ada kat sini?” tanya James sambil melihat ku. Aku senyum lalu menganggukkan kepalaku. Beberapa minit kemudian, sepupuku masuk ke dalam kereta.

“Gilaa, nak mampus aku!” kata Jojo sambil membuka tali lehernya. Aku tersengih-sengih. Kevin memulakan perjalanan sehingga la ke villa.

“Weik korang, hari ni aku stay kat rumah korang. Boleh lah..” kata James sambil membuat muka comelnya. “Boleh. Kita lawan COD! Apa macam?” tanya Fikri.

“Boleh. The game is on!” kata James lalu dia keluar dari kereta itu. Kemudian aku keluar dari pintu kereta itu.

“Ehh? Amelia? Bila masa awak ada kat sini?” tanya Danny.

“Laa, korang tak tahu ker kehadiran si Amelia sepanjang perjalanan tadi. Aku fikir korang tahu.” Kata Kevin. Aku menggeleng-gelengkan kepalaku.

“Hah, dah balik dah. pergi mandi, lepas tu turun makan.” Kata auntie Sarah.

“Baiklah mummy!” kata Fikri lalu mereka semua masuk ke dalam bilik masing-masing. Aku pun masuk ke dalam bilik ku. Aku berjalan menuju ke katil ku lalu aku merebahkan tubuh ku.

“Fuuhh, hari ne aku kena buli dengan Geng Spicy. Esok-esok, Geng lain lagi buli aku. Hmm, kenapa lah nasib aku macam begini? Arrghhh! Aku rindu ibu dan ayah. Kenapa diaorang tak balik-balik ke sini lagi? Kenapa penerbangan mereka di batalkaan?” aku mengeluh sambil berfikir sejenak.

“Tom!” kataku lalu aku memikirkannya.

Aku berlari menuju ke meja belajar ku lalu aku mengambil satu kertas kosong dan mengambil sebatang pensil. Aku mula menulis. Nama ialah Tom. Berumur di Antara 40-an. Berwarganegara Amerika Syarikat. Tinggi lampai. Berbadan gemuk sedikit. Muka sangat menakutkan. ‘Anywhere you go, I am with you. You cannot find me, but I will always find you. And I will watch you!’

Tiba-tiba sahaja aku merasakan kepalaku pening. Aku memegang kepalaku. “Argh! Kenapa ne?” aku memicit-micit kepalaku. Relaks Amelia. Tarik nafas dalam-dalam lalu hembus perlahan-lahan kata hatiku. Aku mengikut sahaja apa yang hati ku katakan. Sakit kepala mula hilang.

“Fuhh, ape pasal ne? asal aku fikir tentang Tom. Tiba-tiba kepalaku mula pening.” Kataku. Aku segera ke katil ku kemudian aku merebahkan semula badanku. Kemudian aku mengambil MP3 lalu aku memasang headphone ku di telinga ku. Aku meletakkan tangan ku di dahiku sambil mendengar lagu yang dimainkan.

~~~

Baru sahaja aku hendak lelap, tiba-tiba ada tangan yang mengoyang-goyangkan bahuku. Aku perlahan-lahan buka mataku lalu aku duduk. Aku melihat Jojo dan John. Si kembar comel tetapi gaya mengalahkan budak. Aku membuka handphone ku sambil mematikan lagu yang dimainkan.

“Yes kembar?” tanyaku sambil melihat mereka.

“Awak nak main satu game tak?” tanya Jojo sambil melihat ku. Aku mengerutkan dahiku.

“Game apa?” tanyaku sambil melihat kedua-dua sepupuku ini. Jojo dan John melihat Antara satu dengan yang lain. Kemudian mereka menjerit.

“THE PRANK GAME!”

Aku menutup telinga ku. “agak-agak lah korang. Kalau yer pun nak main tu game. Jangan lah menjerit.” Kataku sambil menutup telinga ku. Jojo dan John tersengih-sengih.

“Maaflah. Kitaorang excited sangat.” Kata John.

“Hm, ye lah.” kataku.

“So apa prank korang?” tanya ku sambil melihat si kembar ini.

“Make up mereka.” Kata Jojo sambil senyum sinis.

“Mereka siapa?” tanyaku sambil melihat mereka berdua. “Kevin, James, Danny, Andie, Samuel dan Fikri.” Kata John. “Macam mana nak make up mereka sedangkan mereka tengah bangun?” tanyaku.

“Haha, sekarang ne mereka tengah tidur. Masing-masing buat kerja nak buat tahi mata. So, masa ne lah kita bertiga jalan kan tugas kitaorang. Apa macam?” tanya Jojo setelah dia habis berbicara.

“Hmm, okay.” Kataku lalu aku senyum. “Dah lah jom. Eh kejap! Amelia pinjam kan aku make up awak!” kata John. “Okay,” kataku lalu aku membuka laci make up kemudian aku mengambil set make up ku.

“Jomm!” kata Jojo dan John. Alahai. Kebudak-budakkan lah. terpaksa lah aku ikut supaya mereka tak merajuk.

“Weik korang, kalau Kevin marah? Bagaimana?” tanyaku.

“Laa, dia takkan marah punyaa.” Kata John sambil menarik tangan ku. Pertama sekali, kita bertiga pergi ke bilik Fikri. Jojo memulas tombol pintu itu kemudian dia masuk. Diikuti John dan aku.

Aku melihat Fikri, Danny dan James tengah keenakkan tidur. Aku mendengar Jojo memberi aku isyarat untuk ke tempat James. Sementara dia pergi ke tempat Fikri dan John pergi ke tempat Danny. Aku segera ke tempat James lalu aku memulakan tugas ku.

Sebelum aku memulakan tugas ku, aku melihat muka James. Sungguh comel bila dia tengah tidur. Aku kemudiannya tersenyum melihat muka nya yang comel itu kemudian aku memulakan tugas ku. Selesai sahaja, aku segera bangun. Tapi malangnya, aku tertendang tangan James kemudian James bergerak sedikit. Aku segera duduk semula menghadap James.

Aku membesarkan mataku sambil melihat Jojo dan John. Jojo dan John juga pun berhenti dari tugas mereka lalu melihat ku. Aku kemudiannya melihat James yang tengah bergerak itu kemudian apa yang membuatku terkajut ialah, James menarik ku lalu dia memeluk ku dengan erat.

Muka ku dan mukanya bertembung. Aku membesarkan mataku. Aku dapat merasakan hembusan nafas dari hidung James. Erat sungguh pelukkan James. Jojo dan John segera menarik ku dari dakapan James. James tidak sedar akan hal tu malah dia memusingkan badannya lalu tidur. Jojo dan John menghembus nafas mereka dengan lega.

Aku pun turut begitu. Tetapi jantung ku berdengup sangat kencang. John segera menarik ku lalu kami bertiga keluar dari bilik Fikri.

“Fuhh, nasib baik tak kantoi!” kata John. Aku cuma mendiamkan diriku. Jojo yang sedar dari tadi terus berkata.

“Amelia, maaf lah. James memang macam tu. Sesiapa sahaja yang bangunkan dia dia terus sahaja menarik orang itu ke dakapan nya. Jangan ambil kesah lah tentang tu.” Kata Jojo sambil senyum.

“Okay, jom bilik seterusnya.” Kata John.

Kami bertiga berjalan menuju ke bilik Andie. Sebelum kitaorang masuk John berkata sesuatu di telinga Jojo. Jojo mengangguk lalu dia berjalan menuju ke bilik Kevin.

“Jom kita masuk. Jojo uruskan Kevin. Awak ikut saya.” Kata John lalu masuk ke dalam bilik Andie. Masuk sahaja aku melihat Andie dan Samuel tidak memakai baju. Kemudian aku segera ke tempat Samuel lalu memulakan tugas tersebut. Selesai sahaja, John dan aku keluar dari bilik Andie. Kitaorang menuju ke bilik ku semula.

“Hehe, tiada siapa boleh lawan aku dan Jojo kali ini.” Kata john sambil ketawa. Aku berdehem. John kemudiannya melihat ku.

“Ehh, lupa pulak. Hehe, tiada siapa boleh lawan aku, Jojo dan Amelia kali ini!” kata John. Aku gelak. Ada-ada sahaja karenah sepupuku ini. Sejurus kemudian, Jojo masuk.

“Weik, agak-agak lah nak ketawa tu.” Kata Jojo kemudian dia pergi ke tempat meja solek ku. Kemudian dia membuka laci solek ku lalu dia memasukkan makeup itu. Selesai sahaja Jojo terus pergi ke tempat John dan Aku.

“Weik korang, aku takut lah! karang diorang marah aku.” Kataku.

“Haha, mereka takkan berani punya marah awak. Awak kan sepupuku kitaorang yang paling kitaorang sayang.” Kata John.

“Korang macam mana?” tanyaku sambil melihat mereka.

“Awak jangan risau.” Kata Jojo sambil senyum.

~~~~

Jam menunjukkan 5 petang.

John segera berdiri lalu dia mengejutkan Jojo. “Jo, bangun. Jam lima dah.” kata John sambil mengoyang-goyangkan tubuh Jojo. Jojo segera berdiri.

“Apa pasal dengan pukul lima?” tanyaku.

“Mereka akan bangun sebentar lagi.” Kata John.

“Ohhh,” kataku.

“Jom! Kitaorang pergi ke bawah.” Kata Jojo. Aku menganggukan-anggukkan kepalaku lalu aku pun mengikuti mereka berdua. Sesampai sahaja kitaorang di bawah, John segera menarik tanganku untuk ke ruang tamu.

“Buat tak tahu jer okay!” kata John lalu aku menganggukkan kepalaku.

Tiba-tiba Auntie Sherry menuju ke tangga lalu menekan satu punat.

KRINGGG!!!!!!!!!!

Lonceng berbunyi. Wow! Bangunkan orang guna lonceng lah!

“Ingat tau! Buat tak tahu.” Kata John. Berdebar-debar jantungku.

“JOJO!!!!!!”

“JOHNNNNNNNN!”

“KEMBARRRR!”

Jerit mereka. Jojo dan John ketawa terbahak-bahak diikuti gelak tawa auntie Chelle, auntie Sherry dan auntie Sarah.

“Ne mesti kes korang prank dengan mereka kan?” kata auntie Chelle. Jojo yang sudahpun di bawah lantai mengangguk-anggukkan kepalanya.

“Auntie nak tengok muka mereka ker? Kejap lagi mereka turun.” Kata John. Aku cuma senyum sambil mengeleng-gelengkan kepalaku. Alahai, kenapalah auntie-auntie ku terikut sekali dengan kenakalan mereka ini. Ini mesti keturunan ne.

Aku melihat ada orang turun dari tangga itu diikuti dengan lima tubuh sasa turun dari tangga itu. Aku tergelak kecil melihat muka bengis mereka. Fikri dan Samuel tidak memakai baju mereka.

“Jojo! John!” kata Kevin sambil menunjukkan penumbuk.

“Haha, kelakar lah muka korang!” kata ku sambil gelak.

“Ohh, awak pun terikut sama ker Amelia?” tanya Kevin. Aku gelak.

“Ameliaa!” kata Kevin lalu dia datang ke arah ku kemudian dia mengangkat ku. Dia meletakkan tubuhku di bahunya.

“Kevin! Turunkan aku.!” Kataku sambil gelak. Kevin membawa ku ke bilik ku diikuti dengan sepupuku yang lain termasuk James. Muka mereka masih lagi ada make up. Sampai sahaja di bilik ku, Kevin kemudiannya meletakkan aku di katil ku.

“Sekarang aku nak awak bersihkan muka kitaorang dengan make up remover awak!” kata Kevin. Aku melihat Kevin lalu aku gelak.

“Jangan gelak lah. cepat!”kata Kevin. Jojo dan John segera ke tempat ku. “Korang lah ne!” kataku. Mereka senyum. Aku segera ke laci solek ku lalu aku mengeluarkan set makeup remover aku.

“Jojo dan John. Cepat. Bersihkan muka kitaorang.” Kata Kevin.

“Laa” kata John sambil mengeluh.

“Kenakan kitaorang, dia sendiri yang kena balik” kata James sambil gelak.

“Sini!” kataku. Kevin segera ke tempat ku lalu dia duduk berhadapan dengan aku.
“Tutup mata awak yer!” kataku kemudian aku membersihkan muka Kevin.

“Siap! Licin dan bersih!” kataku. Kini giliran James pula. James senyum ke arah ku kemudian aku membalas balik. Teringat akan peristiwa tadi. John berdehem. Aku segera melihat John. Aku senyum.

“Ini kenapa ini. Kenapa korang senyum-senyum ne?” tanya Kevin.

“Tak ada apa-apa lah!” kata ku lalu aku segera memegang muka James lalu memulakan kerja membersih muka James. Selesai sahaja, James berkata “Thanks”. Kemudian dia mengenyitkan matanya.

“Weik! Korek kang mata awak!” kata Kevin.

“Hehe!” kata James.

~~~

MALAM

“Anak-anak sekalian!” teriak auntie Sherry. Aku kemudian keluar dari bilik ku lalu aku segera turun tangga itu.

“Amelia, jom makan!” kata auntie Sherry. Aku kemudiannya jalan ke ruang makan lalu aku duduk berhadapan dengan uncle Herman.

“Hai Amelia.” kata uncle Herman sambil senyum.

“Hai uncle!” balasku.

“Urm, Amelia. maaf yer.” Kata uncle Herman.

“Kenapa uncle?” tanyaku.

“Sebab kejadian tadi pagi. Uncle minta maaf berbanyak. Uncle tak sangka si Jane tu buli awak sampai awak macam ne!” kata uncle Herman.

“It’s okay uncle” kataku. Sejurus kemudian, sepupuku termasuk James datang ke arah meja makan.

“Yeahhh! Ayam Goreng!” kata Jojo dan John. Auntie-auntie ku pun datang lalu mereka duduk.

“Jemput makan semua!” kata auntie Chelle.

~~~

Selesai sahaja kitaorang makan, pembantu-pembantu datang lalu mengambil piring-piring kitoarang dan mereka menghantar pencuci mulut. Aku melihat buah tembikai lalu memakannya.

“Lepas ne family meeting! James dan Amelia korang pergi ke bilik yer. Ada hal yang korang berdua tak boleh dengar!” kata uncle Henry dengan lembut. Aku dan James mengangguk-anggukkan kepala kitaorang. Apabila kitaorang selesai makan, kemudian James menarik ku dan Kevin membawa aku ke luar. Sebelum keluar, Kevin menghalang kami berdua.

“Awak nak bawa Amelia ke mana?” tanya Kevin.

“Aku nak bawa Amela jalan-jalan sekaligus kitaorang pergi dating. Awak tak marah kann?”kata James sambil senyum.

“Kalau bukan gara-gara family meeting kitaorang, dah aku halang awak pergi jalan-jalan dengan dia!” kata Kevin.

“Haha, hari ne je aku dapat bersama-sama dengan Amelia!” kata James.

“Hurm yer la. Jangan lama-lama korang di luar. Kalau Amelia sakit jangan harap awak balik dengan keadaan yang baik!” kata Kevin.

“Eleh, over-protective la awak ne! dah la jom Amelia!” kata James sambil menarik tangan ku. “Weik, James. Jap!” kata Kevin. James memusingkan badannya. Aku pun terikut.

“Nah awak pakai jaket si James ne!” kata Kevin sambil menghulurkan jaket yang dipakai tadi pagi. Aku memakai jaket James kemudian aku dan James pun keluar dari rumah itu.

KEVIN POV

Sebaik sahaja James dan Amelia keluar, aku segerake ruang tamu di mana semua keluarga kitaorang berkumpul. “Okay, meeting ne pasal Amelia. aku nak korang semua tahu tentang di masa lalu Amelia. aku nak korang tahu supaya korang faham dengan keadaan Amelia.” kata uncle Herman. Sepupuku dengan tekun mendengar masa lalu Amelia.

“Sebenarnya, Amelia mengalami amnesia.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience